DITUDUH PERAMPAS SUAMI ORANG..APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Assalamualaikum..

Ada seorang pembaca blog ni mengadu yang dia dituduh merampas suami orang.Dah sampai tahap isteri lelaki tu datang serang dia di tempat kerja.Benda ni menyebabkan dia malu dengan rakan sekerja dia.Awalnya isteri tu cuma telefon dia dan bagi amaran, lepas tu dia tak ambil peduli sebab benda tak betul.Jadi dia anggap mungkin wanita tu salah orang.Tapi bila sampai wanita  tu datang ke tempat kerja dia maknanya dia tak rasa benda tu patut di pandang remeh. Kalau tempat kerja pun dia tahu tak mustahil tempat tinggal pun dia tahu..kan??



Kata pengadu ni , masa mula2 dia dapat panggilan telefon dari wanita tu dia tak ingat langsung yang dia pernah kenal lelaki nama XXX ni..Dia memang sedar dan tahu dia tak ada menjalinkan hubungan dengan mana2 suami orang.Dia rasa ada seseorang yang sengaja nak menjatuhkan maruah dia dan mungkin juga ada salah faham yang dia sendiri tak tahu berlaku antara isteri tersebut dengan suaminya.Bila dah diselidik rupanya lelaki yang dituduh ada hubungan dengan dia tu sebenarnya adalah kawan sekolah dia yang dah lama tak jumpa.Dan kawan sekolah dia dulu tu adalah bekas kekasih dia masa cinta monyet.

Dia orang terserempak di satu seminar ni dan macam biasa bila terjumpa tu siap selfie la.Tukar2 nombor telefon tapi lepas selfie tu memang tak ada langsung diaorang berhubung , berwhatsapp bagai.Dia pun dah lupa terus kat lelaki tu.



Nampaknya pengadu ni memang malang sikit la bab ni.Pada pendapat saya la, ni kes cemburu buta.Isteri lelaki tu mesti jenis cemburu buta tak tentu pasal.Kalau korang berdepan benda macam ni, yang pertama sekali korang boleh abaikan kalau benda tu tak memudaratkan.

Tapi dalam kes ni nampak memudaratkan sebab dah sampai ke tempat kerja.Jalan terbaik report polis.Pengadu pun tahu wanita ni isteri siapa jadi tak susah nak kesan dia kat mana.kan??Buktikan yang kita ni betul2 di pihak yang benar.Ini untuk membersihkan nama kita jugak.

Yang kedua nya jangan sesekali berhubungan dengan suami wanita ni kononnya nak ajak berbincang la, nak beri penjelasan kat bini la, nak suruh suami dia tu ajak bininya jumpa kat mana2 la....Sebab kalau pengadu hubungi suami dia ni, salah faham lain pulak yang timbul.



Tak guna pengadu berharap lelaki ni akan jelaskan semuanya pada isteri dia  sebab biasanya suami cakap apa pun isteri yang kuat cemburu buta ni tak kan percaya .

Carilah seseorang yang boleh jadi tempat untuk mengadu.Mungkin boleh bagi tahu pada keluarga.Minta sokongan keluarga sebab takut juga bab keselamatan diri ni..kan??kalau jadi apa2 pada kita keluarga tahu cerita sebenar.



Bersabar dan bersolat lah..tak ada apa yang akan dapat membantu kita tanpa pertolongan dari Nya..Lakukan solat hajat memohon pertolongan Nya untuk meringankan  dan supaya kita  menemui jalan keluar dari masalah yang membelenggu.

semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..

Previous
Next Post »

1 komen disini:

Click here for komen disini
IK Tia
admin
7 March 2017 at 12:22 ×

saya ada juga sorang kawan macam ni. cemburu buta punya pasal, gaduh dengan suami end up cerai. nauzubillahminzalik. bahaya betul kalau nak cemburu membabi buta ni.

Congrats bro IK Tia you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment