BETUL KE PEREMPUAN BERTUDUNG LEBIH TERUK DARIPADA YANG TAK BERTUDUNG?

Assalamualaikum..

 Assalamualaikum...

Saya selalu nampak komen dan pendapat-pendapat yang mengatakan perempuan bertudung lebih teruk daripada yang tak bertudung.Ada yang anggap tudung di kepala wanita tu hanya sebagai topeng untuk menutup keburukan diri seseorang.Kadang rasa sedih juga dengan tanggapan sebegini yang seolah-olah memperkecil-kecilkan kewajiban menutup aurat.


Apa kaitan tudung dikepala dengan kejahatan yang dia buat.Sedangkan kalau seorang pencuri sekali pun, bila dia solat, dia dapat pahala solat dan bila dia mencuri dia dapat dosa mencuri.Tak tahu la kalau ada yang kata solatnya tak diterima sebab dia mencuri.Siapa lah kita ni nak tentukan solatnya diterima atau tidak.

Sama juga macam kita bertudung.Pahala menutup aurat kita dapat..Kalau kita mengumpat , dosa mengumpat pun kita dapat.tak de lah ditolak pahala kita menutup aurat tu.Di akhirat kelak semua amalan kita akan ditimbang.Waktu itu lah baru kita tahu sama ada apa yang kita buat didunia ni diterima atau pun tidak.

Hari ni saya terbaca status di Instagram Abby Abad yang ada kaitan dengan tudung dan sikap seorang perempuan .Penjelasan dari Ustaz Muhammad Naim ni harapnya dapat lah menjelaskan tentang tanggapan mereka2 kepada wanita yang menutup bertudung.


Ye ke Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung? -Ustaz Muhammad Naim
.
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
.
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
.
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
.
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).
.
Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
.
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yg lebih baik
.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji ALLAH atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

semoga bermanfaat untuk semua...

sekian..
Previous
Next Post »

5 komen disini

Click here for komen disini
17 February 2017 at 20:44 ×

yang pakai kerana tuntutan agama tu bagus la.. yang pakai sekadar berfesyen tu. no komen. Sekarang ni tak boleh nak judge sapa baik sapa buruk.. bergantung pada perangai masing2 je la. Yang buruk pakai ke tak pakai tetap buruk.. hehehe

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
17 February 2017 at 23:24 ×

Bertudung tapi mengumpat...1 kebaikkan..1 keburukkan
Tidak bertudung dan mengumpat...2 keburukkan...
Biar tidak sempurna perbaiki diri atau mentaati syariat itu tidak mengapa asal ada usaha ke arah kebaikkan walau kecil dan sedikit daripada terus meninggalkannya.

Reply
avatar
blasahje
admin
18 February 2017 at 12:07 ×

setuju dengan pendapat perdu cinta. sebab bukan senang nak jadi baik dan semakin baik... ujian tu dah pasti ada.

Reply
avatar
hainom OKje
admin
21 February 2017 at 11:16 ×

Tak tau nak komen, berhijab ni melibatkan aurat, benda yg mmg disyariatkan. Bab yg tak pakai tudung tapi hati baik tu pulak, bergantung pada akhlak dan hati memasing. Renung renungkan ajelah

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment