Thursday, 27 April 2017

IBU PUKUL DAN TENDANG MUKA GURU TADIKA SELEPAS ANAK MENGADU DIPUKUL

Assalamualaikum...



Alfatihah untuk adik Thaqif yang meninggal semalam ..Ramai yang dah tentu sedih dengan berita ni.Pengajaran untuk semua , kalau nak mengajar tak payah la sampai nak pukul macam pukul penyamun.Tambahan pulak anak orang yang kita tak tahu tahap kesihatan dia macam mana.Entah sakit apa, luka kat mana kita pulak fikir nak lepas geram kita je.Jadi macam ni nak menyesal pun rasanya tak guna.Kes dah dikLasifikasikan sebagai kes bunuh.Terima je la apa jadi lepas ni.

Saya kalau anak balik mengadu cikgu pukul ke, cikgu berkasar ke memang saya tak nyenyak tidur la.Memang saya akan pesan pada anak kalau cikgu buat apa2 kat dia , bagitau pada saya.Bukan kita nak pi serang cikgu tapi kita nak pantau...Tak mau ada kesan buruk.Saya memang ibu yang cerewet..Tapi setakat ni belum ada guru yang pernah kena serang dengan saya walaupun anak saya kena rotan sebab saya tahu puncanya dan dia pun sihat, tak de luka tak de patah riuk kat mana2..


Tapi ada satu kejadian di China ni yang boleh juga di jadikan pengajaran untuk guru-guru.Di china seorang ibu naik angin dengan tindakan guru-guru tadika anak nya yang dikatakan mendera anaknya di tadika tersebut.Awalnya anak wanita ini pulang ke rumah dan mengadu pada ibunya dia dipukul oleh guru nya.Tidak berpuas hati mendengar perkara  tersebut siibu terus ke tadika dan meminta untuk melihat rakaman cctv pada hari kejadian.


Alangkah terejutnya dia apabila mendapati anaknya bukan sahaja dipukul malah di tendang dan di baling oleh guru itu.Marah dengan apa yang dilihat dia kemudian nya memukul guru-guru di tadika itu dan kejadian yang dirakam tersebar di internet.

Netizen menyokong tindakan siibu dan merasakan apa yang siibu lakukan masih belum cukup dan guru-guru di tadika itu perlu diberikan hukuman yang lebih berat lagi.Dalam video tersebut kelihatan siibu menarik rambut dan menendang muka guru-guru tadika anak nya.

kalau dulu mak ayah rasa selamat bila anak pergi ke sekolah.Masa saya kecil2 dulu, kalau cuti sekolah tu lagi mak ayah risau .Duduk kat sekolah lebih selamat sebab cikgu ada,Tapi sekarang anak pergi sekolah , mak ayah kat rumah fikir macam2 , sampai tak sabar nak balik tengok anak.kan??

sekian..


3 comments:

  1. Baru betul bertemu buku dengan ruas....
    Alfatihah untuk adik Thaqif. Kita tunggu ajelah kes siasatan polis selesai. Tapi mcm tak logik jugak takkanlah sebat pakai getah paip tu sampai teruk betul jadinya

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();