Skip to main content

KEBAIKAN SIMPAN TALI PUSAT ANAK

Assalamualaikum..



Pernah ada yang bertanya saya sama ada perlu atau tidak kita simpan tali pusat bayi yang lahir?Saya pun tak tahu kalau tali pusat tu ada yang buang.Saya memang simpan tali pusat kedua-dua anak saya dalam satu bekas.Sebab saya pernah terbaca kebaikan simpan tali pusat anak , tali pusat adik beradik kalau disimpan sekali nanti anak-anak jadi saling akhrab dan bersatu dalam apa jua hal.Hhahaha..Tak tahu la betul ke tidak.Tapi benda elok apa salahnya kita ikut..kan??

Ada ke yang buang atau kehilangan tali pusat anak?Ada yang kata tali pusat anak perlu ditanam.Tak tahu la apa akan jadi kalau tak ditanam..Setakat ni tali pusat yang saya simpan dah kering dan bekas nya pun saya tak pernah buka.

Tapi tahu tak sebenarnya mengikut apa yang saya baca baru-baru ni tali pusat ni ada berjuta sel yang boleh digunakan untuk untuk perubatan.Cuma cara simpan tali pusat tu kena betul dan ada cara-nya.Sebab nak mengekalkan dan menjaga sel-sel stem pada tali pusat ni dan kos nya juga tinggi..Ada syarikat yang emnawarkan perkhidmatan menyimpan tali pusat anak.

Sel-sel yang terdapat pada tali pusat ni nanti akan digunakan untuk merawat ahli keluarga terdekat .Ianya disuntik kan pada pesakit untuk membentuk sel baru pada pesakit.Antara penyakit yang boleh dirawat ialah leukimia, Anamia aplastik dan Neuroblastoma .


Buat masa ni kajian masih dilakukan untuk ada banyak lagi penyakit yang dijangka dapat dirawat menggunakan sel yang terdapat pada tali pusat . Jadi lepas ni simpan baik2 tali pusat anak-anak kita.Ada tempat khas untuk simpan tali pusat anak ni.Kos nya memang tinggi la.Tapi kalau kita nk bersedia demi masa depan apa salahnya kita melabur sikit.

Ada setengah kepercayaan yang kata tali pusat ni juga boleh buat kulit kita cantik dan awet muda .Mungkin diaorang ada cara sendiri la macam mana nak gunakan tali pusat tu.Saya pun tak pasti apa caranya tapi tak mustahil..kan??


sekian..





Comments

  1. dulu saya simpan tali pusat anak pertama dengan kedua. mulanya rancang nak ada 2 orang anak je. lepas tu saya tanam dalam 1 lubang. kata orang, kalau tanam sama-sama, mereka akan jadi rapat. lepas tu, ada lagi rezeki. dapat anak ketiga. dan saya lupa dekat mana saya tanam tapi pusat anak pertama dengan kedua tu. sudahnya saya tanam tali pusat anak ketiga tu sorang-sorang je. hehehe.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  2. Bab ni saya tak pasti pula... tapi wife saya simpan... campur dalam botol minyak apa ntah... khasiatnya saya pun tak tahu... kalau ada kajian saintifik dan bagus juga untuk bukti kan...

    ReplyDelete
  3. Pernah baca hari tu darah yg dekat tali pusat tu kak. Masa lepas bersalin tu mintak doctor masukkan sikit darah tu dalam tabung darah. Darah tu kna simpan kt pusat dia. Kena bayar plak untuk sewa nak smpan darah tu. Kt cyberjaya kalau xsilap pusat dia. 😂

    ReplyDelete
  4. Mak kita pun msh simpan tali pusat kitaorg adik bradik dlm satu bekas, katanya blh jdi ubt. Taw la org2 lma kan taw je kebaikannya kan

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar juga terutama bagi anak yang berisiko berpenyakit dinasihatkan untuk menyimpan tali pusat. Tapi kosnya terlalu tinggi. Tidak semua orang mampu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …