PEWANGI RUMAH HUSH PUPPIES - FRESH BREEZE

Assalamualaikum...

Malam ni nak tunjuk sikit dengan jelas haruman untuk rumah ni..Namanya Home Fragrance Hush Puppies - Fresh Breeze... Ni pertama kali la pakai pewangi yang macam ni..Yang sedia ada kat rumah ni pewangi yang gantung kat dinding tu..15 minit sekali dia sembur..pakai bateri tu..hahaha..



Haruman rumah ni hadiah dari Lazada..Yang saya dapat masa Birthday Lazada yang lalu.Masa mula2 dapat pelik juga la nak buat apa dengan kayu2 bagai ni..hahahha..Jakun sungguh makcik masa tu..Mujur la ada anak yang serba tahu..


Katanya buka penutup botol lepas tu masuk kan kayu yang dia sediakan tu.Letak la kat mana2 kita suka..Tapi saya rasa bau dia agak kuat..nak letak dalam bilik je sebab kat ruang tamu dah pakai yang ada bateri tu.Bilik saya comel je jadi kita tak buang cap pada botol..Saya tebuk je lepas tu masuk kan kayu dia .Bagi padat sikit..Nanti cairan pewangi tu meresap pada kayu tu dan wangi la bilik kita..


Letak atas meja solek je..Benda ni bagi saya comel la..Lepas tu tahan lama pulak tu.Seingat saya dah masuk seminggu saya rasmi kan pewangi rumah ni.Nampak masih banyak lagi tu..Mungkin sebab saya pun tak buang cap pada penutup dia.saya cuma tebuk muat2 untuk kayu @ buluh tu je.Sebab tu lebih jimat kot.hehehh..

Saya try juga cari benda ni kat Lazada tapi tak jumpa la.Memang best benda la..Rasanya dari pakai yang bateri tu baik pakai yang ni la..Cuma ni sesuai untuk ruang yang kecil.Macam rumah saya ni..ruang tamu pun kecil je..sesuai la..

sekian..

Previous
Next Post »

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment