CARA PILIH BASIKAL UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum..



Satu masa dahulu basikal bagaikan salah satu pengangkutan utama tapi sekarang tidak lagi.Walaupun ada beberapa negara yang masih menggunakan basikal sebagai pengangkutan untuk mengelakkan kesesakan namun basikal lebih banyak dijadikan sebagai alat untuk beriadah dah bersukan.Disebabkan ianya tidak memerlukan bahan api dan hanya memerlukan kemahiran dalam mengawal keseimbangan badan , ramai ibu bapa yang memilih basikal sebagai salah satu alat untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan anak-anak.Tambahan pulak berbasikal adalah aktiviti yang menyihatkan dan boleh dilakukan bersama ahli keluarga yang lain.

Bagi kanak-kanak mendapat sebuah basikal bagaikan diberi satu kepercayaan dan semangat untuk dirinya. . Namun dalam memilih basikal ada beberapa perkara penting yang harus ibu bapa utamakan demi keselamatan dan keselesaan kanak-kanak .Ramai yang salah memilih basikal untuk kanak-kanak tanpa mempedulikan soal keselamatan dan keselesaan mereka.Apa yang perlu anda tahu ialah basikal yang mahal tidak semestinya bagus untuk kanak-kanak.

Jadi bagaimana nak memilih basikal yang tepat untuk kanak-kanak?Barikut disenaraikan cara pilih basikal untuk kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu:-



Minta pendapat orang lain dan survey

Sebelum membeli basikal untuk kanak-kanak ada baiknya anda bertanya pada orang yang berpengalaman  yang pernah membeli basikal sebelum ini.Jangan lupa untuk survey di setiap kedai dan bandingkan kualiti serta harga yang ditawarkan mengikut kemampuan anda. misalnya anda mencari dan melakukan survey di kedai basikal Bandar Tun Razak, anda perlulah melakukan pencarian di kawasan sekitarnya juga.

Bawa kanak-kanak

Selepas anda selesai melakukan survey dan pencarian, bawa kanak-kanak untuk memilih sendiri basikal yang mereka mahu .Pastikan juga anda memberi nasihat dan pandangan kepada anak tentang memilih basikal yang sesuai untuk nya.Dapatkan juga pandangan penjual basikal dikedai tersebut supaya anda  jelas tentang kualiti dan harganya.


Pilih basikal yang selamat dan sesuai dengan kanak-kanak

-Pilih mengikut usia anak
Bagi seorang kanak-kanak berusia 3-5 tahun  berbasikal bukan lah aktiviti yang dilakukan setiap hari.Diusia begini juga mereka cepat membesar .Jadi elak kan membeli basikal yang hanya mempunyai roda 3 kekal .Basikal yang sesuai diusia 3-5 tahun begini yang berukuran 16 dan mempunyai roda tambahan kerana pada usia begini biasanya mereka baru hendak belajar mengimbangi dan belajar mengawal basikal.Roda tambahan ini boleh buang apabila anak boleh mengimbangi badan mereka. Bahagian pedal pula mestilah yang boleh dijangkau oleh kanak-kanak.Pilih basikal yang boleh dilaraskan bahagian seatpost .

-Mempunyai pelindung rantai
Basikal yang tidak mempunyai pelindung dibahagian rantai basikal boleh mencederakan kaki kanak-kanak.Malah ianya boleh mengotorkan seluar atau kain kanak-kanak.Pernah berlaku kaki kanak-kanak tersepit di bahagian rantai basikal.Sudah tentu kita tidak mahu perkara sebegini berlaku.Jadi pelindung rantai basikal haruslah diutamakan.

-Brake basikal
Brake adalah salah satu bahagian basikal yang sangat penting.Sebelum membeli basikal pilih brake basikal yang tidak terlalu ketat dan boleh digunakan oleh kanak-Kanak.Pastikan brake depan dan belakang berfungsi dengan baik.Ramai kanak-kanak yang tidak dapat mencapai break basikal sehingga berlakunya kemalangan dan kecederaan.

-Rangka atau frame yang kukuh
Basikal yang berkualiti adalah yang mempunyai rangka yang kukuh dan mampu menampung berat badan kanak-kanak.Untuk memudahkan anda mendapatkan basikal yang sesuai dengan anak anda boleh la anda layari http://kepbicycleshop.com.my/ yang lengkap dengan khidmat nasihat , penjualan basikal dan membaiki basikal.

Pemilihan basikal yang tepat adalah sangat penting kerana untuk sebuah basikal ,harganya bukan lah murah.Jadi anda perlu bijak supaya pembelian anda berbaloi.Jika anda tersilap memilih basikal kemungkinan anak anda tidak mahu menggunakan nya dan sudah tentu anda mengalami kerugian.

sekian..


Previous
Next Post »

2 komen disini

Click here for komen disini
paridah
admin
15 April 2017 at 15:57 ×

LATIH ANAK BERBASIKAL DGN BAIK SAMBIL MNJAGA KESELAMATAN MRK

Reply
avatar
20 April 2017 at 10:00 ×

bagus tips ni, tengah nak cari basikal juga

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment