Tuesday, 28 February 2017

JIN DAN SYAITAN SUKA MENETAP DI 7 BAHAGIAN TUBUH INI

Assalamualaikum...



JIN DAN SYAITAN SUKA MENETAP DI 7 BAHAGIAN TUBUH INI - Walaupun kita sekarang di zaman moden tapi kita tak boleh tidak mengakui adanya gangguan jin dalam kehidupan kita ni.Memang ada yang tak percaya dan kata .." ala..tipu je la tu..." tapi lantak pi la kat orang yang macam tu..Dia mungkin tak  belajar alquran.Kita doakan semoga satu hari nanti dia terbuka hati untuk belajar..Sebagai seorang islam kita wajib percaya adanya jin syaitan dan makhluk halus ni.Bukan kita kena percaya pada makhluk2 halus ni tau..jangan salah anggap pulak.

Salah satu cara untuk mengelak kan dari gangguan jin ialah dengan berzikir.Kalau nak tahu jin ni dia suka duduk di bahagian-bahagian tertentu dalam badan kita.Bahagian-bahagian tubuh yang menjadi tempat kegemaran jin ialah:-

1- Telinga Kanan dan kiri - Itu lah yang membuatkan kadang2 kita tak suka mendengar nasihat dan kata-kata yang baik..Kita lebih suka mendengar perkara-perkara berkaitan maksiat dan yang melalaikan.

2- Mata kanan dan kiri - Kebiasaan nya mereka yang dirasuki jin tidak mampu untuk bertentang mata dengan orang lain

3- Kuku tangan dan kaki - Potonglah kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR. Ahmad) . Dalam islam memotong kuku adalah sunnah. Disunatkan memotong kuku setiap hari jumaat.Jadi pastikan kuku kita selalu dipotong pendek dan jangan dibiarkan panjang .Bila kuku panjang , dan tentu kotoran mudah melekat dan  menjadi tempat syaitan .

4- Mulut - Pesan orang tua2  kalau menguap wajib tutup mulut kerana jika tidak syaitan akan masuk bersama .Itu bukan cakap2 kosong tapi memang dalam islam bila menguap kena tutup mulut kerana dengan cara itu jin dan syaitan mudah memasuki tubuh badan kita,.Ini lah punca kenapa kita suka bercakap perkara yang sia-sia dan menyakiti hati orang lain.

5- Aliran darah -  Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya.” (H.R. Muslim). Korang boleh try buat rawatan bekam.Rasullullah juga mengamalkan bekam untuk membersihkan darah.Selain dari tu amalkan membaca surah ruqyah untuk membersihkan diri setiap malam sebelum tidur supaya tiada gangguan jin da syaitan dalam tubuh badan kita.Ruqyah bukan saja melindungi tubuh kita malah rohani kita juga akan kuat.

6- kemaluan - Mereka ini biasanya golongan manusia yang suka melakukan zina dan maksiat.

7-Lubang hidung - setiap pagi selepas bagun tidur amalkan memasuk kan air dan mengalirkan keluar untuk membersihkan liang-liang hidung sebanyak tiga 3 kerana syaitan suka berkumpul di batang hidung.

semoga bermanfaat untuk semua..

RESEPI BROWNIES KEDUT MESTI JADI YANG SEDAP DAN MUDAH.

Assalamualaikum..

resepi brownies kedut

Sebenarnya ini entry Resepi Brownies Kedut yang ke tiga saya tulis di blog ni.Disebabkan ramai yang tanya macam mana nak bagi ada kedut pada brownies tu jadi saya tulis sekali lagi Resepi Brownies Kedut Mesti Jadi ni untuk rujukan pencinta brownies..Masa awal2 buat brownies dulu memang kedutnya tu kadang-kadang jadi kadang-kadang tak jadi.Tapi kita belajar melalui pengalaman.Lagi-lagi saya ni memang  kerap buat Brownies.Sejak Maisara berjualan #browniestigaposen di sekolah ni lagi la kerap saya buat brownies.Sekali buat 2 dulang tau.KAHKAHKAH..!!!.macam banyak je bunyi nya...

Ada yang kata tak boleh pakai coklat murah dan sebagai nya untuk hasil kan kedut tu.Sebenarnya pakai coklat murah pun menjadi..tak nak pakai butter tapi nak pakai majerin pun menjadi kedut nya.Ada teknik yang betul juga.Kalau tak boleh guna colat murah kesian orang yang tak mampu tu tak merasa la nak makan brownies.. :) Cuma coklat tu kena banyak tau.Coklat murah tak la sesedap coklat mahal..kan??

Letak la serbuk coklat yang harga RM5 sepaket pun akan jadi kedut nya dengan menggunakan teknik yang saya ajar ni..Tak susah pun.caranya ialah coklat cair tu dimasuk kan last sekali.Tak payah selang seli ke apa..Last sekali baru masuk kan coklat yang dah dicairkan tu.Kacau ala kadar je dan kemudian baru bakar.

Coklat cair tu pulak jangan la terlalu sejuk.Panas2 lagi bagus.Kalau tak percaya nanti try ok..

Jom la kita tengok Resepi Broenies kedut mesti jadi.

Bahan-bahan

150g mentega (kalau nak pakai majerin pun boleh)
100g Gula Perang
100g Gula kastor
100g Tepung Gandum
70g serbuk Coklat
250g Coklat compound
1 sudu besar baking powder
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

Panas kan Oven dulu

1-Pecah-pecahkan coklat compound dan masuk kan kedalam bekas bersama serbuk koko atau serbuk coklat  dan mentega  yang dah dipotong2.Tujuan di potong2 ni supaya cepat cair.Guna la cara apa pun untuk cair kan coklat tu.Tapi yang terbaik guna kaedah double boiler untuk cair kan coklat ni.Tak tahu macam mana kaedah double boiler tu sila google.Bila dah cair tinggalkan je kat situ.Tutup la api tu..:p.Coklat kena banyak..kalau sikit memang tak sedap kot..

2- Dalam bekas lain ayak tepung gandum bersama   baking powder.Ketepi kan..

3- Dalam bekas yang lain kacau telur bersama , gula perang, gula kastor dan esen vanila.kacau2 je telur tu bagi dia sebati dengan gula sikit2..tak payah beria2 sangat..sayangi lah lemak2 di lengan korang ye..hahah

4- Kemudian masuk kan tepung yang diayak tadi kedalam telur ..Kacau sebati.masuk sikit2 lepas tu kacau..masuk sikit lagi kacau lagi sampai habis tepung.

5- Bila tepung dah sebati masuk kan coklat cair.Yang ni korang kacau guna senduk kayu je.Pastikan adunan tak cair tak pekat.Kalau coklat cair tu masih panas memang senang nak kacau bagi sebati.Yang jadi masalah kalau coklat tu sejuk.Nanti nak kacau tepung pun, keras je rasa nya..Bukan tak jadi brownies nya..jadi juga cuma masa nak kacau tu lenguh la tangan sebab adunan keras.

6- Ambil dulang dan lapik kan dengan kertas baking.Pastikan ada lebihan kertas keluar loyang sebab nanti senang nak keluarkan brownies.Tarik je kertas tu bila dah masak nanti.Brownies bukan macam kek yang boleh kita terbalik kan suka hati.Nanti patah tak cantik la..habis la kedut dia tu..

7- Bila dah alas kertas baking masuk kan adunan dalam loyang saiz 10x10. Ni untuk ketebalan dalam 3cm .kalau nak tebal lagi boleh guna loyang 8x8 ..

8- Oven dah panas,Boleh masuk kan ke dalam oven .Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 170.nak tahu masak ke tidak cucuk bahagian tengah brownies dengan lidi.kalau tak de apa2 yang melekat pada lidi tu maknanya masak sempurna.


resepi brownies

9- Sejuk kan dulu brownies sebelum di potong dan dihias .Hias la ikut idea dan selera korang.Boleh google untuk dapatkan idea2 mendeco brownies yang cantik-cantik.

Kalau dah buat brownies guna resepi ni jangan lupa bagi gambar pada saya,.Kita share dengan kawan-kawan lain..Okey..

Selamat Mencuba...


sekian..





RESEPI CUCUR UDANG SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum..


Selalu jugak saya buat Cucur Udang ni tapi tak pernah terlintas nak share resepi.Tak susah pun nak buat cucur udang yang sedap dan mudah ni.kalau buat sendiri lebih puas hati..Saya seorang penggemar cucur udang.Kalau tengok ada orang jual pasembor, mesti cucur udang tu kena lebih.Tapi faham2 jela kalau cucur udang beli ni, dia letak serbuk perasa .Saya ni memang alah dengan serbuk perasa.Ada yang letak serbuk perasa ayam dan juga ikan bilis.Kali ni saya nak kongsi kan cara buat cucur udang yang lebih sedap kalah dekat kedai2 tu..Tak payah letak MSG tau..

Jom tengok bahan-bahan resepi cucur udang paling sedap dan mudah.

2 cawan tepung gandum
300 g udang saiz sederhana..buang kepala dan ekor dan bersihkan.
kalau nak guna udang saiz kecik2 tu pun boleh..Yang penting namanya udang.heheh
1 biji ubi kentang
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup
1 biji telur
1 cawan air 
1 sudu kecil garam
2 cawan minyak masak

Cara-cara:-

1-Masuk kan tepung ke dalam bekas, pecah kan telur kedalam tepung, masuk kan garam dan udang yang dah dibersihkan.

2-Hiris daun bawang , daun sup  dan masuk kan dalam tepung tadi.Potong ubi kentang kecil2 saiz dadu dan masuk kan sekali .. Tapi saya guna cara paling senang, potong 2 daun bawang ,daun sup dan ubi kentang. masuk kan dalam manual Chopper.dah hancur semua..halus2 lagi sedap..


3-Masuk kan air  ke dalam tepung dan gaul sebati..jangan cair sangat.nanti cucur korang jadi leper je..


4-Panas an minyak dan senduk kan ke dalam minyak yang panas tu..Goreng sampai garing dan kekuningan.


5-kalau korang nak kan cucur udang yang berongga macam gambar kat atas nun, lepas korang bancuh adunan, tutup adunan lepas tu dan ketepikan selama 30 minit hingga 1 jam.Kemudian baru goreng..Baru lah ada rongga2 tu..tapi kalau tak nak peram pun tak pe..Goreng masa tu jugak pun sedap.

6- nak goreng tu tak payah nak bentuk cantik2 sangat la..nanti dah siap nak kena potong2 jugak..




Tapi kalau nak buat comel2 pun lagi bagus..kan??kalau saya buat mana yang mudah je la..

Jangan lupa cuba ok...

sekian..









Monday, 27 February 2017

TAK DAPAT APA YANG DIHAJATI BUKAN BERMAKNA DUNIA SUDAH KIAMAT

Assalamualaikum...



Salah seorang pembaca blog saya pernah mengadu pada saya yang dia rasa hidupnya tak seperti orang lain.Dia rasa tak ceria dan sering kali tertanya-tanya kenapa nasibnya tidak seperti orang lain yang selalu kelihatan gembira, ada semuanya dan nampak lengkap walaupun tidak mewah.Pembaca ni mengakui dia mempunyai kerja yang tetap, gaji yang cukup untuk dirinya tapi dia tidak ada suami dan anak-anak.Bermakna dia masih bujang.Usia nya dah mencecah 40.

Saya pernah tanyakan pada nya adakah tujuan hidupnya hanya untuk berkahwin dan ada anak -anak.??Tapi dia tak boleh jawab soalan saya ni sebab katanya dia sendiri takut kalau dia berkahwin dan ada anak-anak , nasib nya tetap sama.Jadi dia tak tahu adakah perasaan tidak gembira yang dia alami ni sebenarnya disebabkan dia tak berkahwin lagi.


Keliru dengan perasaan sendiri dan kadang2 rasa tak seronok dan kesunyian ni memang semua orang alami.Saya sendiri ada anak-anak dan suami tapi pernah rasa stress sebab tak de langsung masa untuk diri sendiri.Tapi saya tak mau layan perasaan tu.Saya buang jauh2 rasa yang macam tu.Saya jadikan masa yang 24 jam dengan anak-anak dan suami tu sebagai masa yang sangat berharga.

Macam tu jugak kalau korang yang belum berkahwin, belum ada anak, belum ada kerja, belum naik pangkat dan sebagainya.Lalui saja apa yang korang sedang alami sebagi sesuatu yang sangat menyeronok kan .Kalau korang lalaui dengan rasa sedih, murung dan fikir ianya teruk, memang teruk la yang korang akan rasa..tapi kalau korang lalui dengan gembira insyaAllah, korang akan faham yang kehidupan korang sangat lah menyeronok kan.



Tak ada anak- korang boleh keluar pagi balik malam..Tak naik pangkat- korang boleh bekerja dengan santai tanpa perlu buat yang terbaik setiap masa.Masih membujang- korang tak payah sibuk2 nak layan suami lagi2 waktu korang mengantuk, nak kena masak untuk dia setiap hari, nak kena jaga perasaan seseorang yang korang baru kenal.

Bukan saya nak kata tak boleh kawin , tak boleh naik pangkat, tak boleh ada anak, cuma bila satu2 perkara tu belum jadi, korang tak payah terlalu mendesak hidup korang untuk jadi sama macam orang lain.



Kalau diri korang sendiri pun korang tak pandai nak sayang dan cinta macam mana korang nak sayang suami, anak-anak, pekerja bawahan korang, kawan baik korang ..kan??Jaga lah diri korang sendiri dulu.Bahagia kan diri sendiri dulu.Kalau korang tak bahagia , jangan harapkan orang lain untuk membahagia kan hidup korang..

sekian..

Friday, 24 February 2017

TAK SUKA PADA SESEORANG TAPI JANGAN SAMPAI KITA JADI JAHAT

Assalamualaikum..


Saya sama saja macam awak semua yang membaca.saya Ada juga perasaan tak suka pada seseorang. Saya orang biasa je kot.Tak dapat nak elak perasaan tu.Tapi cara saya bila saya tak suka pada seseorang saya akan jarak kan hubungan dengan dia.Kalau dilaman sosial saya akan block atau terus buang dari senarai rakan atau dalam "contact" saya.Sama juga kalau saya tahu seseorang tu tak suka kan saya.Saya akan buang dia jauh2..Saya tak pandai nak memujuk merayu untuk orang suka saya.Tapi biasanya bila saya tahu orang tu tak suka saya , dan saya block dan buang orang tu jauh2 dia pulak yang tak puas hati.Bukan kah sepatutnya dia bersyukur tak de apa2 kaitan dengan saya lagi?baca sini 5 tanda orang tak suka pada kita

Jadi pada siapa2 yang tak suka saya dan yang saya tak suka jangan risau dan takut kalau2 saya akan balas dendam.Saya tak kan rampas apa yang korang ada.Saya tak kan berdiri depan rumah korang untuk tunjuk perasaan atau saya tak kan pancit kan tayar kereta korang.Hidup lah seperti biasa dan tenang-tenang saja..hahah..Dan saya memang tak suka sebut nama orang yang dah saya buang atau yang dah buang saya.Apalagi nak bercerita seharian tentang korang atau nak ambil tahu hal2 terkini tentang korang.Ini untuk memudahkan perjalanan hidup kita masing-masing.


Bagi saya jika saya membalas setiap perbuatan orang yang berbuat jahat pada saya ianya umpama saya minum racun tapi berharap korang yang mati.Ianya sangat merugikan saya..masa saya terbuang dan dah tentu hati saya juga menjadi kotor.Sakit macam mana pun hati saya ni tapi ianya tak kan boleh menukar saya menjadi sorang wanita jahat dan kejam.Buat apa saya merosak kan diri saya demi seseorang yang saya tak suka .Saya mahu sentiasa gembira dan bahagia seperti sekarang.



Untuk mereka-mereka yang selalu rasa sedih sebab dibuang kawan, atau sebab ada kawan tak suka kita, atau ada orang yang awak tak suka, jangan pedulikan mereka.Teruskan hidup dan berbahagia lah.jangan buang masa untuk perkara2 yang akan menyusahkan fikiran kita..Jangan sampai mereka nampak yang kita tidak bahagia.

sekian..


ISTERI LEBIH KERAP CUTI BERBANDING SUAMI

Assalamualaikum..




Bestnya lahai kalau hari ni dah cuti..Kan??Cuti 3 hari seminggu rasanya macam best juga tu..Pagi2 jumaat gini kita dah packing2 baju nak pi jalan2 sampai ahad petang baru balik..Wah!!!tak pe..berangan tu percuma.Tapi nak buat cemana suami saya kerjanya 6 hari seminggu.Kalau nak jalan2 makan angin kena ambik cuti.Biasanya ambil cuti dari jumaat sampai ahad.kadang2 cuti dari sabtu sampai isnin...

Tapi jiran saya ni lagi best..Kerja 4 hari, cuti  3 hari..Tetap...Cuma kata suami saya kerja macam tu mesti gaji sikit.Mana ada rakyat marhain yang kerja 16 hari lepas tu dapat gaji macam sebulan.Company tu pun bijak .Dia pun tak nak rugi..


Biasanya suami2 ni memang susah nak cuti..kan??Kecuali kalau dapat MC..Kalau yang rajin tu memang nak MC sehari pun dia rasa rugi.Mesti masuk kerja kepala lagi pening tengok kerja menimbun.Yang memang kaki MC ni tak de rasa apa kot.Mungkin dia suka MC sebab dia tahu kerja2 dia ada orang lain akan buat.



Bagi wanita2 yang dah bergelar ibu , akan kerap cuti sebab anak-anak.Anak sakit, isteri yang cuti.Anak nak masuk sekolah isteri juga yang cuti.Taska tutup , isteri juga yang kena cuti..hahahah..Kalau dapat majikan yang memahami ok la..Bat yang jenis tak paham tu memang susah juga nak hadapi benda2 gini.Ada yang sampai sanggup berhenti kerja daripada berdepan dengan majikan yang tak de hati perut.


Pada yang bercuti hari ni, selamat bercuti.yang kena kerja teruskan semangat bekerja tu..Pegang betul2 amanah dan tanggungjawab yang diberikan.Buat kerja betul2 baru lah dapat gaji yang diberkati..kan??


sekian..

Thursday, 23 February 2017

RESEPI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH YANG SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum..


Agak jarang sebenarnya saya masak Ayam Masak Kicap Berempah ni..Selalunya saya masak ayam masak kicap yang biasa saja.Maklum la benda berempah ni bukan boleh makan selalu.Ayam Masak kicap Berempah ni rasanya lebih pedas dan ada rasa manis2 sikit.Tak susah pun nak menyediakan nya.Campak2 je dah siap.Hidangan ni memang mudah dan simple je cara memasaknya.memang sesuai dimakan dengan nasi minyak.korang boleh nampak juga hidangan ni di restoran-restoran nasik kandar.Kalau dikawan kan dengan Acar timun dan nenas lagi la sedap.

Tapi faham2 je la cara saya memasak dah tentu la lebih ringkas.ada setengah bahan asalnya saya tak letak dan gantikan dengan bahan lain.Kita letak apa yang ada je la.Tetap sedap rasanya ..

Jom kita tengok resepi Ayam Masak Kicap Berempah yang simple dan sedap.

Bahan-Bahan:-

1/4 ayam di potong dan lumur garam kunyit kemudian goreng sampai garing.
1biji bawang besar di hiris dan cabai hijau atau merah di belah dua .
kalau nak guna cili padi yang kecik2 tu pun boleh..(ketepikan bahan-bahan ni dulu)

3 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
Kisar ketiga2 bahan di atas..

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun kari

1 senduk kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk cili/ cili kering yang sudah dikisar.
1 sudu besar rempah kari ayam

 1 cawan air
Gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya:-

Panas kan minyak masak dan tumis daun kari,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih .

Kemudian masuk kan bahan-bahan yang telah dikisar..Tumis hingga sedikit garing.

Masuk kan rempah kari dan sserbuk cili.tambah sedikit air dan masak hingga rempah naik minyak.

Kemudian masuk kan kicap, sos cili dan sos tiram.

Masuk kan 1 cawan air , garam, dan gula.Masak hingga mendidih.

Akhir sekali masuk kan bawang besar yang telah dipotong bersama ayam, dan cili.Kacau2 sedikit kemudian tutp api..Dah siap masak...


Boleh la dihidangkan.Anak2 saya suka kalau kuah nya sedikit cair.

Selamat mencuba..

sekian..



OZLYN DEDAH KISAH MALAM PERTAMA NYA DENGAN JOHAN

Assalamualaikum..

Bukan senang nak jadi seorang suami.Sebaik saja pegang status suami ni terus semua tanggungjawab tergalas dibahu lelaki tu.Kalau awal-awal dah buat sambil lewa susah sikit nak bentuk rumahtangga lagi2 bila dah ada anak-anak



Sangat kagum dengan Johan dan Ozlyn dalam mendidik anak-anak.Tegas dan penuh disiplin.Rupanya sejak awak perkahwinan lagi Johan dah menitik beratkan tentang agama dalam rumahtangga nya,

Hari ni terbaca  di instgram Ozlyn tentang kenangan pada malam pertama mereka bergelar suami isteri.Memang tak sangka Johan ni seorang yang sangat mementingkan agama dan keluarganya..


Saya setuju dengan kata-kata Ozlyn..kita belum.cukup hebat kalau tak faham isi quran..

Sekian.

CAPTION ' NO ATKINS' DI LAMAN INSTAGRAM , CATRIONA ROSS DIKECAM

Assalamualaikum...

Walaupun ramai yang kata diet atkins sangat susah tapi bagi saya diet atkins sangat sesuai dengan saya.Pertama sebab dia ada peringkat-peringat 1-4 yang kita boleh ikut sesuai dengan tahap kesihatan dan gaya hidup kita.Kemudian diet ni tak paksa kita berlapar.Dan paling best sekali kesan nya boleh dilihat dalam beberapa hari sahaja.Tapi ada setengah orng yang tak de ilmu akan anggap diet atkins adalah diet yang menyiksa tubuh badan kerana mereka kekurangan ilmu tentang diet atkins.

Baru-baru ni kisah pelakon Catriona Ross yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17kg menjadi viral.Dia turt berkongsi menu makanan seharian dan aktiviti sepanjang proses menurunkan berat badan.Tapi baru2 ni juga dia dikecam disebabkan kenyataan nya dalam satu status di instagram menggesa orang ramai supaya tidak melakukan diet Atkins untuk menurunkan berat badan,..Setelah menyedari ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatnya dia kemudian memadam kenyataan yang menentang diet atkins di dalam statusnya.

Catrionabrianross: Sis tak pernah sangka artikel tips sis akan jadi viral tapi hanya satu harapan sis.Agar bermanfaat buat semua and good luck pada semuanya yang ingin kembali sihat.Always believe in your self and do the best you possibly can, Cuma, DONT STARVE,NO ATKINS.Loose Weight secara sihat.All the best lovelies!

Status asal yang ditulis oleh Catriona Ross





Bagi pengamal diet atkins macam saya ni , saya pun kurang setuju dengan pendapat-pendapat mengatakan diet atkins ni bahaya.Ada yang kata diet atkins ni kena berlapar sebab tak boleh makan nasi.Padahal dalam atkins nasi boleh je diambil.Tapi orang tak tahu sebab tak de ilmu.Kalau kita tak de ilmu dalam satu-satu perkara jangan la kita tentang.Tolong cari dan belajar.

Semua diet adalah bagus,cuma sesuai dengan tidak je pada diri kita ni.Bila kita buat satu-satu diet tu tapi tak menjadi bukan bermakna diet tu tak bagus.Mungkin ianya kurang sesuai dengan badan kita.Selalunya kita akan google je tentang diet atkins ni.Bila kita baca keburukan nya, jangan lupa cari juga apa kebaikan nya.Cuba dulu dan kemudian baru kita boleh tentukan ianya sesuai atau tak dengan badan kita.

sekian..






Wednesday, 22 February 2017

10 TEMPAT PALING CANTIK DI KOREA YANG MESTI DILAWATI

Assalamualaikum..



Kalau tanya kat mana tempat paling best untuk makan angin 60% respondend akan jawab KOREA.Apa yang membuatkan ramai sangat orang suka melawat ke Korea ni? Bagi peminat-peminat drama dan filem Korea, mesti terkesima juga bila menonton drama dan filem Korea berlatar belakangkan tempat yang cantik-cantik dan bersalji.Nampak romantik je dengan cuaca sejuk, ada bunga sakura, kemudian ada cafe-cafe diaorang yang cantik dan paling best di Korea ada banyak makanan yang sedap-sedap kena dengan selera orang Malaysia juga.Sebab kebanyakan makanan Korea ni ada pedas, bersup tapi ada kelainan nya .


Bagi yang tak berkemampuan nak Ke Kora tu boleh je kita simpan dulu impian kita tu..nanti dah mampu dari segi masa dan kewangan boleh la kita terjah.Sebelum tu meh saya ceritakan 10 tempat paling cantik di Korea yang mesti korang lawati bila ke sana. sumber: theculturetrip

1-Kubu Namhansanseong
2000 tahun yang lalu Kubu Namhansanseong adalah sebuah tempat dimana ianya adalah salah satu daripada empat kubu terbesar yang dilindungi negara ini, ketika itu dipanggil Silla, dari Tang China. Hari ini, ia berdiri sebagai monumen bersejarah bagi pelancong di Taman Wilayah Namhansanseong di atas Gunung Namhan.






2- Gobungun, Changyeong
Gobungun, Changyeong adalah lapangan rumput hijau yang mempunyai banyak bukit-bukit kecil. Bukit -bukit kecil ini  sebenarnya adalah tapak lebih dari 180 makam purba  abad kelima dan keenam. Sebahagian besar makam dibangun bagi menunjuk kan  status pemerintah yang tinggi.




3- Gyeonbokgung Palace
Dibina  pada tahun 1395, Gyeonbokgung Palace menempatkan Dewan Arasy, ianya dibina dengan struktur ikonik Dinasti Joseon. Ia adalah pusat bagi hal ehwal negara serta simpanan untuk buku diraja Korea purba yang telah dirompak oleh tentera Perancis.




4- Changgyeonggung Palace
Terletak di tengah-tengah Seoul, Changgyeonggung Palace berkhidmat sebagai istana kediaman untuk permaisuri dan gundik dinasti Jeoson itu. Semasa zaman penjajahan Jepun, bangunan ini menjadi zoo dan taman botani, tetapi kemudian kembali ke status halus yang asal.




5- Inwangsan
Inwangsan adalah gunung setinggi 338 meter yang menjadi bangunan  istana yang dibina di pinggir Seoul untuk melindungi bandar daripada pencerobohan asing. Hari ini ia berfungsi sebagai tempat pelancongan yang popular untuk mereka yang ingin melihat ciri-ciri Seoul, termasuk istana, Menara N Seoul , dan kediaman presiden Korea, Blue House.




6-Seoul Seonggwak Fortress Wall
Sebuah dinding sepanjang 18.2 kilometer yang awalnya digunakan untuk melindungi Seoul dari orang asing selama dinasti Joseon,.Seoul Seonggwak Fortress Wall adalah tapak  bersejarah yang merupakan sebahagian  dari program berjalan kaki. Bermula dari Dongdaemun, pelancong berjalan di sepanjang dinding kubu dan meneruskan ke taman dan muzium Naksan .




7- Upo Wetlands
Dikenali sebagai paya semula jadi terbesar di Korea Selatan, yang meliputi 5500 kilometer persegi, Upo Wetlands adalah tempat dimana 1000 spesies tumbuhan  dilindungi. Kerajaan menyenaraikan ianya adalah sebahagian daripada Senarai Ramsar Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa  . tempat ini telah dilindungi sejak 1998.





8-Andong Hahoe Village
Terkenal dengan pemeliharaan kebanyakan struktur asalnya, Andong Hahoe Village adalah kampung kaum yang paling ikonik di Korea Selatan yang telah menjadi tempat kelahiran untuk ahli agama dan bangsawan puak Yu sejak abad ke-16. Hari ini, ia kekal sebagai masyarakat satu puak yang telah dipulihara banyak tradisi.




9-Cheonjiyeon Falls
Dikenali sebagai sambungan langit dengan bumi, Cheonjiyeon Falls adalah laman legenda penduduk tempatan yang mempercayai  tujuh makhluk  turun dari syurga untuk mandi di kolam: Pada bulan Mei diadakan Festival sempena meraikan kepercayaan mereka.




10-Island Cheongsando
Walaupun Cheongsando bermaksud bermaksud 'Blue Mountain Island' namun keadaan sebenarnya ia dikelilingi  gunung yang menghijau, dan laut yang membiru. Cheongsando Island adalah sebahagian daripada pangkalan tentera bagi mencegah pencerebohan  warga asing. Namun kini, ia terkenal dengan penduduknya mengejar kehidupan yang sederhana, bagaikan 'Slow City' yang pertama di Asia.



Cantik kan??Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang lebih cantik dan menarik di Korea terutamanya di Seoul. kalau korang teringin nak pergi Korea dengan bajet kecil boleh je ambik pakej murah ke Korea..Lebih murah dan selamat,Korang boleh hubungi no ni kalau berminat.
Hidayah : 010-2098918 | Sally : 013-6727520

sekian..

INI SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH MARAH BILA PASANGAN KITA TEGUR KESALAHAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum..

INI SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH MARAH BILA PASANGAN KITA TEGUR KESALAHAN ANAK-ANAK - Bukan orang lain saja suami saya sendiri pernah bagitau yang saya sangat garang dengan anak-anak.Tapi yang orang lain tak tahu, tapi suami tahu, anak-anak sangat manja dengan saya.Apa yang diaorang nak, diaorang tanya saya dulu, ada masalah mesti bagitau saya.Nak mengadu apa2 diaorang akan cari saya.Dengan ayah pun manja tapi ayah tak garang.Itu yang buat suami saya tak de la nak tarik2 muka bila saya marah anak-anak.Sebab dia tahu kalau saya tak garang siapa lagi nak garang dalam rumah ni..Dia memang tak la nak tunjuk penampar, nak libas2 rotan kat lantai bila anak tak mau dengar cakap.Tapi kita tak la garang 24 jam.ada masanya peluk gomoi juga anak2 tu..


Memang ada pasangan yang bila suami marah anak, isteri tersentap, Bila isteri marah anak, suami pulak menjeling kat isteri.Ini sebenarnya salah tau..Tak boleh korang asyik nak menyebelahi anak bila dia buat kesalahan.Anak jadi tak takut sebab dia tahu kalau mak marah nanti ayah kan ada.macam tu..


Benda ni sebenarnya kena duduk berbincang suami isteri.Suami atau isteri kena bagitau kenapa kena tegas dengan anak, kenapa kesalahan anak perlu ditegur ..Minta pasangan kita bertenang dan jangan mudah terasa bila kita marah anak.Ini demi kebaikan anak-anak kita.




Bayang kan kalau selalu sangat bila pasangan marah anak, kita pulak marah pasangan kita, anak-anak akan jadi lebih bergantung pada kita. Sikap kita ni juga akan buat anak benci pada pasangan kita sebab dia akan fikir apa yang pasangan kita buat salah..sebab kita kata salah.


Contohnya..Ayah marah anak..Mak pulak kata.."biar la abang..bukan apa sangat pun..tak pe"


anak akan fikir.."ye la..ayah ni semua nya tak boleh..benda kecik je ..bukan salah pun"


Lama kelamaan apa yang si ayah ni tegur mereka  rasa macam semata2 nak cari kesalahan dia.




Dan benda ni lah yang jadi sekarang saya tengok.Rata-rata anak2 muda sekarang langsung tak boleh ditegur.Dari mak ayah hingga lah orang luar , siapa2 saja tak boleh tegur apa kesalahan yang dia buat.Bila tegur dikatanya kita ni salah mendidik.Cara tak betul..Mendidik cara lapuk..kena mendidik guna psikologi katanya..Maknanya bila kita tegur salah dia secara terus tu tak boleh..

"jangan hidap dadah.." cara tu dah tak boleh pakai katanya.Jadi cara apa yang diaorang nak??

Dengan cara buat konsert perangi dadah..Gitu baru di kata cara mengajar yang betul..

Korang fikir-fikir lah sendiri ye...

sekian..