Skip to main content

WANITA : KERJA SALAH TAK KERJA PUN SALAH...

Assalamualaikum...



Sebelum saya berkahwin saya fikir yang saya akan bekerja walaupun saya dah berkahwin.Tapi ditakdirkan yang saya ni memang akan jadi suri rumah bila permohonan kerja saya di tolak.Tunggu punya tunggu last2 rasa macam tak apa la tak kerja.Jadi suri rumah pun ok jugak.

Tapi tu la ada juga orang-orang tertentu yang tak senang dengan keadaan kami sekarang.Siap hina saya dan pandang rendah pulak pada saya ni disebab kan saya ni tak kerja..Tak macam isteri orang lain yang keluar gelap balik pun gelap...Hairan kan??manuisa ni ada je salah orang nak di cari..

Bila tak kerja dia pandang hina  pada kita ni sebab dia fikir kita ni tak de duit dalam poket.Mesti nak beli apa2 minta duit suami.Mesti saya ni kaki melaram lagi2 bila tengok saya ni cantik saja .hahahah..(perasan) .barang kemas ada, tiap kali jumpa beg baru, kasut baru..Mesti minta suami yang belikan tu..Itu lah yang biasanya orang2 mundur akan fikir..kan??

Tapi cuba kalau saya ni keluar berkerja..lain pulak ceritanya nanti..dah tentu!!Mesti nanti dikatanya saya ni abaikan keluarga, tak reti jaga anak, kesian anak-anak sebab jarang jumpa ibunya, kesian suami hari2 makan di kedai, kesian suami kena buat kerja rumah, nampak pulak saya melaram sakan dengan duit gaji sendiri, dah nanti dikatanya saya tak bantu suami..aduh!!pening kepala ni..kan??

Tapi itu lah manusia...Ada saja yang tak kena..Saya memang abaikan saja mulut2 puaka macam tu.Lagi dihina lagi saya saya nak tunjuk macam2 yang saya ada pada dia..biar berasap matanya tu..hahahah..

sekian..

Comments

  1. Biasalah Diana mulut org ni sentiasa tak puashati dengan kelebihan orglain.Akak sendiri pernah lalui bila anak kata ada seseorang yg bagitahu dia ibu2 yg tak bekerja zaman skg ni kolot...sedih sungguh dgn perkataan yg disampaikan anak tu.

    ReplyDelete
  2. pekakkan telinga je... diorg tu cemburu sbb kita ada kat rumah sentiasa berbanding dia yg kena bertungkus lumus kat luar tu hehehe

    ReplyDelete
  3. biasalah..itu lah namanya kehidupan..hihi..

    ReplyDelete
  4. SURI RUMAH SENTIASA BEKERJA SEPANJANG MASA..KALAU BEKERJA ADALAH REZEKI-NYA..RAMAIYG XFHM TU

    ReplyDelete
  5. dia jeles tuh...
    dh suami kita mampu nk tanggung keluarga, dia pun setuju kita jd suri rumah je... nper org lain nk sibuk2 lak

    akak ni, kalau lah suami akak mampu nk tanggung family tanpa bantuan akak mmg nk sgt jd suri rumah, tp yelah rezeki masing2 selalu tak sama kan...

    awak duk umah tp bizi sbgai blogger, dpt duit dr situ... dulikkan org nk kata apa, jnji kita tau apa kita buat

    ReplyDelete
  6. camtula, tak pernah takde yang boleh puas hati. buat dek je diana

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …