PERSEMBAHAN GEMA GEGAR VAGANZA MINGGU KE 2

Assalamualaikum...



Minggu ni 10 peserta bakal berentap di minggu ke 2 Gema Gegar Vaganza.Kalau minggu lepas kita tiada  penyingkiran tapi rasa nya minggu ni saya dapat agak akan ada penyingkiran.Saya ternanti-nanti persembahan Kumpulan Mirwana memandangkan saya memang peminat kumpulan Mirwana .Untuk minggu ni masing-masing akan menyanyi kan lagu penyanyi lain dan sudah tentu akan mencabar vokal mereka.



Pembukaan minggu ni best sangat menampilkan Nizam dan Achong yang menyanyikan lagu Mentari di Ufuk Timur..kemudian Pengacara , Nana , Fikri dan Acey yang tampil mendendangkan lagu Kerana Dia (yassin) ..memang hancur lagu dapat kan lelaki dua orang  tu..ahahah..Tapi terhibur dengan persembahan mereka.Kita tonton pun sebab nak seronok-seronok..kan??Tapi tengok ramai yang tak berapa suka Achey mengacara..kata meraka nampak kelam kabut.Ala..biasala..baru2 lagi..kan??Nanti dah lama2 ok la..



Mirwana adalah peserta yang membuat persembahan pertama minggu ni.Kalau bab vokal memang tak dinafikan memang sedap suara diaorang ni.Sebab tu saya suka lagu-lagu dendangan kumpulan Mirwana.Kali ni mereka mendendangkan lagu Satu dendangan asal kumpulan Dewa 19.Best betul persembahan diaorang ni..Nampak bersih je pakai kurta putih berkaki ayam.hahah..

Izam EYE dan Ana Raffali


Untuk persembahan kedua , Ana Raffali..menyanyikan lagu Suci dalam Debu..Bagi saya Vokal dia biasa-biasa je.Saya lebih suka dia menyanyikan lagu dia sendiri..Mujur lagu best..so saya layan kan je..Persembahan Izam EYE pulak memang best saya suka.

Bienda dan saujana


Saujana punya persembahan macam boring sikit,.Walaupun pengacara kata "mantap"tapi saya dengar macam boring sikit lagu Anuar zain tu....Mujur ada budak2 comel tu ..Untuk persembahan Bienda yang menyanyikan lagu Sejati (Faizal Tahir) saya suka sebab dia Nasyid kan lagu tu..Mungkin kalau dengar orang kata tak best.Tapi bagi saya sesuai la lagu tu dijadikan Nasyid..Cuma prop nya macam tak de fungsi apa..heheheh

Hafiz Hamidun dan UNIC


Persembahan UNIC pun saya suka jugak..Best sangat persembahan diaorang walaupun suara tak rock..Ustaz Fakhrul tu pulak  memang kelakar orang nya..kan??terhibur je dengar kata-kata dia..hahaha.
Persembahan Hafiz Hamidun pulak bagi saya dia cuma bernasib baik sebab dapat lagu sedap .Kalau lagu tak sedap mesti boring macam minggu lepas..hahahah.





Kalau minggu lepas baju Wani jadi isu sebab terlalu ketat tak sesuai dengan rancangan ..Tapi minggu ni Wani tampil cantik dan baju nya memang saya suka sangat.Dia dendangkan lagu dari Ukays , memang sedap la cara dia bawak lagu ni..Merdu je suara nya.



Persembahan Hijjaz minggu ni terbaik..lebih baik dari minggu lepas..Boleh memangis dengar , lagi pulak ada kisah disebalik lagu tu membuatkan kita lebih menghayati lagu tu..Juri Mbak Okie pun puji persembahan diaorang yang buat airmata dia mengalair lagi untuk minggu ni..



Persembahan yang paling ditunggu-tunggu ramai , Azmi ..Suara dia memang best kan??saya pengikut Instagram Azmi selalu tengok video2 dia menyanyi.Suara dia memang sedia sedap.Dia nyanyi lagu apa pun sedap."siapa yang tak meruntun jiwa dengar suara Azmi"- Farihin Abdul Fatah. Setakat nyanyi lagu Redha (Irfan Haris) ni macam makanan dia je..Siap dapat tepukan gemuruh dari penonton.Kagum dengan suara magis dia.Penonton pun menangis dengar lagu dia tambah pulak ada diselitkan persembahan lakonan dari Norlia Ghani.



Tahniah untuk Mirwana yang memenangi Anugarah Gema Terindah .Hebat kumpulan Mirwana ni.Tahniah untuk diaorang.Untuk minggu depan temanya Akustik.


Siapa yang tersingkir dalam minggu ke dua Gema Gegar Vaganza ni?? 

Malangnya  Bienda yang terkeluar.Tak pe la..Bukan Rezeki dia..kan??Walaupun awal-awalnya saya agak mungkin Ana Raffali yang terkeluar nasib tak menyebelahi Bienda..tapi dua2 mereka ni duduk di bottom 2.

Senarai Lagu Tugasan untuk minggu depan :-

1-Iman Mutiara- UNIC

2- Selimut Putih - Hijjaz

3- Doa - Mirwana

4- Hambamu- Azmi

5- Aduh Saleha- Hafiz Hamidun

6- Padamu Ku Bersujud- Izam EYE

7- HIkmah- Saujana

8- Intifada- Wani

9- Perjalanan Hidup- Ana Raffali

Minggu depan harap-harap persembahan diaorang lebih hebat lagi dari minggu ni..Tahniah semua..

sekian..
Previous
Next Post »

5 komen disini

Click here for komen disini
paridah
admin
16 April 2017 at 14:35 ×

MASING2 DGN PERSEMBAHAN MNARIK N MNGHIBURKAN YG MENONTON

Reply
avatar
17 April 2017 at 08:47 ×

kalau di tgk kebanyakkan yg dtg bertudung, yg juri mcm minggu pertama tuh jihan musa cantik bertudung, kalu terus bertudung utk acara2 lain kn manis...

bgs jgk ada rancangan mcmni, dtg keinsafan tak la asik hiburan melalaikan je
cuma akak setuju ngn netizen2 psl achey tu, mungkin dia ptt tkr skit gaya pengacaraan tuh, biar lbh simple tanpa jerit2

Reply
avatar
17 April 2017 at 09:53 ×

minggu kedua diorg nyanyi bukan lagu diorg ya?

Reply
avatar
17 April 2017 at 16:24 ×

ermm belum pernah ada masa nak tengok lagi lah... weekend busy bebenau

Reply
avatar
Dkna Abza
admin
17 April 2017 at 18:57 ×

Kat rumah tak ada astro.. Huhhu..

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me