Saturday, 22 April 2017

PERSEMBAHAN GEMA GEGAR VAGANZA MINGGU 3

Assalamualaikum..



Minggu ke 3 persembahan  Gema gegar Vaganza kali ni bertemakan Akustik menampilkan 9 peserta lagi yang tinggal selepas Bienda tersingkir di Minggu ke 2.Pentas minggu ini di buka dengan menampilkan penyanyi Aris Ariwatan dengan lagu nya Permaidani.Suaranya masih hebat sama seperti dulu.Sebak rasa bila dia menyampaikan lagu ni sambil menitiskan air mata.Lagu ni memang penuh makna.

Kali ni 3 orang pengacara tu mendendangkan lagu Puji-Pujian .Nampak tak serabut sangat minggu ni macam yang orang dok komplen sejak minggu pertama lagi..Tapi saya ok je dengan gaya pengacaraan ketiga-tiga pengacara ni.Sebab diaorang kan baru lagi.Dulu AC Mizal pun selalu dikritik sebab suka memekik dan huru hara.hahahah..Lama-lama nanti orang akan terima..Cara dan gaya masing-masing kan tak sama..

Kali ni sebab tak nak bagi serabut sangat pentas tu pengacara pun bergilir-gilir.Tak de macam minggu-mnggu sudah tiga-tiga naik pentas.Ok la..Produksi dengar juga pendapat penonton.Juri jemputan gema gegar vaganza minggu ke 3 ialah Dato Yusuf Haslam..



Untuk persembahan pertama menampilkan Azmi yang mendendangkan lagu Hamba Mu dendangan asal Mawi.Penuh pentas Azmi kali ni dengan penari-penari latar siap ada lawan pedang .Itu yang buat persembahan nya kali ni lebih menghiburkan.Juri siap puji vokal dia memang tak pernah ada masalah pitching.



Persembahan kedua pulak adalah dari Saujana yang mendendangkan lagu Hikmah dendangan asal Netta Kd & Daniel. minggu lepas saya kurang puas hati dengan persembahan diaorang.Tapi minggu ni vokal diaorang lebih menyerlah , lebih sedap .Lagu-lagu macam ni baru lah sesuai dengan vokal penyanyi nasyid.kan??



Kalau minggu lepas Mirwana di pilih  sebagai pemenang Anugerah Gema terindah tapi saya rasa minggu ni tak mungkin Mirwana dapat pertahan kan nya.Persembahan minggu ni bagi saya biasa-biasa saja.Vokal memang bagus cuma persembahan mereka tak ada beza dengan minggu lepas.Tak de peningkatan dan kelainan pun.



Persembahan Wani pulak saya suka.Suara wani ni lembut sangat.Dia dendangkan lagu Intifada .Lagu ni kan penyampaian nya laju sikit.Tapi dengan suara tenang Wani ni lagu tu kita dengar pun rileks je.Memang suara wanita asli.Bagi saya dia memang sesuai bawa lagu-lagu ketuhanan  dan dakwah.Baju dia pun cantik kali ni.hahhaah..



Ana rafali mendendangkan lagu Perjalanan hidup dendangan asal Ramli Sarip.Kali ni Ana bawak gitar dia naik pentas.Saya rasa dia memang akan menyanyi dengan baik bila ada gitar dia..kalau minggu lepas dia di senarai peserta dengan markah terendah harap-harap minggu ni Ana bukan lagi disenarai bawah.



Bagi saya Hijjaz sangat beruntung dapat lagu Selimut Putih..Lagu ni kita nyanyi sorang-sorang pun boleh menangis.Tengok persembahan Hijjaz ni lagi la meremang bulu roma sebab mengenangkan apa la nasib makcik nanti.Diaorang siap bawak keranda .Lepas tu ada adik kecil menangis tepi keranda tu..Memang menagis la makcik kat rumah ni..hahaha..Naluri ibu-ibu kan???.Comel sangat budak tu.Dia pesan jangan kutuk suara Abang Achey tau..hahhahaah....Persembahan Hijjaz dengan lagu ni jadi lebih menarik sebab diorang ubah sikit muzik tu supaya sesuai dengan selera kita sekarang.



Persembahan Izam EYE bagi saya macam kurang sikit la vokal dia tu.Suara dia sedap tapi bila lagu ni macam dia mencuba sangat nak bawak macam Penyanyi asal.Saya macam merasa Izam yang bakal di singkirkan untunk minggu ni.KIta tengok la akhir nya nnati macam mana.



Hafiz Hamidun menyanyikan lagu duh saleha minggu ni.Mula2 ingtakan mawi..Hahaha..Entah kenapa bila nada tinggi saya tengok Haffiz Ni macam susah sangat nak nyanyi.Sampai merah muka dia..Perasan tak??Untuk Lagu Aduh saleha ni persembahan nya pun sama je macam minggu lepas.Cuma minggu ni nampak dia berusaha sikit la menyanyi nada2 tinggi tu ..Harap hafiz boleh mara ke minggu depan dengan sokongan cik tunang nya tu..Ada datang jugak tau.. :p



Persembahan UNIC minggu i santai je..Tapi menghiburkan .Diorang ni memang setiap minggu persembahan tak beriaya2 sangat tapi tetap menarik.macam ada aura penghibur tu tau..sedap je mata tengok diaorang bertiga ni.Minggu ni nyanyi lagu dari Raihan .Rasanya lagu ni mudah je bagi diaorang.



Istimewa minggu ni tetamu undangan adalah Wany hasrita..Lagu yang tengah meletop-letop kot sekarang ni. iaiutu lagu Menahan Rindu..Tapi saya macam tak minat lagu dia..hahahaha..Faktor usia kot..

Anugerah Gema Gegar Terindah sekali lagi jadi Milik Hijjaz..Tak dinafikan persembahan diaorang memang terbaik dan rasanya video persembahan diaorang mesti ramai yang cari lepas ni..Macam yang saya jangka dari awal tadi Izam EYE tersingkir untuk minggu ni.Rasanya dia pun tahu sebab persembahan nya macam ada yang kurang sikit..

Minggu depa tema Pentas Gma Gegar Vaganza ialah Gema Mestika.Apa benda gema Mestika tu kita tunggu je la ye..Tak sabar nak tengok persembahan Ana Rafali sebab minggu depan dia dapat lagu Balqis dendangan asal Siti Nurhaliza


Senarai Lagu minggu ke 4 Gema Gegar Vaganza


Hijjaz- 
Unic- Ghazal Untuk Rabiah
Saujana- 
Hafiz Hamidun- nour el ein 
Azmi-  i believe i can fly
Mirwana - Raikan cinta
Ana Rafali - Balqish
Wani - Kun Anta

Sekian..



No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();