LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST 2017

Assalamaualaikum...


LAZADA BIRTHDAY CONTEST - Boleh dikatakan setiap bulan saya ada membeli barang di Lazada Malaysia.Kalau terfikir je nak beli apa-apa mesti pilih Lazada dulu sebab barang-barang di Lazada lebih murah .Sekian lama jadi pelanggan setia Lazada ni tak sedar rupanya ini tahun ke 5 Lazada beroperasi iaitu sejak 2012 dan sempena ulangtahun ke 5 Lazada ni ada berbagai tawaran menarik di Lazada.com.my dengan potongan harga sehingga 90% bermula 22-24 march ini.


LAZADA BIRTHDAY CONTEST 


Apa yang paling saya suka tentang Lazada sehingga membuatkan Lazada menjadi pilihan utama untuk membeli belah?

Selain dari barang yang murah ,apa yang membuatkan saya suka Lazada adalah kerana berbagai pilihan barang , penjual dan harga yang berbeza.Kita boleh memilih mengikut keselesaan  dengan penjual mana yang kita nak beli serta bajet yang kita ada.Setiap penjual meletak kan harga yang berbeza. Jadi pandai-pandai la kita memilih mana yang kita suka.Nak bayar pun mudah , boleh guna kad credit, kat debit , melalui paypal dan kalau kita bertuah ada pembayaran semasa penghantaran atau COD yang kita boleh buat.

Membeli di Lazada ni sebenarnya mudah saja.Kalau macam saya ni saya suka rujuk pada review yang terdapat pada setiap barangan tu.Melalui review yang ditulis oleh pelanggan dapat la kita tentukan sama ada barang tersebut bagus atau pun tidak.Lebih menarik lagi nama syarikat penjual juga ada terdapat pada page setiap barang.Disitu juga di berikan tarikh anggaran barang kita akan sampai.Mudah kan??

Top 3 produk di Lazada Malaysia yang menjadi pilihan saya
                         
Setiap kali melayari laman web lazada Malaysia ni ada 3 barang ni yang paling saya berkenan.Asyik scroll tak jemu-jemu.Tapi belum tercapai lagi impian nak dapatkan nya.Ketiga-tiga barang ni adalah barang yang ada kena mengena dengan aktiviti seharian saya.Sebab tu bila buka laman web Lazada, 3 barang ni adalah pilihan utama saya.

Harapnya bila ada Multifunction cross trainer orbitrac with twister ni dapatlah saya menjaga kesihatan saya dengan lebih kerap bersenam..




Pensonic Electric Oven ni akan menggantikan oven lama saya yang dah uzur tu.Makin rancak la bisnes brownies anak saya nanti.



Untuk membantu pembelajaran anak-anak kadang2 saya perlu kan printer.Canon pixma E470 Wireless ni pilihan utama saya berdasarkan review ramai yang puas hati dengan produk ni..


Pandangan dan cadangan untuk menambah baikkan  Lazada Malaysia

Kalau dilihat pada rangkaian produk yang terdapat di Lazada ni ada banyak produk berbagai jenama terkenal dan ada yang tidak.Tapi  alangkah baik nya kalau Lazada mempunyai produk mereka sendiri supaya dapat bersaing dengan jenama-jenama lain.Cara ini sebenarnya lebih memudahkan pelanggan jika berlaku sebarang masalah .Buat masa ini jika pelanggan mengalami masalah dengan barang yang dibeli pihak Lazada menjadi orang tengah antara pelanggan dan penjual.Tapi jika pelanggan membeli terus pada Lazada sudah tentu tak kan berlaku sebarang masalah berdasarkan pengalaman 5 tahun Lazada Malaysia mengendalikan masalah-masalah seperti barang lambat sampai, barang rosak, barang yang sampai tidak sama seperti yang  tertera di gambar dan sebagainya.




Happy Birthday Lazada...

Sempena ulang tahun ke 5 Lazada Malaysia ni saya nak ucapkan semoga Lazada terus berjaya supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang pada kami semua..Terus maju ke depan dan menjadi portal membeli belah nombor 1 di Asia.


Diharapkan tahun ni juga ada banyak kerja sama antara Lazada dan Blogger malaysia. ;)

sekian...



Previous
Next Post »

5 komen disini

Click here for komen disini
paridah
admin
9 March 2017 at 21:59 ×

HAPPY BIRTHDAY LAZADA MOGA BERTMBAH MAJU

Reply
avatar
Noor Maizan
admin
10 March 2017 at 04:16 ×

Semoga berjaya kak Diana, hihi.

Mai pun join juga, makin ramai makin meriah ni...

Reply
avatar
10 March 2017 at 11:35 ×

all the best diana..best shopping kat lazada ni

~ Kisahsidairy~

Reply
avatar
shahdiana
admin
27 March 2017 at 15:35 ×

good luck dear...

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment