Skip to main content

SAKIT KEPALA DAN CARA MELEGAKAN NYA

Assalamualaikum..

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala.??Sama tak macam iklan tu..Sakit kepala ni bukan kita boleh agak bila dia nak datang.Macam saya ni kurang tidur je terus kepala jadi berat macam bawak batu rasanya.Faktor usia mungkin.Sebab masa muda remaja dulu tak de pulak..hahahah..

Sakit kepala ada macam-macam jenis.Ianya bergantung kepada puncanya juga.Ada yang sebab stress, ada yang sebab penyakit dan ada juga disebabkan oleh pengambilan ubatan secara berlebihan atau bahan terlarang.Sakit nya juga berbeza tempat.Ada yang sakit kepala hanya dibahagian belakang, sakit kepala hingga ke sekitar muka dan sakit kepala sebelah 

Saya nak cerita sikit tentang jenis sakit kepala dan cara melegakan sakit kepala.Disebabkan gaya hidup kita sekarang yang banyak mempengaruhi tahap kesihatan kita saya percaya ramai dari kita yang kerap mengalami sakit kepala.Teringat masa saya dalam lingkungan usia 20an, masa ni saya paling kerap sakit kepala.Lagi picit lagi sakit.Ubat nya tidur saja..Saya petik dari laman web Brightside

sakit kepala ni ada 5 jenis...

1)sakit kepala akibat ketegangan 


Jenis sakit kepala ni yang paling ramai alami diseluruh dunia. Sekurang-kurangnya korang akan alami sakit kepala begini sekali seumur hidup.Kebiasaan nya sakit kepala ini dirasai disekitar dahi .Rasanya seperti ada benda menempel di bahagian dahi korang dengan ketat. Sakit kepala jenis ini boleh berlarutan dari pagi hingga ke petang.

Punca sakit kepala di sekitar dahi ini kebiasaan nya disebabkan terlalu letih, stress dan  kedudukan badan yang salah ketika tidur atau duduk.Apa yang korang boleh buat ialah mengambil ubat tahan sakit sekali sekala saja.Kerapkan menggerak kan bahu dan leher dan jangan terlalu kerap bekerja.Kita kan manusia perlukan rehat.Buang semua tekanan tu dengan bercuti dan dalam seminggu untuk sehari lupakan sekejap tentang kerja.


2)Sakit kepala akibat sinus


Sakit kepala akibat sinus kebiasaan di rasai dibahagian dahi dan seluruh wajah korang.Tapi tekanan yang paling dirasai adalah dibahagian kening dahi , hidung dan pipi.Sentuh pun akan buat ianya bertambah sakit.

Resdung bukan lah penyakit yang boleh diabaikan begitu sahaja.Ramai yang mengalami sakit kepala tak tahu yang diri mereka  mempunya penyakit resdung.Mereka sangkakan ianya hanya kerana letih.Kebiasaan nya mereka yang mengalami resdung mengalami alahan ketika sejuk dan berdebu.

Untuk sakit kepala ini antihistamin boleh membantu korang.Korang juga perlu dapatkan rawatan doktor supaya resdung korang tu dapat disembuhkan.


3-Migrain



Nak tahu bagaimana saya mengalami Vertigo?puncanya adalah migrain..Migrain berlaku apabila korang mengalami sakit kepala dibahagian muka hingga ke bahagian leher depan dan belakang.Korang boleh dapatkan ubat untuk migrain.Boleh dibeli di farmasi.Punca migrain adalah gaya hidup dan juga keturunan.

Jangan lupa banyak kan senaman.Dan itu lah yang saya amalkan.Takut terkena vertigo lagi buat saya ubah gaya hidup saya.Memang sejak saya bersenam dan aktif saya dah lama tak mengalami migrain.Korang pun tak kan nak jadikan migrain sebagai pusaka kot..kan??hahah..

Jika korang mengalami migrain , elak kan mata korang terdedah dengan cahaya, bunyi bising dan jangan banyak menggerak kan dan memicit kepala.Berehat dan rileks.Ianya akan melegakan migrain korang.

4-Sakit Kepala Cluster


Sakit kepala ini berlaku disekitar mata.Jarang-jarang yang mengalaminya Tapi sekali ia menyerang sakit nya memang tidak tertahan.Bagi yang mengalami nya mereka akan merasa nyeri diabahagian mata tapi dia boleh tangkap sampai ke leher dan muka.mereka juga akan kerap berpeluh, hidung dan mata berair , , mata nampak letih dan muka menjadi pucat.

Puncanya tidak diketahui namun jauhkan dari mengambil alkohol dan nikotin.Dapatkan rawatan doktor dengan segera.



5-Sakit kepala dibahagian kepala 


Kebanyakan mereka yang sakit kepala adalah kerana pengambilan alkohol yang berlebihan.Minum alkohol akan membuatkan saluran  darah menjadi kembang .Alkohol juga boleh menyebabkan badan kita kekurangan air dan dehidresi..Jika badan kekurangan air , dari sakit dibahagian kepala ianya melarat menjadi migrain.

Untuk mengurangkan kesakitan ambil ubat tahan sakit dan hentikan tabiat minum alkohol.

Semoga bermanfaat untuk semua..

Comments

  1. sblm ni dpt info skt kepala - depan kepala: krg tidur, tengah kepala: krg air, blk kepala: stress..tp yg ni lg details

    ReplyDelete
  2. Baguslah info ini - TQ dear.
    Kakak kalau kena panas lama pun boleh pening macam yg no. 1 tu Dee

    ReplyDelete
  3. selalu skit kepala disebabkan stress kot...hahahhaa

    ReplyDelete
  4. selalu skit kepala disebabkan stress kot...hahahhaa

    ReplyDelete
  5. Sakit kepala ni xmau dirasai mmg mnyulitkan

    ReplyDelete
  6. kalau sakit kepala takde apa bleh buat kerja

    ReplyDelete
  7. Selalu sakit kepala berdenyut denyut kat bhg belakang kepala membawak ke leher. Darah tinggi kot adoiyai.... Bila buh minyak angin baru lega

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …