Skip to main content

WALAUPUN GARANG TAPI TETAP MANJA ..

Assalamualaikum...



Antara saya dan suami , anak-anak kami memang manja dengan ayah mereka.Walaupun saya ni yang dok rumah mengadap mereka , yang melayan mereka dari pagi sampai malam tapi dengan ayah diaorang memang manja.Bukan sebab saya garang tau..hahahaha..Dengan ayah diaorang ni  kalau diaorang buat salah tetap kena marah jugak.Tapi dengan ayah manja jugak..






Tadi pagi saya dengar kat radio sinar ada topik tentang pemakaian harness pada anak-anak untuk kawal anak-anak kita ditempat awam.Apa yang saya dengar tadi katanya lebih elok kalau anak tu di dukung dan dipeluk sebab ada sentuhan kasih sayang kat situ berbading kita pakaikan harness.(Tapi kalau tak boleh kawal juga baik la dipakaikan harness tu..)



Saya rasa sebab tu anak-anak manja dengan ayah mereka sebab sejak diaorang bayi lagi sampai umur 3-4 tahun kalau keluar memang ayahnya yang akan dukung.Saya memang tak dukung anak kalau keluar.Bila dia tengok anak melasak atau  orang terlalu ramai kat satu2 tempat tu memang dia akan terus dukung anak.Anak tak nak dukung pun dia sibuk nak dukung.hahahah..



Itu lah kot puncanya kenapa dengan ayah diaorang kadang saya tengok berbulu mata ni.Menyampah sebab manja sangat.Lagi-lagi si kakak .Memang kecil2 ayahnya tak pernah marah sebab ayah dia kata kakak paling baik dan dengar cakap.Kalau adik dah berapa kali kena rotan kaki.hahhaah..

Kalau saya yang dukung anak mesti muka ketat macam ni...tapi ayah diaorang rilek je..
anak tak de pulak sibuk nak turun..hahahah







Jadi pada lelaki-lelaki tu kalau nak anak sayang korang ketat, padat dan sendat kerap2 lah dukung anak ye.Jangan bila keluar asyik je yang kena dukung anak ..Alasan nya anak nak dengan mak dia..Tu tanda-tanda anak tak selesa dengan ayah nya..Sebab tak biasa ..Lepas ni kena biasa-biasakan..


sekian..

Comments

  1. biasanya memang macam ni..anak buah sy pun lagi manja dan rapat dengan ayah dorg banding dengan ibunya

    ReplyDelete
  2. Memang manja dengan abah, rasanya dulu sampai form 1 pun kalau tertido kat ruang tamu, abah yang dukung bawak masuk bilik. Maklumlah badan kecik comey je.

    ReplyDelete
  3. sama la dengan anak saya.. ayah dia lagi banyak dukung dari sejak lahir. kalau masa kecik melasak kat tempat2 awam.. memang kena dukung.. tapi sekarang dah tak berdukung.. kalau dulu asyik berdukung sampai dekat 5 tahun. Tapi shahila nampak still manja walau saya garang hahaha

    ReplyDelete
  4. sama jgk dgn fasya.. sgt2 rapat n manja dgn papa dia.. mmg dr kecik, papa dia byk jaga..lya kan sakit skmo dlu..byk kna tgl, sbb kna buat rwatan hosp..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …