Skip to main content

EPISOD AKHIR MISTERI WAN PEAH . MISTERI WAN PEAH 2 BAKAL MENYUSUL

Assalamualaikum...

Malam ni  adalah malam episod akhir Misteri  Wan peah..Trending sungguh drama ni .Setiap malam drama ni di tunggu-tunggu peminat sebab sampai sekarang misteri sebenar Wan Peah yang dikatakan ada "membela" masih belum dapat di pastikan apa benda yang Wan Peah bela.

Ada banyak yang pengikut-pengikut drama ni nak tahu selain dari misteri Wan Peah tu sendiri..Akhir-akhir nya nanti Mak Timah tu restu ke tidak Cik Siti dengan Paan? Cikgu Zaiton pulak macam mana..kan??Ramli tu sebenarnya anak siapa pulak kalau dah Wan peah menikah pun tak pernah..?Misteri sungguh drama ni..



Ada khabar  yang mengatakan akan ada Misteri Wan Peah 2 yang akan menyusul tak lama lagi.tak tahu la bila..kalau cepat sangat pun nanti orang boring..kan??Adakah episod malam ni pengakhiran nya tergantung dan disambung dalam Misteri Wan peah 2 nanti??kalau endingnya tergantung tak best la..Nak tunggu yang ke 2 dah tentu lambat lagi.


Saya baca di instagram ramai yang rasa sedih sebab malam ni eposid akhir.Tak ada la lagi Yeh Kumbang, Lie Kelubi dan Ghani Gagap yang yang buat kita gelak ketawa dengan sikap penakut mereka bertiga.



Kalau dilihat pelakon-pelakon drama Misteri Wan peah ni , ramai pelakon yang kita baru-baru nak kenal.Antaranya Sasqia Dahuri, Zee Zainal , Ashraf Jamaludin dan ramai lagi.Yang dah ada pengalaman berlakon cuma 4, 5 orang je.Ini membuktikan jalan cerita  sangat penting.pelakon popular ke tidak itu orang tak kisah sangat pun..



kebanyakan dari kita memang suka drama macam ni .Lagi-lagi kalau budak-budak.Kita yang tua ni pun boleh tonton dan ambil untuk dijadikan pengajaran..Drama kehidupan sebenar manusia yang mana satu cerita yang tak sahih boleh beredar dari mulut ke mulut yang selalu terjadi dalam masyarakat kita.Tentang mereka yang terdiri dari golongan intelektual tapi mempunyai pemikiran yang kuno dan mudah dipengaruhi dan dieksploitasi.



Walaupun episod akhir Misteri Wan Peah belum kita tonton tapi tahniah untuk JSpicture yang membuatkan filem ni nampak luar biasa  :)

sekian..

Comments

  1. nak tengok,tapi tak tengok² cerita ni..sudahnya nak habis pun

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Menarik drama ni mmg xjemu ditonton ada ilainya utk cernaan minda

    ReplyDelete
  3. jemput join giveaway aaisy 😊

    http://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …