Thursday, 5 January 2017

SAPS IBU BAPA: SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE

Assalamualaikum...



Kalau anda bersekolah sebelum dan awal tahun 80 an  mesti pernah melalui zaman takut nak tunjuk kad laporan pepriksaan pada ibu bapa.Betul tak?Waktu itu belum wujud lagi SAPS Ibu Bapa.Jadi kad laporan boleh di sorak, boleh tiru tandatangan penjaga dan lebih ekstrim lagi boleh buang kad laporan dalam sungai .Bila ditanya mana kad laporan  kita boleh beri alasan "Hilang" . Selesai masalah..

Penghujung tahun 80 an pulak sistem baru diperkenalkan.. Ibu Bapa wajib hadir ke sekolah  untuk tanda tangan kad laporan baru lah boleh tahu markah peperiksaan dan kedudukan dalam kelas.Tapi zaman tu mak ayah bukan nya kerja waktu pejabat macam sekarang.Orang kampung kerjanya berkebun, menoreh getah jadi dah tentu ada masa untuk datang sekolah sekejap untuk tandatangan kad laporan  anak-anak.

Tapi zaman sekarang dah berbeza.Tak payah tunggu cikgu suruh ibu bapa datang sekolah sebab keputusan peperiksaan anak-anak kita boleh tahu dengan adanya sistem SAPS Ibu Bapa untuk memudahkan semakan  markah peperiksaan anak.Tapi kehadiran ibu bapa ke sekolah untuk membincangkan prestasi anak-anak tetap perlu..Ini supaya penerangan lebih terperinci dan jelas dapat kita perolehi dari guru kelas ank kita.



Disebabkan kekangan masa dan gaya hidup sekarang yang semakin berubah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Sistem SAPS Ibu Bapa yang memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak melalui online.Sistem ini diguna pakai untuk pelajar Tahun 1 hingga lah Tingkatan 5.


Dengan mengetahui markah peperiksaan anak-anak ibu bapa tahu kelemahan anak-anak dalam setiap subjek. Usaha diperlu kan untuk meningkatkan pencapaian akademi anak-anak ini dengan semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa dan kemudian cari penyelesaian untuk matapelajaran yang anak anda sukar untuk beri tumpuan.


Tujuan kerajaan mewujudkan sistem SAPS ini juga adalah  untuk memudahkan penyimpanan data sistem pendidikan dan taraf pendidikan di negara ini.Ini menunjuk kan sistem pendidikan di negara kita yang teratur dan mudah diakses oleh pengguna.Penyimpanan Data dan maklumat lengkap ini juga menjadikan sistem SAPS di kenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area.


Untuk ibu bapa yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak , boleh klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak keputusan peperiksaan .
Hanya masuk kan no kad pengenalan anak dan ikut arahan yang disediakan . Laman web SAPS NKRA Ibu Bapa ini mudah diakses dan juga mesra mobile.




Disebabkan laman web ini menjadi tumpuan ramai ibu bapa saya cadangkan anda masuk melalui link atau laman web yang saya sertakan diatas .Jika menggunakan website lain akan menyukarkan anda untuk menyemak kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Dalam website ini juga penerangan diberikan lebih terperinci dan mudah untuk difahami.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang telah menghadapi  peperiksaan penting seperti UPSR, PT3 dan SPM juga boleh menyemak keputusan di SAPS NKRA .Jadi tak perlu lagi tertunggu-tunggu untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak.Semak keputusan peperiksaan menggunakan SAPS Semakan Ibu Bapa menjadi lebih mudah dan cepat malah keputusan peperiksaan untuk Tahun 1 hingga Tingkatan 5 juga tetap tersimpan di dalam SAPS NKRA ini walaupun anak anda sudah memasuki sekolah menengah atau sudah habis bersekolah.


Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini boleh lah ibu bapa gunakan untuk menjadikan anak-anak lebih cemerlang dalam pelajaran .Pemantauan tahap kecemerlangan anak-anak menjadi punca hala tuju anak-anak kita mengharungi alam persekolah mereka.Jika tidak di pantau anak-anak bagaikan hilang sokongan dan sudah pati menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.

Diharapkan artikel ini dapat membantu ramai ibu bapa yang ingin menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka  pada bila-bila masa sahaja.Anda boleh share artikel ini untuk rujukan ibu bapa lain supaya mereka juga tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online.

 sekian..

6 comments:

  1. anak baru masuk sekolah darjah satu,,bagus la ada benda cam ni.

    ReplyDelete
  2. asal pas exam je ...aku sehari mau 10 kali check cikgu dah masukkan markah belum hahaha

    ReplyDelete
  3. aida memang da bertahun kot cek result anak2 sini :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();