Skip to main content

REVIEW FILEM ANIMASI TROLLS

Assalamualaikum....



Tengok dekat astro sekarang ni ada ditayangkan filem animasi TROLLS.Anak-anak memang nak sangat tengok filem ni.Tak tahu langsung filem ni tentang apa.Tapi dah namanya cerita kartun anak-anak memang nak tengok la.So kita langgan  dan tonton la korang sampai muntah.hahahha..






Awal-awal cerita dah menarik budak-budak untuk tonton. Tak bosan lansung.anak-anak saya tengok sampai habis.Ada part lucu dan sedih..Ada juga part yang comel-comel tu terus buat senyum sendiri.Untuk filem ni saya dan anak-anak bagi 4.5 bintang. Antara filem animasi palling best di tahun 2017

Review Filem Animasi Trolls.

Filem ni mengisahkan satu puak yang dikenali sebagai Puak Bergen .Puak Bergen ni tak pandai menari,menyanyi dan bergembira,Hidup diaorang ni macam penuh dengan kebosanan dan tak menarik.Satu hari salah seorang (seorang ke seekor tak tahu la nak cakap) dari puak Bergen ni nampak ada satu makhluk yang dikenali sebagai Trolls.makhluk yang comel ni menyanyi, menari , ketawa, berpelukan seolah-olah hidup mereka sangat gembira dan bahagia.



Teringin nak merasa keseronokan seperti Trolls , Puak Bergen ni telah menangkap dan makan salah satu Trolls ni konon nya nak dapatkan kegembiraan dan keseronokan tu.jadi ianya macam satu tradisi bagi puak bergen ni untuk tangkap dan makan Trolls, dan bersempena itu dijadikan satu hari sebagai hari Trolltice.

Hidup lah makhluk Trolls  dalam ketakutan , sebab diaorang ni sentiasa jadi buruan puak Bergen.tahun berganti tahun selepas satu kejadian dimana tukang masak utama untuk perayaan Trolltice dibuang dan disingkirkan dari puak Bergen ,mereka dah tak menyambut Trolltice lagi.Tapi dalam diam tukang Masak puak Bergen tu masih memburu Trolls untuk dapatkan kembali kepercayaan pemimpin Puak Bergen.






Lepas tu macam-macam la kejadian berlaku apabila  Puteri Trolls yang dikenali sebagai Poppy berusaha menyelamatkan Trolls yang di tangkap oleh tukang masak Puak Bergen ni.



Betapa susahnya puak Bergen ni nak dapatkan kegembiraan yang sebenarnya memang ada dalam diri setiap dari kita.Puteri Poppy bukan saja menyelamatkan Trolls tapi dia juga berjaya mengubah pemikiran Puak Bergen yang konon nya mereka akan gembira jika makan Trolls.

Best filem ni..Ianya tentang mencari kegembiraan dan kebahagian.Korang kena tengok ok..kalau tak tengok kat wayang boleh langgan kat astro.Bagus untuk anak-anak kita,lagu-lagunya pun best..Semua lagu yang pernah popular dulu.Terimbas kenangan masa makcik muda-muda..heheh

sekian..

Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …