REVIEW TELEFILEM KASUT BOLA PINK

Assalamualaikum...



Maisara dah banyak kali ingat kan saya untuk langgan filem Kasut Bola Pink di Astro ,tapi baru ni la berkesempatan nak langgan.Kebetulan dia demam jadi sambil rehat2 tu nak bagi hilang demam nya sikit saya bagi la dia tengok Filem televisyen Kasut Bola Pink lakonan Wafiy dan Erissa.Filem ni memang santai dan sesuai dengan kanak-kanak.Tak ada adegan yang melampau atau dialog yang buat ibu nak tutup tv..ahhahah



Kasut Bola Pink mengisahkan Rafiq (wafiy) dan Nina (Erissa) yang terperangkap dan bertukar identiti sewaktu kejadian petir di perhentian bas.Rafiq seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan suka bermain bola sepak .Manakala Nina seorang Vlogger dan berminat dalam persembahan teater sekolah.Kejadian bermula apabila Rafiq ditawarkan melakonkan watak Hang Tuah untuk satu persembahan teater.namun Nina yang awal-awal lagi berimpian memegang watak tersebut hanya diberikan kerja belakang tabir menyiapkan kostum untuk pelakon.



Sewaktu Rafiq dan Nina sedang menunggu ayah masing-masing diperhentian bas mereka terkena panahan kilat dan sewaktu itulah identiti mereka bertukar.Nina  terpaksa terpaksa melalui hari-hari seperti rafiq sepeti latihan bolasepak dan berlakon di hadapan ibu bapa rafiq (Taukey dan Jihan Musa).

Manakala Rafiq pula terpaksa melalui hari dengan menjadi Nina yang terpaksa membantu ibu dan ayahnya (Varnida Imran dan Rashidi)membuat kerja-kerja rumah, membuat tutorial solekan di youtube, dan memasuki pertandingan solekan.



Ada banyak aksi lucu yang mereka tempuhi sepanjang mereka bertukar identiti.Paling mencuit hati adalah babak sewaktu pertandingan solekan .Habis muka model cantik tu di kerja kan si rafiq.hhahhaaa..

Dalam telefilem ni juga ada Afdlin Syauki yang melakon kan watak Prof Tipooo..Tapi wataknya tak menonjol sangat..

Bagus nya cerita ni sebab dia mengajar kita supaya ada keyakinan dalam melakukan sesuatu.Tak semestinya kalau kita tak tahu satu-satu benda tu , maknanya sampai bila-bila pun kita tak kan tahu.Selagi kita tak mencuba selagi tu la kita tak tahu tahap mana yang mampu kita lakukan.



Hujung-hujung filem ni kita boleh tengok kanak-kanak perempuan main bola sepak..memang hebat la..Siap gelecek macam budak lelaki main.Mesti dah lama berlatih tu..

Kalau nak langgan boleh la langgan sekarang di Astro First.Tengah rancak dityang kan tu..nanti dah habis terpaksa la tunggu lama lagi boleh nak keluar kat astro ceria..Klaua langgan boleh layan sampai cemuih..heheh


sekian..

Previous
Next Post »

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment