JANGAN TERTIPU DENGAN TAWARAN KERJA PART TIME MASUK KAN RISALAH DALAM SAMPUL

Assalamualaium..

Zaman sekarang memang banyak kerja kosong.Macam-macam kerja boleh dijadikan sumber pendapatan.Tinggal pilih nak yang gaji besar atau kecil je.Tapi dah lumrah manusia ni kalau boleh nak kerja yang senang tapi gaji lumayan sedangkan yang sebenarnya tak ada pun kerja yang sedemikian.Kalau pun kerja tu nampak senang yang pasti ianya kerja yang berisiko tinggi atau merbahaya.Jadi bila ada tawaran kerja yang senang dengan gaji yang lumayan semua berlumba-lumba nak ikut akhirnya tertipu dan mula menyalahkan orang lain.



Pernah tak nampak di facebbok dan instagram ada yang mengiklan kan kerja part time dengan gaji lumayan..?

Kerja Part Time Dari Rumah
Tugasnya: masukkan risalah di dalam sampul Surat
Gajinya: RM200- RM500 seminggu
Bergantung pada kerajinan anda
Siapa Berminat??? Pm me


Masuk kan risalah dalam sampul je dah boleh dapat 200-500 seminggu??Terkejut tak??Tak percaya kan??

Jadi jangan percaya dengan iklan sebegini.Kita yang baca pun rasa macam tak  yakin.Tapi bila mengenangkan kerja tu gaji nya lumayan dan senang terus kita gelap mata.Kita percaya hanya sebab duit.






Mereka yang nak kerja part time ni di syaratkan membayar sejumlah wang sebagai pendaftaran.Tapi bila korang dah  bayar terus scammer ni lenyap dan barang yang dijanjikan untuk kerja part time tu pun langsung tak korang dapat.Ada juga yang selepas bayar akan dapat satu surat dalam tu ada arahan apa yang korang kena buat..Iaitu iklan kan di media sosial ni tentang tawaran kerja part time.Dan lepas tu korang pulak jadi scammer dan menipu duit orang ramai.

Sekarang ni iklan kerja part time masuk kan risalah ni dah ada di instagram juga.Sasaran nya dah tentu lah muda mudi kita.Sebab instagram ni ramai anak-anak muda  yang guna.Jadi ingatkan kawan-kawan kita,anak-anak kita supaya tak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja macam ni.

Sekarang orang dah tak edar risalah macam ni..Semuanya guna email, facebook.. Kalau pun ada kerja masuk kan risalah dan edar risalah guna pos ni, ianya dah ada company yang jalan kan dengan ada pekerja diaorang sendiri.Tak payah nak guna khidmat kerja dari rumah.

sekian.
Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
5 April 2017 at 12:02 ×

pernah nak join jugak..

Reply
avatar
5 April 2017 at 17:30 ×

Zaman desperate cari kerja part time dulu, hampir tertipu.... hmm senangnya nak buat duit..

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment