Skip to main content

RESEPI DAGING MASAK LEMAK CILI PADI YANG MUDAH DAN PALING SEDAP

Assalamualaikum...

resepi daging masak lemak cili padi

Suami saya kata orang kedah jarang-jarang buat  masak lemak cili padi.Sebab tu dia kurang gemar makan masak lemak cili padi.Tapi kalau masak lemak tu yang ditambah dengan kerisik makan pulak sampai bertambah-tambah.Tak dinafikan masak lemak cili padi kerisik ni memang sedap.Rasanya seakan-akan rendang cuma bahan nya tak la banyak macam masak rendang.Sama je macam kita buat masak lemak cili padi cuma ditambah dengan kerisik.Kuah nya juga banyak ,Tak kering macam rendang.

Untuk hari ni saya masak Daging masak lemak cili padi kerisik. Saya tambah sebiji ubi kentang juga sebab saya ni kalau memasak tak letak MSG.Jadi bagi menggantikan MSG tu kita letak la ubi kentang supaya lebih sedap.

Ada yang kata kalau letak kerisik banyak rasanya lebih sedap.Saya letak dalam 1 sudu besar je ni untuk 250g daging.Keluarga saya kecil je jadi masak pun sikit je la.Kalau nak masak banyak dalam sekilo daging boleh la letak kan dalam 1 senduk besar kerisik.


resepi daging masak lemak cili padi

Jom saya kongsikan Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi Kerisik ni untuk korang.Mana lah tahu kalau resepi saya ni kena dengan tekak keluarga korang.

Bahan-bahan Daging Masak Lemak Cili Padi Kerisik:-

250g Daging
10 tangkaii Cili padi merah/hijau
1 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 susu kecil serbuk kunyit
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu besar minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa



daging masak lemak cili padi

Cara-cara memasak Daging Masak lemak Cili Padi Kerisik

1- Potong daging ikut saiz yang korang suka dan bersihkan.

2-Kisar cili padi , bawang besar , halia dan bawang putih 

3-panaskan minyak dan tumis serai yang dah di titik.Kemudian masuk kan bahan kisar.

4- Masuk kan serbuk kunyit , kerisik dan kentang yang dah dipotong

5-masuk kan daging, santan,garam dan gula secukup rasa.

6-Masak hingga mendidih dan pecah minyak nanti  kuah tu akan jadi sedikit pekat.



daging masak lemak cili padi

Dah siap boleh la dihidangkan.Makan dengan nasi memang bertambah-tambah la.Korang boleh try gantikan cili padi tu dengan cili kering yang dikisar kalau tak mau rasa yang terlalu pedas.Tapi namanya kena tukar Daging Masak Lemak Kerisik je la..sebab tak de cili padi..hahahah..Tapi nak tambah kedua2 nya sekali pun boleh kalau nak kuah tu macam merah2 sikit macam masak lemak saya ni sebab saya tak nak bagi nampak kuning sangat nanti anak-anak tak mau makan.heheh..

Kalau tak nak letak ubi kentang pun tak pe..Boleh juga letak tomato atau terung..Selamat mencuba..


sekian..


Comments

  1. MSK LEMAK CILIPADI DAGING TAMBAH KERISIK XPERNAH CUBA LAGI..MESTI SEDAPTU

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …