Skip to main content

RESEPI NASI DAGING YANG PALING MUDAH TAPI SEDAP

Assalamualaikum...



Nasi daging memang terkenal kat belah utara ni.saya ni pun sejak duduk Penang  ni la baru tau ada nya nasi daging ni.Rasa nya memang sedap.Tak payah banyak-banyak lauk .Makan dengan air asam je pun dah cukup menyelerakan.Kalau nak letak kuah, buat la kari daging ke, ayam masak merah ke..Untuk kali ni saya masak nasi Daging dengan Kurma Daging..Suami kata kalau ada acar timun dan nenas lagi meletop..hahaha..Tapi malangnya nenas tak de pulak ..Masak secara mengejut jadi macam ni la..semua nya tak de..Air asam pun tak de sebab tak de tomato dan kerisik.jadi untuk kali ni saya kongsikan cara masak Nasi Daging yang paling mudah tapi Sedap .

Untuk kuahnya korang boleh kawan kan dengan kuah apa saja.Cuma kuah ikan je la yang macam tak berapa sesuai..heheheh..Tapi kalau nak try apa salah nya..masuk mulut, kunyah2 hancur jugak..kan??Untuk resepi daging dan air asam korang boleh tengok di sini.(klik)

Jom kita tengok Resepi Nasi Daging Yang simple dan Sedap

Bahan-bahan A:-

1/2 kilo daging di potong 1 inci besar
1 inci halia
5biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 cawan air
Bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
3 biji buah pelaga.
Garam

Bahan-bahan B:-

5 cawan beras -beras apa pun tak pe
1 helai daun pandan
1tin  Susu cair
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar Majerin

Cara-caranya.

Mula2 kena buat air rebusan daging.Kita guna bahan-bahan A dulu.

Kisar bawang merah, halia dan bawang putih bahagikan kepada 2 bahagian
Panas kan  2 sudu besar minyak dan tumis buah pelaga, bunga lawang , kulit kayu manis dan bunga cengkih .
Masuk kan bahan kisar yang 1 bahagian tadi dan masak hingga garing..
masuk kan air dan daging..
Masak hingga mendidih dan masuk kan garam secukup rasa.Masin sikit tak pe sebab nanti nak masuk kan nasik.Agak2 la anggaran garam tu ..

Lepas dah masak air rebusan daging kita nak masak nasiknya pulak..Kita gunakan bahan B

Basuh beras dan toskan..
Dalam periuk panaskan majerin dan tumis 1 lagi bahagian bahan kisar tadi sampai garing.
Masuk kan rempah sup bersama 1 cawan air..
Tumis sampai rempah naik minyak dan garing.
masuk kan beras dan daun pandan..
Kacau dan masuk kan air rebusan daging bersama dengan daging nya sekali.
Masuk kan juga susu cair .
Kalau masak guna periuk elektrik lagi mudah..
Tapi kalau masak guna dapur gas/atas api tu  pandai2 la jaga api..

**Jumlah air rebusan yang dimasuk kan bergantung pada sukatan dan jenis beras.



Cara saya masak simple je..Tapi rasanya tetap sedap..Biasanya ada yang masuk kan kiub ayam semasa tumis bahan kisar untuk nasi tu.Tapi saya tak suka..kalau korang nak letak apasalah nya..mesti la lagi sedap ..kan?Kiub ayam tu kan ada  MSG ni..

Bila nasi dah masak boleh la dihidangkan dengan air asam dan daging bakar..

selamat mencuba ..

sekian.


Comments

  1. Sedapnyaa nasi daging. Juadah raya rumah saya setiap tahun, hehehe

    ReplyDelete
  2. terliur dah ni diana...insyallah..kalau ada masa nanti nak try resepi ni

    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete
  3. masa mule2 akak terbaca kt tajuk tu nasi dagang, pastu baca kt dlm ntry eh org utara? baca balik oooooh nasi daging, dasar mata rabun dh pakai spek pun tak nampak hehehhehehe

    ReplyDelete
  4. sedap nasi daging, pernah buat dulu. boleh ulang buatlah

    ReplyDelete
  5. Sdpnya nasi daging, blh try ni mskn belah utara

    ReplyDelete
  6. Saya pernah makan nasi dagang... sedap juga, boleh masuk dengan tekak saya lah...

    ReplyDelete
  7. Dulu makan nasi daging ni dengan air asam. Pun sedapppp...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …