APA PUNCA BERAT BAYI TIDAK BERTAMBAH DAN PENYELESAIAN NYA

Assalamualaikum...



Berat badan bayi adalah perkara penting yang setiap ibu bapa perlu pantau demi perkembangan bayi yang sihat .Namun menjadi kerisauan ramai ibu bapa apabila berat badan bayi tidak menunjuk kan pertambahan atau berat bayi statik dan tidak naik ianya sudah tentu menunjuk kan ada sesuatu yang tidak kena pada bayi mereka.Ada ibu bapa yang sanggup membeli produk makanan tambahan seperti susu  yang mahal demi menambah berat  bayi tanpa mereka ketahui apa sebenarnya masalah sebenar hingga menyebab berat bayi tidak bertambah.Apa punca berat bayi tidak bertambah  dan bagaimana kah penyelesaian nya?

Punca berat bayi tidak bertambah

Gangguan pencernaan

-Masalah gangguan pencernaan biasanya bersangkut paut dengan jenis makanan yang diberikan pada bayi.Ada bayi yang alah dengan sesuatu jenis makanan.Gangguan pencernaan meliputi masalah cirit  dan penyakit usus .Pastikan susu yang diberikan pada bayi adalah yang bersesuaian dengan nya.Susu yang terbaik ialah susu ibu.Namun si ibu juga harus lah mengawal pengambilan makanan supaya zat yang diterima anak mencukupi.


Bayi tidak sihat

-Bayi akan mengalami penurunan berat badan apabila di tidak sihat.ini berlaku kerana dia tidak dapat menerima makanan  seperti selalu .Jika bayi masih menyusu teruskan menyusu seperti biasa .Ketika bayi sakit ,Cairan dalam badan akan berkurangan.elak kan bayi kekurangan air dan sentiasa berikan susu atau air supaya dia kekal bertenaga dan cukup zat.

Waktu makan bayi yang tidak teratur

-Waktu makan yang tidak teratur boleh menjadi punca kenapa bayi tidak bertambah berat badan.bagi bayi yang berusia lebih dari satu tahun , agak sukar untuk berat mereka bertambah kerana mereka semakin lasak, menu makan yang berubah dan ada yang diusia ini sudah pandai memilih apa makanan yang mereka gemari.Ada ibu bapa yang tidak kisah memberi anak mereka makan makanan ringan sedangkan makanan ringan juga punca berat anak tidak bertambah dan dalam keadaan tertentu makanan ringan juga membuat kan anak anda akan mengalami obesiti.


Kurang perhatian dan belaian ibu

Mungkin ada pernah mendengar pelukan dan belaian ibu mampu membuatkan bayi berasa nyaman  dan ianya sekaligus membuatkn bayi anda dalam keadaan sihat.Ada ibu yang mengalami tekanan perasaan dan menyebabkan kurang memberi perhatian pada si bayi.Tanpa disedari berat bayi turun mendadak .Luang masa dan banyak kan sentuhan dengan bayi .cara ini juga mebuatkan bayi anda lebih berselera untuk makan.

Penting untuk kita selalu memantau berat dan perkembangan bayi demi kesihatan mereka.Jangan takut untuk mendapatkan khidmat nasihat dari doktor .Jika berat bayi turun mendadak terus bawak anak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

sekian..

Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment