Skip to main content

CARA PALING BERKESAN UNTUK KURUSKAN BADAN

Assalamualaikum..



Minggu depan saya dah start diet untuk menguruskan badan .Kali ni betul2 punya minggu depan tau.Bukan main-main lagi.Dah terasa sangat badan makin gemuk sebab sebab lansung tak kawal makan.Kadang-kadang tengah malam pun boleh ajak suami keluar cari makan.hahahha..Mujur la saya ada jugak ambil produk kesihatan dan bersenam ..Cuma progres nya lambat la.Kalau disertakan dengan diet yang betul dah tentu lebih mudah nak kuruskan badan.

Ramai orang yang memang berimpikan bentuk badan yang cantik.Antara bahagian tubuh yang selalu mengganggu penampilan kita adalah lengan peha dan pipi.Walaupun badan kecil tapi bila pipi tembam kita akan rasa kita gemuk, begitu juga dengan lengan dan peha.Pinggan ramping tapi peha besar.Peha kecil lengan pulak besar.Jadi macam mana cara nak mengatasi masalah ni?Apakah cara paling berkesan untuk kuruskan  badan?



1-Senaman
Terdapat banyak senaman untuk mengecil kan atau membuang lemak-lemak di bahagian tertentu seperti pinggul, peha dan lengan.Video-video untuk senaman bahagian tertentu juga boleh korang tengok untuk memudahkan rutin korang.

Orang kata kalau nak bersenam kena ada kawan.Betul sangat tu..ianya juga sebagai menaik kan semangat kita.Kadang2 kita ni bila hari-hari bersenam sorang2 ada juga rasa malas tu.Tapi bila ada kawan, kita tengok kawan bersemangat nak bersenam automatik kita pun bersemangat juga.Kalau kita tengok kawan macam malas, kita naik kan semangat  dia..kalau dah tak de kawan sangat daftar je join Zumba.Dari tak de kawan terus ada ramai kawan yang sama impian dengan kita.



2- Kawal makan
Semuanya bermula dari perut.Kalau makan tak kawal, sumbat je apa yang ada depan mata,kita bersenam pun berat tak turun-turun..besar tu jugak.Untuk remaja pada usia muda ini lah apa yang korang makan  itu lah yang akan menentukan bentuk badan korang.Tabiat makan ni kalau tak dimulakan dari awal agak susah nak ubah bila dah mencecah usia lebih 25..Sebab dah terbiasa makan banyak sejak dari remaja.
-Ketahui tentang jumlah kalori makanan
Bukan tak boleh makan banyak tapi tengok juga apa yang kita makan.Jangan ambil makanan ringan, makanan segera , makanan yang mengandungi gula garam yang tinggi dan kawal pengambilan kabohidrat.
-Makan sedikit-sedikit
Makan sedikit-sedikit akan tetapi kerap membuatkan perut lebih cepat kenyang.Ini juga supaya kita perut kita belajar untuk menerima makanan sedikit-sedikit.cara ni juga buat kita lebih tahu berapa jumlah makanan yang kita ambil.
-jangan makan malam
Makan lah 4 - 6 jam sebelum tidur kerana jika kita makan dan terus tidur apa yang kita makan akan menjadi lemak dan perut kita juga akan buncit.



3-Kuatkan semangat untuk kurus.
Kita nak gemuk pun ambil masa bertahun-tahun..sama juga kalau kita nak kurus..Dah tentu akan ambil masa yang lama jugak.Kuat kan semangat dalam diri, terus berusaha dan siap kan dalam minda yang kita boleh melakukan nya,Bukan saja untuk menutup mulut-mulut jahat yang memandang sinis dengan usaha kita  tapi untuk diri kita dan orang-orang yang sangat kita sayangi.

semoga berjaya...


sekian..


Comments

  1. SELAMAT BERDIET AMPAK DEE SLIM COMEL JE

    ReplyDelete
  2. Gud luck kak, memng kena konsisten diet

    ReplyDelete
  3. Memang kena kuat semangat nak amalkan diet. semoga berjaya

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …