Skip to main content

IBU TERKEJUT ANAK KECILNYA TERIMA PESANAN SUPAYA MENGHANTAR GAMBAR BOGEL DI APLIKASI

Assalamualaikum..

copyright :spy125


Zaman sekarang anak-anak kecil ramai yang sudah diberikan gadget.Tapi perhatian dan kawalan dari ibu bapa tu tetap perlu.Saya sendiri sesekali berikan gadget pada anak tapi semuanya didepan mata.Bila cukup masa yang dah ditetapkan  saya off wifi .dengan sendiri anak tahu sudah tiba  masa untuk mereka lakukan perkara lain pulak.Dah terbiasa macam tu jadi tak ada masalah pada anak-anak saya.

Bila anak-anak dah terbiasa dengan gadget tak mustahil mereka juga pandai memuat naik aplikasi yang mereka suka .Pastikan aplikasi yang mereka download tu juga sesuai untuk usia mereka.Terangkan juga apa yang boleh dan tak boleh dilakukan .

Baru-baru ni di Melbourne seorang ibu , Alicia , terkejut apabila anak perempuan nya yang sedang bermain gadget menerima pesanan supaya menghantar gambar bahagian intim nya melalui satu aplikasi musical.ly . Pesanan tersebut dikirim seseorang yang menggunakan gambar penyanyi popular Justin Bieber.
Alicia dan anak nya.. Copyright:Supplied

Aplikasi ini sudah di download lebih 50 juta pengguna dan kebanyakan nya adalah pengguna dibawah umur 21 tahun.Aplikasi ini menarik bagi kanak-kanak kerana mereka boleh menyanyi dan sharing dengan rakan lain.

Alicia beruntung kerana setiap kali anaknya menggunakan gadget dia akan tetap disisi anak nya .Ketika pesanan itu masuk , anak perempuan nya  membuka pesanan dari sebuah akaun yang bernama The Real Justin Bieber , kemudian Alicia meminta untuk membaca pesanan tersebut  dan terkejut dengan pesanan yang berbunyi "Siapa yang ingin meluangkan masa dengan saya selama 5 minit ?Apa yang anda perlu lakukan hanya hantarkan gambar bogel anda atau gambar bahagian intim anda "

Alicia juga mengatakan berkemungkinan si pelaku sudah lama melakukan perbuatan terkutuk tersebut berdasarkan pesanan seterusnya yang dikirim pemilik akaun itu ." Ramai gadis yang sudah mengirimkan gambar kepada saya.Saya tidak akan mendedahkan pada sesiapa pun jika anda mengirimkan gambar pada saya."

Alicia sudah membuat laporan polis dan pihak polis mengatakan agak sukar untuk mengesan si pelaku.Mungkin juga sipelaku dari negara lain .

Jadi kepada semua  ibu bapa hat-hati dan waspada selalu ketika anak -anak kita menggunakan gadget.Jangan benarkan anak sendiri bermain gadget di dalam bilik.pastikan kita ada bersama mereka dan perhatikan apa pesanan yang mereka hantar dan terima.

Pernah juga ada yang kata pada saya " kalau macam tu tak payah bagi anak-anak guna.." tapi bagi saya anak saya perlu juga didedahkan dengan gadget.Zaman kita tak sama dengan zaman anak-anak kita sekarang.Gadget tu tak bersalah pun.Yang salah nya bila kita salah gunakan gadget tu.Yang salahnya bila kita sendiri tak tahu nak kawal penggunaan nya.Yang salahnya bila kita beri anak kita guna tanpa kita perhatikan apa yang dia buat.

sekian...



Comments

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …