Skip to main content

TIPS UNTUK ATASI MASALAH ANAK MASIH BELUM MAHU KE SEKOLAH

Assalamualaikum...



MIkhail...Pagi ni mood dia tak berapa baik.Mungkin sebab yang kejutkan dia tu ialah kakak, jadi dia rasa geram je kot .Selalunya ibu yang kejutkan dia bangun.Pagi tadi kakak nak ayahnya yang hantar ke sekolah jadi time adik bangun tu dia masih lagi di rumah.Teringin nak tengok adik bersiap ke sekolah.Dia pun kejut kan lah adik.last2 adik mengamuk pulak.hahahha..

Walaupun mood tak baik tapi tetap nak pergi sekolah.Saya ni kalau anak buat perangai pagi2 memang saya masuk bilik tutup pintu.Bagi dia bertenang sendiri kat luar tu sebab si adik ni bukan jenis makan pujuk.Ni semua dah ke sekolah rasa sunyi la pulak.hahahh..

Dah masuk minggu kedua ada lagi ke yang hadapi masalah anak tak mau ke sekolah?Anak kawan saya dulu masa baru masuk Tadika hampir sebulan anak nya tak betah di sekolah.setiap pagi mesti ada aksi menangis di dalam kereta sebab dia tak mahu ke tadika .

Selalunya kalau ada masalah macam ni ada beberapa perkara yang mak ayah kena buat.


1) Tanya kenapa dia tak mahu ke sekolah.
Biasanya dia tak kan beri jawapan nya.Dia akan menangis dan menangis..Tapi kita tetap kena tanya supaya dia tahu yang kita nak dia kesekolah tanpa sebarang masalah.

2) Banyak kan belajar dirumah bersama anak
Tunjuk kan pada anak betapa seronoknya belajar.Dan terangkan juga ianya akan lebih menyeronok kan jika belajar bersama kawan-kawan.Beri contoh aktiviti yang boleh dilakukan dengan kawan-kawan

3)Ceritakan pengalaman persekolahan korang 
Banyak kan bercerita pengalaman sekolah korang yang menarik dan menyeronok kan .Kalau boleh libatkan si abang dan kakak nya juga.Pastikan cerita korang buat anak tertarik dengan sekolah.


4)Atasi ketakutan anak
Salah satu sebab anak tak mahu ke sekolah kerana dia takut dan tidak selesa berada di kalangan orang-orang yang dia tidak kenal.Sejarah anak-anak yang tidak mempunyai rakan lain di rumah juga boleh jadi punca.Korang boleh bawa anak ke sekolah dan bergaul dengan guru dan rakan2 nya.Supaya anak tahu yang rakan sekelas dan gurunya sangat korang kenali.

5)cari sesuatu yang anak suka
Anak-anak akan suka kesekolah bila ada perkara yang mereka sangat suka.Misalnya anak suka melukis.terangkan pada anak yang melukis di sekolah dan tadika lebih menarik dan seronok sebab ada kawan lain yang akan melukis sama, Lukisan yang paling cantik akan dapat gred yang bagus.,dan sebagainya..

Beruntungnya saya bila kedua-dua anak saya tak ada masalah anak-anak tak mahu ke sekolah masa mula2 nak masuk tadika dan darjah 1.Kadang malu juga sebab nampak sangat anak-anak tak suka duduk kat rumah dengan ibu.hahaha...Tapi satu yang saya perasan , ianya berpunca kerana anak saya didedahkan dengan dunia persekolahan yang sangat menyeronok kan.Mereka tonton dari rancangan televisyen, cerita rakan-rakan yang dah bersekolah dan juga dari saya dan ayah mereka juga.

Sebab tu benda ni jangan tunggu anak dah sekolah baru nak buat.Kena mula kan sebelum anak masuk sekolah lagi..Kalau anak dah masuk 5 tahun baru nak bertindak, memang susah sikit la..Apa pun semoga berjaya..:)


sekian..

Comments

  1. Dan masukkan anak ke tadika. Pra sekolah kan 😃

    ReplyDelete
  2. tu la kak.. hakimi dr umah ok je nk g sekolah..sampai sekolah bila di tinggalkan nangis pula.. adoii! nasib hantar sekolah umor 4tahun ni.. lagi awal lagi bagus

    ReplyDelete
  3. KAK TENGOK LA NI ANAK2 MSH PAKAI PAMPERS DH DIHANTAR KE SEKOLAH

    ReplyDelete
  4. Bestnya sekolah, rasa rugi banyak memonteng dulu. Sekarang rasa nyesal.. hahaha

    ReplyDelete
  5. sekadar pandangan...

    hantar lah anak ke tadika atau taska dahulu..mesti nak masuk sekolah mereka sudah ada 'pengalaman' dalam bertemu rakan rakan yang baharu dikenali hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …