5 PERKARA INI BUAT SI DIA TAK AKAN CURANG

Assalamualaikum...



Bila setiap kali pasangan berlaku curang jarang sekali untuk menyelidik apakah punca sebenar pasangan tergamak mencurangi kita.Kita akan terus menyalahkan pasangan 100% seolah-olah kita tidak sedar yang kesalahan juga ada dipihak kita.Tapi ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk membuatkan pasangan tidak akan mencurangi kita;



1-Kerap memberi pujian

lelaki atau perempuan kedua-duanya suka akan pujian.Pujian akan membuatkan kita lebih berkeyakinan dan rasa di hargai .Begitu juga dengan pasangan kita.Apabila dia dalam keadaan stress, sedih atau marah, pujuk lah dia dengan pujian dan kata-kata semangat.Hargai apa yang pasangan kita lakukan dengan mengucapkan terima kasih walaupun apa yang dilakukan adalah perkara-perkara kecil.

2-ketawa dan bergurau

Saya pernah mengenali sepasang suami isteri yang usia perkahwinan mereka lebih 15 tahun.Pasangan ini jarang-jarang bergurau senda dan saya tak pernah lihat suami ini melemparkan senyuman pada isteri dan anak-anaknya.Dan korang mungkin dapat mengagak apa yang terjadi pada rumahtangga mereka.Mereka berpisah angkara kecurangan.Ketawa dan bergurau senda adalah hiburan dalam satu-satu hubungan.Apabila kita mencintai seseorang apalagi yang paling membahagiakan kita selain melihat sidia senyum dan tertawa..??

3-Pedengar yang baik

Tak perlu korang menjadi penyelesaian masalah atau hero saat sidia sedang bergelut dengan masalah.Cukup kalau korang mendengar dan memberi pelukan ketika dia meluahkan masalah nya.Terangkan padanya awalau apapun yang terjadi korang tetap menyokong nya dan sentiasa ada untuk nya.Untuk apa dia ada orang lain sedangkan korang sendiri sangup bersamanya walau dalam apa keadaan..kan??



4-Jangan merajuk terlalu lama

Rumahtangga mana yang tidak bergelora.Cinta yang mana tidak disulam air mata?Sekali sekala rasa marah pada pasangan tentu ada.Namun jangan biarkan ianya berlarutan hingga terlalu lama.Hilangkan rasa marah korang pada pasangan dalam masa sehari.jangan kerana marahkan satu perkara korang mengungkit-ungkit perkara yang lain dan dibawa ke masalah yang sedang berlaku.Ianya akan membuatkan pasangan merasakan hidup dengan korang hanya berbuah masalah yang tak pernah hilang.

5-Pupuk minat yang sama

Selalu kita lihat ada pasangan yang punya minat yang sama mereka sentiasa bersama walau kemana saja.Kalau suami suka travel, dah tentu isteri akan ikut serta, kalau suami suka memancing , isteri akan turut sama dengan suami pergi mencing .Minat yang sama bukan bermakna isteri sentiasa berkepit dengan suami dan mengawal suami kemana-mana.Tapi bila masing2 mempunyai minat yang sama ianya seolah-olah kita saling menyokong dan kerana minat dan hobi yang sama kita dan pasangan akan lebih kerap berkomunikasi.

Sedaya upaya elak kan lah untuk berlaku curang pada pasangan kita.Tak kira la dalam hubungan cinta ataupun rumhatangga.Untuk apa jalinkan hubungan kalau disulami dengan kecurangan yang sudah pasti akan memberi kesan buruk pada hubungan yang kita sendiri bina.


sekian..


Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
20 April 2017 at 22:53 ×

eerk.. hehehe si dia pun tarak hahaha..

Reply
avatar
21 April 2017 at 08:41 ×

akak paling suke tgk atuk ngn nenek akak... walaupun umur dh 80 an, tp msh gurau mcm pasangan muda

kadang2 siap main kaco2, usik2 tarik2 kain lg hahahha....
pg jln2 pusing kampung naik moto sambil peluk2 pinggang...

Reply
avatar
21 April 2017 at 09:45 ×

paling suka bab gurauan tu. kena perbaiki ni

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me