NENAS , MADU DAN HALIA SEBAGAI PENAWAR BATUK DAN SELSEMA

Assalamualaikum...

Dalam 2 Minggu ni habis satu rumah di serang batuk-batuk.Siapa lagi yang membawa virus nya kalau bukan si kakak.Kawan nya disekolah ramai yang batuk.Dia pun bawak balik la sikit bagi kat ibu dan adik..Baik betul hati kakak..Hhahha...

Dah berapa kali pi ambik ubat batuk tak ok jugak..dok macam tu je..Suara pun semua nya dah kecik besar jadinya.Jadi terus ambik keputusan kita guna buah nenas dan madu pulak untuk kurangkan sikit tekanan ayah yang susah hati tengok tentera2 nya semua diserang penyakit. 

Ramai yang kata ramuan nenas dan madu  ni bagus dan selamat untuk kanak-kanak.So kita cuba tanpa was-was.

Nenas untuk hilangkan batuk

Untuk pertama kali mencuba saya gunakan nenas masak yang saiz kecil saja.Jangan ambil yang muda sebab tak elok untuk kanak-kanak makan nenas muda.Buang kulit nenas dan mata nenas.Pastikan mata nenas tu dibuang dengan betul.Jangan ada sikit pun mata nenas yang tertinggal.Takut nanti bila anak minum jadi gatal lidah diaorang.

Bahan lain untuk ramuan ni ialah 2 sudu madu asli dan juga 1 inci halia.kalau buat guna 1 biji nenas saiz besar boleh guna 2 inci halia.Nenas saya ni kecil je,anggaran dalam 1/2 biji nenas je ni.


Bila semua nya dah dibersihkan dan dibuang kulit , potong nenas dan halia kecil2 sebab kita nak kisar bahan-bahan ni bersama dengan 2 sudu madu.Nenas saya ni manis sebab nenas dah masak jadi kita letak 2 sudu je.



Kemudian kisar ketiga-tiga bahan bersama.kalau nak kisar tambah air pun boleh.Nak kisar macam tu saja pun boleh.Saya tambah 1 cawan kecil air bertapis.Tambah air baru la ada banyak jus nya tu.Kalau tak letak air dapat sikit je.Tapi tambah air tu jangan la banyak sangat ye.Nanti tak rasa apa jus tu.


Kemudian boleh la ditapis..Buang hampas nenas dan halia tu..Dapat la 1 gelas jus nenas halia dan madu.Untuk anak-anak saya bagi 1 sudu ni saja.Saya bagi 2 jam sekali.Dan saya pulak ambil 2 sudu setiap 2 jam..Simpan dalam peti sejuk supaya jus tahan lama.Kalau jus dah bau tak enak , bau hamis tu jangan bagi kat anak ye..kesian diaorang sakit perut nanti.lain pulak penyakit yang datang.



Kesan  minum jus nenas madu dan halia 


... Saya buat semalam jus ni.Buat pagi..dan sampai sekarang saya masih minum jus ni.Sebelum ni suara saya memang tersekat2..Kejap kecik kejap besar, dan kadang2 tak keluar lansung.Bayang kan masa solat tu macam mana?Kita solat suara kita kena dengar kat telinga sendiri tapi saya solat , yang keluar cuma angin je..tak keluar suara..kadang-kadang keluar kadang tidak..Tapi lepas minum jus ni Alhamdulillah solat pun selesa..Tak de la kena tekan2 suara ni bagi keluar.

Anak-anak pun nampaknya suara masing2 dah ok..dah boleh bercakap banyak.kalau tidak, cakap sikit, batuk..cakap banyak lagi..merah muka sebab batuk ..hahahah..

Ok..lah.siapa yang ada masalah batuk-batuk boleh la cuba.jangan la bagi sekali terus harap ianya akan ok ye..Saya pun minum 2 jam sekali.Stop ubat2 klinik kalau nak try jus ni.Sebelum minum bismilah dulu dan selawat 3 kali.Doa dan niat supaya dengan izin Allah berilah kesembuhan pada diri kita dan anak-anak.


sekian..







Previous
Next Post »

7 komen disini

Click here for komen disini
11 April 2017 at 14:43 ×

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

Reply
avatar
11 April 2017 at 14:47 ×

Nak cuba ! saya dah batuk 3 minggu.

Reply
avatar
11 April 2017 at 15:21 ×

nk kene try jgk nih... akak batuk jgk tp dok bedal nenas je...
nk try bt jgk lah jus nenas halia nih... mana tau lg cpt lega batuk nih kan

Reply
avatar
Lea Azleeya
admin
11 April 2017 at 15:35 ×

Ni bukan ubat batuk dah ni.. ni utk sedap diminum ni.. hahaha.. sedap pulak tgk..

Reply
avatar
Miz Eija
admin
11 April 2017 at 15:48 ×

Wah sedap.. Kalu tak batuk pun blh minum agaknya ye.. Nenas kaya dengan vitamin dan mineral :)

Reply
avatar
paridah
admin
11 April 2017 at 16:16 ×

AIR JUS NENAS MMG SEDAP DITAMBAH MADU LAGILA SEDAP + HALIA SIKIT OK JG.

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
admin
11 April 2017 at 20:13 ×

Nanti kalau batuk blh la cuba buat jus ni sendiri..bahan2 pon mudah jer..

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment