Skip to main content

3 MITOS TENTANG HANTU POCONG

Assalamualaikum...



Hantu kak Limah, Hantu Wan Peah  atau Hantu Gigi semuanya saya tak heran..Sekali tepis je..Hahahha..Tapi hantu yang satu ni saya percaya ramai yang seram sejuk walaupun hanya mendengar namanya.POCONG!!

Kalau Pocong memang saya menyerah kalah .Tak sanggup...

Ada beberapa mitos tentang pocong yang ramai orang dulu-dulu perkatakan.Mungkin sekarang ni cerita2 mitos ni dah tenggelam dan luput dek zaman..Maklum la, orang zaman sekarang,  kita lebih suka terdedah dan menerima sesuatu yang logik..kan??



3 Mitos tentang Pocong:

1-Pocong boleh melompat- Kebiasaan nya kalau kita tonton dari filem-filem seram , ditunjuk kan pocong ni melompat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat .Tapi sebenarnya Pocong ni dia melayang.Jarak dia melayang tu tak la jauh,,dalam 2-3 kaki je.Ada yang kata kalau dikejar Pocong kena lari bengkang bengkok..tak boleh lari lurus..kalau lari lurus , senang je dia pintas kita.Saya pun tak tahu la betul ke tidak..belum pernah lagi jumpa Pocong..Minta dijauhkan..:)

2-Tali pocong- Menurut kepercayaan orang dulu-dulu Pocong ni wujud bila ada simati yang ketika dikebumikan tali pengikat kepala nya tu tak di buka.Kalau tak buka malamnya dia akan jadi pocong.

3-Balas dendam- Dikatakan jika simati adalah mangsa pemerkosaaan dan pembunuhan, apabila dia dikebumikan, tali pengikat kepala tu sengaja tidak di buka sebab nak memberi pengajaran kepada sipelaku yang menyebabkan kematian si mati..Ianya supaya simati akan bangkit menjadi pocong untuk membalas dendam kepada pembunuh nya.

Cukup la 3 tu je mitos tentang Pocong.Mungkin ada banyak lagi tapi saya tak tahu..Harap2 kita tak kan jumpa pocong la ye..seram makcik rasa bila dok cerita2 pasal pocong ni..dah la malam ni malam khamis..eh!!!hhahhahaha...

sekian..

Comments

  1. tgk kak limah tu akak tak berapa seram tp gambar pocong tuh eh tak blh tenung lama2...
    seram lah pulak rasanya... udahla diri ini penakut

    ReplyDelete
  2. Glurpppp... betoi ka mitos ni. seram... hehehehe

    ReplyDelete
  3. kalau anak akak baca entry ni mesti dia suka....kisah hantu2 hikssss

    ReplyDelete
  4. mitos ni lah yang digunapakai untuk filem..hihi
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. hahaha kak pocong bukan melompat je, dia pun bergolek. laju tau sebab abah saya pernah laluinya

    ReplyDelete
  6. mitos je... tak perlu percaya pun x pe..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …