Friday, 28 April 2017

HILANGKAN KELEMUMUR DENGAN BIJI BETIK

Assalamualaikum...


Disebab kan cuaca panas di negara kita ni ramai yang mengalami masalah kelemumur.Bila panas mula la kepala jadi gatal sebab berpeluh.Dia punya gatal tu rasa macam nak menjerit.Sebab tu kalau ada kelemumur baik la kita ubati .Bukan senang nak hilangkan kelemumur.Dia tak boleh hilang dalam masa sehari.Kena usaha dan berdisiplin.

Salah satu bahan semulajadi yang sangat mudah untuk didapati ialah biji betik.Tak payah susah-susah  nak beli betik kalau awak bukan jenis suka makan buah betik .Pergi je kedai-kedai yang jual buah potong tu.Pesan pada peniaga tu esok simpan sikit biji betik .Hulur la sikit duit  nya sebagai tanda terima kasih.heheh..

Bukan tak ada syampoo yang berasaskan betik tapi dah tentu mahal.Lagipun was-was pulak nak guna bila kat label pada botol  tulis dibuat dari ekstrak betik..Eh!!patutnya ekstark biji betik..Buah betik tu gunanya untuk makan saja.hahahh



Ok..dah ada biji betik kita mulakan operasi menghapuskan kelemumur.

Cara-cara hilangkan kelemumur guna biji Betik


Masuk kan biji betik kedalam pengisar.Kisar hingga halus .Tak perlu tambah air sebab biji betik memang dah ada air didalamnya.

Bila dah halus masuk kan sedikit minyak masak , klau tak suka bau minyak masak boleh letak minyak johnsons bayi atau minyak kelapa dara ,hingga menjadi pes.

Ambil pes dan sapu di keseluruhan kulit kepala sambil diurut2 .Jangan guna kuku.Guna jari saja.


Ambil tuala dan balut kepala kita selama 45 minit hingga 1 jam.

Sambil2 tu boleh la tido kejap ke, smule ke..hahaha

Kemudian boleh la bilas rambut guna syampoo anti kelemumur..
cuci hingga bersih sambil disikat.Guna sikat yang giginya rapat.

Cara ni juga boleh menguatkan akar rambut bagi mereka yang mengalami keguguran rambut yang teruk.Boleh amalkan 3-4 kali seminggu.Penggunaan pertama kali juga dah boleh nampak kelemumur korang akan berkurangan.

Selamat mencuba..semoga berjaya..


sekian..




1 comment:

  1. KALAU ADA KELEMUMUR DI KEPALA PATUT CUBA TIP NI JIMAT KOS

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();