REVIEW HIMALAYA HERBALS NOURISHING SKIN CREAM

Assalamualaikum...

Lamanya tertangguh nak review Himalaya Nourishing cream  ni.Sebab tak sihat sejak minggu lepas lagi..Tak tahu pulak sakit nya berlarutan sampai tertangguh banyak entry nak tulis...Ni dah ok sihat sikit  jadi kita teruskan dengan review cream Himalaya yang saya dapat dari Lazada baru-baru ni bersempena dengan ulang tahun ke 5 Lazada.Kalau korang nak dapatkan cream ni boleh tengok di sini.

Himalaya Nourishing Skin Cream 50Ml




Mesti ramai yang nak tahu dari mana asalnya cream Himalaya ni.Himalaya Herbals Nourishing Cream ni adalah produk dari negara U.A.E. Tengok di bahagian belakang cream ni lengkap dengan bahan yang terkandung dalam cream ni termasuk tarikh production dan tarikh luput.Jadi tak la kita was-was cream ni masih boleh guna atau tidak.Pastikan apabila korang beli cream ni ada pelekat Hologram dengan lambang H ada pada label di belakang cream.Rujuk gambar di bawah.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Himalaya Herbals Nourishing Cream:-


water, mineral oil, Glycerin, Cetyl Alcohol,Cetearyl Ethylhexanoate,glyceryl stearate, dan banyak lagi..




Bahagian dalam nya di tutup rapi menggunakan kertas logam ni.Tak tahu apa tujuan nya .Mungkin juga nak menjaga kualiti kandungan cream semasa proses penghantaran.Maklum la, produk ni digunakan serata dunia.Jadi mungkin bila guna kertas fosil ni kandungan nya selamat.Tak terkeluar dari penutup nya..


Cream ni berwarna putih.lembut je cream dia.Cepat meresap ke kulit bila disapu.Cream ni bukan untuk kulit wajah tau.Tapi kalau korang ada kesan lecur ke, serangga gigit memang boleh sapu krim ni.Dia sejuk dan ada kandungan herba di dalam nya..

Krim ni untuk kegunaan luaran sahaja.kebaikan cream ni ialah melembutkan , melembab dan mencerah kan kulit selain dari merawat kulit kita .Kalau korng alami masalah kulit kering yang serius memang sesuai guna cream ni terutamanya di bahagian tumit , lutut dan siku.

Mungkin ada yang tak kan berapa suka dengan bau nya sebab maklum la cream herba..kan?Ada bau herba yang kuat.Ada unsur-unsur india sikit bau dia tu..kalau ta salah saya bau bunga melur.Tapi kalau ikut saya ni bau nya sedap cuma tak wangi la.kandungan dia pun ada ekstark kayu...Tapi jangan risau..baunya tu tak kekal lama.dalam 5-10 minit bau tu akan hilang.Tak jadi hal la yang tu..kan??

ok..tu je..kalau nak try cream ni boleh la datang rumah saya.Kita sapu sorang sikit.hahahahah..

sekian..



Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
11 April 2017 at 17:56 ×

mmg best krim ni..ssuai utk yg kulit kering

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
admin
11 April 2017 at 20:11 ×

Hehehe rtu lya pon ada dapat gak .. belum bukak pon lagi D.. masih kemas kat dalam kotak tu hahaha..byk sgt produk hingga tak terguna dah dibuatnya..

Reply
avatar
12 April 2017 at 20:05 ×

Pernah pakai juga produk Himalaya ni. Suka cream dia, tapi syampu dia tak berapa sesuai untuk kulit rambut auni. Rasa kasaq. hehe

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment