ORANG YANG SUKA MENUNJUK-NUNJUK DI MEDIA SOSIAL ADALAH ORANG YANG TIDAK BAHAGIA

Assalamualaikum...



Tadi saya baca satu komen di facebook yang kata orang yang suka menunjuk-nunjuk dilaman sosial ni sebenarnya ialah orang yang tidak bahagia.Dia tak de orang sekeliling yang boleh  tengok apa dia ada..Mungkin kat dalam rumah tu dia tinggal sorang-sorang je.Ataupun dia tak de kawan rapat yang boleh dia kongsikan cerita tentang apa yang dia ada.

Saya sutuju juga dengan pendapat nya tapi bergantung kepada keadaan.Macam saya ni seorang blogger yang dibayar untuk tunjuk semua yang saya dapat.Jadi saya kena tunjuk la.Bukan tunjuk kosong2 je tapi tunjuk sekali dengan infonya.Kalau bab anak-anak pulak saya tunjuk juga bukan sebab di bayar tapi sebab dalam rumah ni tak de mak saya, tak ada adik2 saya, tak ada kawan-kawan saya .semua dok jauh2 jadi saya tunjuk kat laman sosial je la..Itu dua keadaan berbeza yang buatkan saya "menunjuk" .

Sebenarnya saya tak suka sangat guna perkataan menunjuk-nunjuk ni..Sebab kita sebenarnya lebih kepada nak berkongsi cerita.Saya nak apa yang saya kongsikan pada semua di laman sosial sebagai sesuatu yang orang lain boleh ambil sebagai pengajaran dan hiburan.Bila ada cerita lucu anak2 tu anggap je la sebagai hiburan..kalau luahan perasaan tu , ambil sebagai pengajaran.kalau saya kongsi tentang produk kecantikan ke, ubat ke, ambil la sebagai sekadar untuk pengetahuan.



Sebab itu kalau kita nak "menunjuk" di laman sosial pastikan ada sebab nya.Bukan sekadar untuk bermegah-megah.Itu yang buat kita di cop sebagai tidak bahagia.Nak tunjuk beli beg tangan baru, baik kita kongsikan maklumat kat mana kita beli, berapa harga nya.kualitinya macam mana, kat mana yang boleh dapat lebih murah..Itu lebih baik kan??Kita menunjuk tapi dalam masa yang sama tak nampak macam kita sengaja nak menunjuk.

Silap nya kita bila menunjuk tapi ketara sangat menunjuk tu.Selfie dengan makeup cantik2..Ambik gambar dengan anak.Muka anak nampak sekerat je.anak yang satu lagi nampak telinga je.Yang sorang lagi gambar pun kabur.tapi gambar kita kemain cantik flawless gila.lepas tu caption cerita pasal anak.Sesuai ke tak??hahahah..Padahal nak harap orang puji kita.." cantik ibu dia walaupun anak berderet.." hahahah

Pendapat korang pulak macam mana?Adakah korang menunjuk sebab tak bahagia?


sekian...
Previous
Next Post »

6 komen disini

Click here for komen disini
dear anies
admin
3 March 2017 at 17:37 ×

mungkin ya... mungkin tidak... tp sy percaya yg menunjuk2 ni krg kasih syg kot hehehe

Reply
avatar
3 March 2017 at 17:43 ×

kalau jenis nak share baru beli beg baru ke.. baju baru ke kasut baru je hapa je yang baru tapi upload cuma brand atau tag harga yang tu nampak sangat nak menunjukknya.. kalau berkongsi mungkin dia berkongsi full gambar tu hahahaha.. Tapi lantak dia la kan.

Reply
avatar
3 March 2017 at 18:20 ×

Entah ye..Terpulang pada masing2 tapi kalau part saya takde la sebab tak bahagia ke apa ke kan..Saya pun lebih suka ayat nak share. Nowadays ni mmg life cam ni kot. Terpulang la persepsi masing2. Sebab saya amik pendekatan apa saja yang orang share kat media sosial saya amik part positif je contoh kalau dia beli barang best ke apa ke kan so saya harap dia share kat mana dia beli ke kan..Atau kalau parents yang share pasal parenthood so kita amik yang part baik dan positif..Saya lebih suka fikir yang baik2 saja..

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
admin
3 March 2017 at 19:14 ×

Hehehe kita ni kan takde masa nak menunjuk2 .. lbh pada nak berkongsi cerita jer sebenarnya.. Cth kita review produk laa kan .. kena laa tunjuk produk bagai..bukan niat nak menunjuk2 pon.. kalau nak menunjuk2 tu tunjuk kereta 4 lima bijik tunjuk lemari handbang 100 biji handbang .. tu dah kira cam nak menunjuk2 laa tu hahahaha .. tapi kalau org dah nak tgk tunjuk jer laa .. cth celebriti kita..semua org nakk tau pasal diaorang..apa diaorang pakai,makan pergi mana..mekap pkai apa..produk apa..kereta apa semua tu org nak tengok hehe

Reply
avatar
3 March 2017 at 19:59 ×

Kalau post gambar makanan kita makan kira menunjuk tak?? Mula-mula bila ada rasa dengki tu memang rasa depa nak menunjuk je. Pi shopping upload, beli itu upload, beli ini upload... Tapi secara positifnya, anggap jela depa nak share. Tak heran dah.. Haha

Reply
avatar
SalbiahM
admin
6 March 2017 at 10:07 ×

entahlah..terpulang pada orang.ada orang suka berkongsi, ada orang jenis yang private.hati dia, dia sendiri tau.kita ni kalau rasa menyampah, hide atau unfollow je.apa susah

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment