Tuesday, 3 January 2017

SARAPAN YANG BOLEH DISEDIAKAN MENGGUNAKAN ROTI

Assalamualaikum...



Kalau masa cuti sekolah sebelum ni masak untuk sarapan pagi pun lewat.Tapi bila anak-anak dah start sekolah  pagi-pagi lagi dah kena memasak .

Tapi anak-anak saya kalau sarapan pagi cukup dengan roti canai atau roti.Tak la susah sangat nak menyediakan nya.

Oleh sebab anak-anak saya sangat cerewet bab makan ni , banyak juga hidangan yang saya sediakan adalah yang menggunakan roti.



Sebab roti ni memang diaorang makan,.Jadi apa-apa hal pun roti kena ada..kemudian baru kita fikir nak jadikan roti ni sebagai apa.

Saya kongsikan jenis makanan dan masakan yang boleh korang buat dengan menggunakan roti yang mesti anak-anak korang akan suka.Tak la diaorang boring je hari-hari makan roti sapu kaya.

sumber:majalahpuding

-Puding roti
Banyak versi puding roti ni.Ada yang bakar dan ada yang kukus..Saya buat buat puding biasanya  kosong je..ada juga yang tambah prune, tambah jagung , hirisan starawberri atau badan..macam-macam benda lagi boleh letak.Kalau pelbagaikan resepi puding roti ni memang tak bosan anak-anak makan.Macam saya kalau buat puding roti anak2 tak suka letak terlalu banyak bahan macam kismis, ceri atau badam ni..letak satu je..contohnya kismis..kadang tak letak pun ..sebab diaorang suka makan dengan coklat.

sumber:wanmutiara.wordpress dot com


-karipap roti
Mesti ramai yang dah cuba buat karipap roti ni..Guna inti karipap dan tekap guna acuan karipap.Biasanya kita guna doh,kan??kali ni gantikan je dengan roti.Masa menggoreng tu guna api yang perlahan je..kalau nak bakar boleh sapu dulu telur diatas roti .




-sandwich 

Untuk sandwich ni ada banyak resepi yang korang boleh cuba jugak.Roti ni boleh makan dengan macam-macam tau.Dengan ikan, daging ayam dan sebagainya.Antaranya:-
    -omelet
Untuk lebih menarik dan sedap boleh masuk kan roti yang sudah dilapisi omelet ke dalam pembakar roti.Lepas tu potong .Siap untuk di hidangkan..
    -tuna
Kalau nak senang boleh je beli tuna dalam tin .Cuma buka tin dan sapu pada roti.
   -daging atau ayam
Ada anak-anak yang tak suka kan tuna, korang boleh gantikan dengan hirisan ayam dan daging.Anak-anak saya memang tak suka makan ikan hari-hari.Jadi saya selalunya hiris ayam ,gorengkan sikit dengan bawang putih dan last sekali masuk kan sos blackpaper .Kacau2 sikit tutup api. Sapu pada roti dan letak dan pembakar roti ..dah siap.
    -Veg mayonis
Ada banyak veg mayonis yang dah siap di pasaran.bagi anak-anak yang  suka makan sayur boleh la sediakan sandwich bersama veg mayonis.
    -coklat
Nutella antara coklat kegemaran ramai anak-anak.Boleh dihidangkan sekali sekala sebab kandungan gula nya tinggi tak sesuai untuk dijadikan amalam.Seminggu sekali dua boleh la dihidangkan pada anak-anak.
    -mentega kacang
Ini juga sandwich yang boleh juga dijadikan sampingan untuk anak-anak.Selalunya makanan manis ni buat perut anak tak cukup kenyang.Sebab itu kalau untuk sampingan saja boleh la dihidangkan pada anak-anak.Anak saya kalau dia tak mahu sarapan di rumah, saya buat roti sandwich mentega kacang saja.Nanti dia kesekolah baru dia akan sarapan nasi lemak atau kuih muih.



-Mini Pizza
Saya rasa ini antara hidangan paling cepat yang korang boleh buat untuk anak.Untuk topping kita boleh gunakan bahan-bahan untuk buat sandwich diatas. cuma bezanya kita tambah dengan cheese.Antara bahan lain yang boleh dijadikan topping untuk mini pizza kita:-
   -rendang
Siapa pernah cuba letak rendang sebagai topping pizza.?Tambah kan cheese dan sedikit bawang holland.Bakar dalam 4-5 minit.Ianya adalah hidangan untuk sarapan yang ditunggu oleh anak-anak.
   -serunding
Serunding ikan, ayam atau daging juga boleh dijadikan sebagai topping untuk mini pizza.Cara menyediakan nya juga mudah dan senang diolah mengikut selera anak-anak.


Banyak lagi la resepi yang korang boleh cuba buat guna roti.Kalau malas sangat,roti cicah dengan kari semalam pun sedap jugak..hahahah..betul tak?

sekian..


8 comments:

  1. Anak akak cuma boleh telan teh o dgn roti bakar atau biskut kering je waktu sarapan pagi.Itupun kena paksa ,kalau tidak memang tak sarapan lh.

    ReplyDelete
  2. roti jugak boleh dicicah dgn berbagai jenis bubur hehe..pernah cuba tak..

    ReplyDelete
  3. Yg karipap roti tu sy pernh buat..

    ReplyDelete
  4. Yg karipap roti tu sy pernh buat..

    ReplyDelete
  5. wahh macam2 boleh buat dengan roti, senang la camtu

    ReplyDelete
  6. roti yg paling mudah.
    memang kebetulan umah aida wajib ada roti.
    sarapan.
    bekal anak.
    bekal aida skali :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();