Skip to main content

ANAK PENDIAM.APA YANG IBU BAPA PERLU BUAT?

Assalamualaikum...


ANAK PENDIAM.APA YANG IBU BAPA PERLU BUAT? Saya tak de pengalaman ada anak pendiam.Kedua-dua anak saya memang suka bercakap.Tak kira la dengan ibu ayah diaorang ni atau pun dengan sesiapa saja.Tapi saya seorang yang pendiam.Hahaha..Kata mak saya sejak kecil saya lebih suka bermain sendiri.Seingat saya, masa saya disekolah rendah saya hanya berjumpa dengan kawan-kawan saya hanya pada waktu sekolah.Kalau ada aktiviti sukan ke, masa tu la saya bermain dengan diaorang.Terpaksa la..sebab aktiviti sekolah ni macam mana pun kena join jugak..Waktu lain saya lebih dirumah, berjalan keliling rumah belek2 pokok bunga, pokok jambu ke, pokok koko ke..hahhaha..Naik sekolah menengah sampai tingkatan 4 baru lah saya ada sedikit perubahan pada diri saya dari segi saya bersosial..kadang2 ajak kawan tidur kat rumah, saya tidur rumah kawan.Tapi kawan tak ramai..ada la 3, 4 orang. Saya masih dalam zon pendiam tu.


Ada anak yang pendiam bukan satu masalah besar kalau ibu bapa tahu dan faham apa yang anak pendiam ni rasa.Biasanya bila diaorang diam, diaorang rasa selesa dan lebih tenang.Ada ibu bapa risau bila anak ni asyik duduk dalam bilik je dan tak ada kawan dan tak pernah tengok dia berbual ditelefon lebih dari 5 minit.Asyik kawan itu je..Bukan mereka nak anak mereka jadi seperti remaja liar dan suka berparti cuma mereka nak anak mereka ada masa untuk lebih terbuka memberi pendapat, lebih ceria dan sedar ada banyak perkara menarik diluar .

Ibu bapa jangan terlalu berusaha untuk mengubah cara anak pendiam ni sebab bila anak nampak mak ayah terlalu berusaha nak mengubah diri dia, dia akan rasa dia tak normal dan itu buat keadaan lebih teruk.Anak akan rasa rendah diri dan lebih banyak bersendiri.


Apa yang ibu bapa perlu buat bila anak pendiam:-

-Ajak ibu bapa lain kerumah bersama anak-anak mereka.Jadikan ianya satu permulaan untuk anak mengenali kawan baru.Tapi jangan sampai terlalu memaksa anak untuk bergaul.Jadikan nya nampak semula jadi dan santai.

-Berjumpa guru sekolah anak dan bincangkan keadaan anak.Mungkin boleh cadangkan pada guru untuk banyak kan aktiviti berkumpulan supaya anak tahu cara berkerjasama dengan rakan lain.


-jangan labelkan anak sebagai penakut, tak ada keyakinan atau apa saja yang negatif.

-banyak kan masa berbual dengan anak.Sesekali luahkan perasaan gembira dengan berita kenaikan pangkat jiran korang atau sedih dengan berita2 kekejaman yang tersiar di media.Ini untuk menunjuk kan pada anak yang tak salah kalau kita berkongsi perasaan dengan orang lain.

-Tunjuk kan rasa sayang kita padanya supaya anak tahu yang dia sangat istimewa pada kita .Kebanyakan anak-anak yang sering dipeluk dan dibelai lebih mudah berterus terang tentang masalah mereka.

Semoga bermanfaat untuk semua..

Sekian..

Comments

  1. Kalau terlalu pendiam dan suka bermain sendirian kena rujuk pakar, takut-takut authisme...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …