KASIHAN... SEAWAL USIA 6 TAHUN KANAK-KANAK INI BERLATIH AKROBATIK

Assalamualaikum...

Masa saya kecik2 dulu saya mana ada bersukan ke, bersenam ke..Saya boleh dikatakan sebagai budak lembik la.Naik sekolah, darjah 5 baru la saya ni aktif bersukan.main bola jaring, bola baling..Ala..aktif terpaksa je sebab kat sekolah tu tak de orang lain.Maklum la..pelajar untuk satu kelas pun tak ramai.dalam 30 orang .Dari darjah 1 sampai 6 semuanya ada 1 kelas je...Nak tak nak terpaksa la bersukan..hahahah..

Tapi saya ni dalam terpaksa pun tak de la cikgu tu nak kerah sangat macam yang dekat negara China ni.Tengok budak2 ni berlatih jadi akrobat .Fuhh!!berpeluh makcik tengok..kalau saya la dipaksa berlatih macam ni memang tak menulis blog la sekarang..hahahha..

Jom tengok bagaimana kanak-kanak di China di latih menjadi  akrobatik di China.


Sebuah perkampungan kecil di Wilayah Shandong Barat menjadi pusat terkenal yang melatih akrobatik.Dikatakan setiap tahun tempat ini menjadi kunjungan mereka yang ingin mengasah kemahiran dan ketangkasan mereka dalam akrobatik.





Ramai dari mereka yang mempunyai bakat dan cita-cita yang tinggi dalam bidang ini.Ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sini demi masa depan anak -anak.Dengan kemahiran sebegini sekurang-kurang nya ia memberi pendapatan pada mereka.




Di sini mereka akan dilatih selama 2 hingga 3 bulan dan kemudian apabila mereka keluar sahaja dan pulang ke kampung , mereka boleh menyertai kumpulan  persembahan di sekitar tempat mereka.Setiap satu persembahan biasanya mereka akan mendapat100 hingga 300 yuan.



Mereka yang dihantar kesini ada yang berusia seawal 6 tahun .Walaupun latihan yang diterima agak keras namun semua ini demi meneruskan kehidupan mereka.



Kasihan anak-anak kecil ni..kan??gambar2 yang saya ambil dari shanghaiist.com ni mendapat banyak reaksi daripada netizen.Ada yang mengecam dan tak kurang juga yang bersimpati dengan nasib rakyat China yang terpaksa berusaha lebih demi kelansungan hidup.Mereka melakukan apa saja pekerjaan untuk mencari rezeki.


sekian..
Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
14 March 2017 at 08:31 ×

demi untuk meneruskan kehidupan... apa pun sangup mereka bt...
tp baik lg mcmni dr dh di ajar mencuri, sekurangnya ini usaha mereka utk dpt duit di masa depan

Reply
avatar
Fiza Rahman
admin
14 March 2017 at 11:17 ×

Kesian jugak tengok. Kecik2 dah dilatih macam ni.

Reply
avatar
14 March 2017 at 11:36 ×

kesiannya, patutlah diorg power sangat sampai menang pingat banyak

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment