5 CIRI-CIRI KEDAI MAKAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS

Assalamualaikum...

creditpic:101berita.com

Saya pernah ada pengalaman makan di sebuah restoran ala Thai yang di atas pintu masuk nya penuh dengan tangkal.Hiasan dalam restoran tu pun agak kurang menyenangkan dengan lukisan yang menyeram kan.Waktu itu  pertama kali makan di restoran tersebut.Bila dah masuk , dah buat pesanan baru perasan pada tangkal dan gambar-gambar tu.Restoran tu juga pemilik nya ada orang islam jadi tak ada perasaan curiga sewaktu awal-awal memasuki restoran terbabit..Bila dah nampak semua benda2 macam tu selera nak makan pun dah hilang..Itu lah pertama dan terakhir saya makan di situ.Restoran tersebut juga nampak nya sudah tidak beroperasi lagi.Mungkin kerana orang sekarang sudah tahu restoran yang menggunakan pelaris adalah restoran dan kedai makan yang  "kotor".

Saya label kan restoran yang menggunakan pelaris ni sebagai kotor sebab korang boleh baca entry ni.

INILAH HANTU YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK MELARISKAN JUALAN MAKANAN

creditpic:beradab.com

Bagaimana kita nak tahu kedai makan atau restoran tersebut menggunakan pelaris?

1- Rasa biasa tapi pelanggan ramai
Kalau dilihat satu kedai makan yang hidangan nya  biasa-biasa saja, rasanya pun tak sedap tapi pelanggan nya sentiasa ramai  walaupun terdapat kedai makan lain berdekatan nya, itu mungkin tanda kedai makan tersebut menggunakan pelaris.

2- Rasa tidak sedap bila di bawa pulang
Jika makanan yang dibeli di kedai makan tersebut di bungkus dan dibawa pulang  rasa makanan tersebut sudah tidak sedap.Ada makanan yang memang tidak sedap bila di bawa pulang kerana sudah sejuk tapi jika dia menggunakan pelaris bukan saja rasanya tidak sedap malah melihatnya pun kita akan rasa kurang berselera

3-Perasaan yang tidak selesa
Ada satu cara yang patut menjadi amalan kita setiap sebelum masuk ke dalam kedai makan atau restoran.Cara ini untuk mengetahui sama ada kedai tersebut menggunakan pelaris. Caranya ialah :
semasa masih di dalam kereta atau kenderaan , baca ayat qursi 3 kali.Kemudian tiup 7 kali ke arah kedai tersebut.Tiup sehingga habis nafas kita.Jika kita merasa seperti ada angin menerpa ke wajah kita itu bermakna kedai makan tersebut menggunakan pelaris.

Apa bila berada di dalam kedai tersebut kita akan berasa tidak selesa, panas dan pening.Jika berasa seperti tanda2 yang saya nyatakan adalah lebih baik kita beredar dan memilih kedai makan yang lain.

4-Dapur yang tersorok
Kedudukan dapur yang agak tersorok dan susah dilihat oleh pelanggan juga berkemungkinan adalah tanda-tanda kedai tersebut menggunakan pelaris.Namun ianya tidak juga boleh di pastikan kerana zaman sekarang demi menjaga keselesaan pelanggan ramai peniaga yang memilih untuk meletak kan kedudukan dapur di bahagian yang tigak mengganggu pelanggan.Walaupun begitu ruang dapur masih terbuka jika ada pelanggan yang mahu melihat cara memasak .Tapi bagi yang menggunakan pelaris ruang dapur tidak terbuka untuk pelanggan.

5-Banyak benda yang mencurigakan
Seperti yang saya ceritakan awal tadi mengenai pengalaman saya mengunjungi sebuah restoran ala Thai , terdapat banyak tangkal berwarna kuning di setiap atas pintu restoran, dan ada  gambar yang aneh.Itu juga tanda kedai makan yang menggunakan pelaris. Ada juga kedai yang meletak kan keirs lama di atas pintu masuk seta patung-patung kecil yang di gantung di pintu.Sebaiknya hindari dari memasuki restoran dan tempat makan di kedai sebegini.

Semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..
Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
7 April 2017 at 10:39 ×

ni yg akak tkt nih, yelah benda kita nk mkn kan....

sbb tu org tua2 selalu pesan nk mkn baca bismillah, baca doa mkn...
penah lah dulu, ada kedai mkn tu mmg sedap tp tiba2 tgk kedai tu asik ttp je sejak ada kedai baru di sebelahnya... bila jumpa owner kedai, dia kata kedainya buka hari2... sedangkan kami yg lalu hari2 nmpak ttp... rupenya kedai dia yg kene ttp dek sihir... kesian kan

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment