WALAUPUN KERAP DITINGGALKAN TAPI KASIH SAYANG SEMAKIN KUAT

Assalamualaikum...


Kalau dulu bila tiba hari isnin mesti rasa malas, rasa nak demam , nak pitam..hahahah..Tapi tu dulu..Zaman serba serbi kita rasa cukup.Zaman sekarang dah lain.Bila tiba hari isnin dah tak de lagi rasa malas , moody dan sebagainya.Kalau kita rasa macam tu memang jauh tertinggal la kita.

Masuk hari isnin semangat kena lebih lagi berbanding hari-hari lain.Kalau semalam, kita dah isi masa kita 100% dengan keluarga, dengan yang tersayang dan untuk diri sendiri tapi masuk je hari isnin,kena tinggalkan sekejap semua tu demi sabtu dan ahad yang akan datang.


Memang sebagai seorang yang mempunyai orang-orang yang kita sayang akan ada perasaan rindu dan kasihan pada mereka sebab terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu ..Misalnya anak-anak..kita terpaksa hantar dipusat asuhan..Tapi demi kelangsungan hidup, demi masa depan diaorang kita terpaksa lakukan nya juga.Lagi-lagi bagi seorang wanita bergelar ibu..

Ada orang fikir bila ibu bekerja, dan anak-anak dijaga oleh orang lain, bermakna anak-anak tersebut kurang perhatian dan kasih sayang.Salah kalau fikir macam tu.Ada keluarga yang masing-masing keluar pagi, lewat petang baru berjumpa..Tapi ikatan kasih sayang dan keakraban mereka sangat kuat berbanding mereka yang berjumpa setiap hari 24 jam.


Sebab diaorang ni tak banyak masa untuk bersama.Jadi masa yang ada tu mereka gunakan sebaik mungkin.Adik beradik tak bergaduh, sampai je kat rumah masing-masing nak bercerita,buat kerja sekolah sama-sama, makan bersama-sama.Disebabkan masa yang singkat tu semua perkara kena dilakukan bersama-sama.Mak ayah pulak balik je dah jam 7 petang..Terus siap-siap untuk solat berjemaah.Bila malam time belajar duduk semua kat meja , belajar sama-sama ., senang ibu ayah nak pantau bila dah semua berkumpul kat meja.Jadi ikatan tu sangat kuat walaupun masa bersama tu singkat.

Berapa panjang pun masa yang kita ada dalam sehari tapi kalau kita tak gunakan dengan berkualiti ianya akan jadi sia-sia.Cara kita gunakan masa tu yang penting ..Tak mustahil 5 minit yang kita ada boleh membahagiakan kita untuk sepanjang hayat..


sekian..


Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
emalin mohd
admin
6 March 2017 at 22:25 ×

Masa bermasa anak memang terhad. Lagi-lagi bila semua orang penat balik kerja dan sekolah dan kadangkala mood pun ups and down.

Congrats bro emalin mohd you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment