Skip to main content

RISIKO DI KECAM BILA KONGSI GAMBAR PERIBADI DI INSTAGRAM DAN FACEBOOK

Assalamuaalikum..

Zaman sekarang walau pun masih ada yang selesa simpan gambar dalam album ,tapi tak kurang juga yang lebih suka simpan gambar di facebook dan instagram.Macam Pelakon Que Haidar ni..Dia simpan semua gambar-gambar kenangan anak-anaknya di dalam instagram.





Tapi bila banyak sangat kongsi mula la ada yang kata nak menunjuk la, riak la..Mulut orang tak boleh nak tutup.Tapi sesuatu yang baik tu kalau kita kongsi kat orang mungkin akan jadi ikutan dan contoh untuk orang lain.Kan?

Cuma yang tak best nya gambar-gambar kita tu tak de privasi la..Macam saya apa yang saya share di Instagram dan Facebook tu hanya 20% saja dari kehidupan sebenar .Ada banyak  perkara dalam hidup kita ni kena disimpan rapi termasuk la gambar-gambar peribadi.. Yang saya rasa ok untuk dikongsi, saya kongsi saja.. Walaupun ada orang suka "membaca dan kemudian menilai" apa yang terjadi sebalik gambar tu , lantak kat diaorang la..Kalau buat2 cerita nanti jadi fitnah, berdosa..Yang tu jawab la sendiri..kan??

Kita sendiri pun yang berkongsi ni, patut tahu dan terima je la apa orang kata.Salah kita juga bila semua benda dan perkara kita nak kongsi .kan??Kita boleh je nak simpan gambar tu untuk tatapan sendiri.Jadi sebelum kongsi , beringat awal-awal kesan nya bila kita kongsi satu-satu gambar.Kalau tak suka di kritik sila lah kongsi gambar yang tak mengundang persepsi buruk orang pada kita..ok..

sekian..

Comments

  1. dulu saya seorang kaki selfie & setiap hari saya akan upload gambar kat myspace.. Tapi sekarang memang tak semua apa saya buat atau mana saya pergi saya akan share melalui gambar.. Kena berpada pada dah sekarang sebab lebih banyak yang tak baik dari yang baik kalau terlampau share semua benda melalui gambar ni terutama gambar2 selfie tu..

    ReplyDelete
  2. aku jarang share gambar terutama fb dan ig ... klu share pun kat blog ada sikit2... tu pun boleh refer balik bila nk cari ape2 ....

    ReplyDelete
  3. macam2 orang sekarang ni. upload salah, tak upload pun salah juga. yang nak kecam orang tu dah kenapa. huhu

    ReplyDelete
  4. ermm biasalah tuh. orang kan tak boleh tengok kita ni bahagia.. itu yg jadi cam tuh

    ReplyDelete
  5. orang macam tu patut buat macam saya...tak payah ada akaun insta terus.Tak baik nak kata orang menunjuk. Aish..entahla

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…