TAK BERSEKOLAH KERANA TIADA SIJIL KELAHIRAN

Assalamualaikum...



Anak saya Maisara ..Dia ada sorang kawan yang tak bersekolah .Usia kawan nya tu kalau tak salah saya 11 tahun.Dia bukan tak berminat nak sekolah tapi mak dan ayah dia yang tak hantar dia kesekolah.Alasan nya sebab dia tak de sijil kelahiran,Saya tanya Maisara kenapa kawan nya tak sekolah, Maisara kata" sebab dia tak de surat.." jadi saya faham sendiri lah ianya mungkin sijil kelahiran.

Adiknya juga tak bersekolah..mungkin alasan nya sama..tak de surat ..Kalau dua beradik ni datang rumah saya memang rasa sedih je tengok diaorang berdua tu.Lagi-lagi bila tengok Maisara dan kawan-kawan dia yang lain duduk sama-sama buat kerja sekolah, berbincang tentang pelajaran tapi kawan nya yang tak sekolah ni duduk diam saja sambil selak-selak buku.

Kata Maisara , kawan nya ni boleh membaca tapi tak lancar.Saya rasa mungkin mak nya ada juga mengajar di rumah.Dari situ boleh tahu mak nya juga nak anaknya tu ada pelajaran..kan??tapi hairan sebab tak diusahakan lebih lagi supaya anak-anak dapat bersekolah.

Mak dan ayah kanak-kanak ni sebenarnya bukan warga Malaysia.Warga asing..suami isteri bukan dari negara yang sama.Jadi saya rasa itu yang menyukarkan mereka berdua untuk ada sijil perkahwinan dan mendaftarkan kelahiran anak-anaknya.

Kita mungkin boleh melihat saja kesukaran yang mereka hadapi dan kita tak melalui nya.Jadi apa kepayahan  yang mereka hadapi kita tak dapat rasa dan lalui.Tapi saya percaya dah tentu ada cara dan sesiapa yang boleh membantu supaya anak-anak ini dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain.

sekian..
Previous
Next Post »

3 komen disini

Click here for komen disini
Elih Japahar
admin
24 January 2017 at 10:23 ×

Tak ada cara lain ke nak dpt sijil lahir tu? kesiannya..

Reply
avatar
24 January 2017 at 11:12 ×

warga asing mungkin mereka tak tahu cara nak mohon sijil kelahiran & mereka pun tak tahu cara macam mana nak hantar anak mereka ke sekolah tanpa sijil lahir... Mungkin mereka pun tak pernah mohon bantuan sesiapa atau merujuk kepada mana2 pihak jugak.. So, orang sekeliling yang tahu tu tahu la..

Reply
avatar
paridah
admin
24 January 2017 at 16:00 ×

Kesian anak2 mmg perlu didikan sekolah demi masa depan mereka moga da yg membantu dptkan sijil yg amat perlu tu

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment