Skip to main content

RESEPI KURMA DAGING YANG PALING SEDAP

Assalamualaikum..




Tiap kali ada jemputan kenduri saya paling terbayang-bayang Kurma Daging .Masa saya kecil-kecil dulu memang tak makan masak kurma tapi bila dah kawen ni saya jadi suka pulak dengan hidangan masak kurma terutamanya  Kurma Daging . Saya pernah hadiri satu majlis perkahwinan kawan sekerja suami saya.Hidangan Kurma Daging yang  paling sedap sekali , memang sampai sekarang saya tak lupa.Sedap sungguh..entah apa la yang tukang masak tu letak?...kalau tahu siapa tukang masaknya dah lama minta resepi.hehehh

Kalau kat rumah ni jarang-jarang saya masak Kurma Daging sebab anak2 kurang gemar.Saya pulak tak makan nasi.Kalau saya masak , suami je la yang makan.Untuk anak-anak kena la masak benda lain pulak.Bagi yang tak tahu macam mana nak masak Kurma Daging yang paling sedap  ini saya sediakan resepinya.

Resepi  Kurma Daging Yang paling Sedap

 Hidangan untuk 6 orang


 Bahan-Bahannya..
1/2 kilo daging
2 sudu besar Rempah Kurma
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 kuntum Bunga lawang
2 kuntum Bunga Cengkih
1 batang Kulit kayu manis
3-4 biji Buah pelaga
1 inci Halia
5 ulas Bawang Merah
5 ulas bawang Putih
3-4 biji Cili Merah dan hijau
2 biji Ubi Kentang
1 keping asam gelugur
garam
1 senduk kecil minyak untuk menumis


Cara-Caranya:-

Potong daging dengan ukuran 1 inci.

Bawang merah ,  bawang putih , ubi kentang dan cili merah dan hijau dibelah dua.

Panas minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

Masuk kan semua bahan-bahan yang sudah di belah dua.

Kemudian masuk kan rempah kurma kacau sedikit dan masuk kan  air .

Masuk kan juga daging  dan asam keping.

masak hingga mendidih dan kemudian masuk kan santan.

Masak hingga daging dan ubi lembut.(api sederhana)

selepas ubi dan daging lembut masuk kan garam dan siap untuk dihidangkan..


Ada orang suka kuah kurma yang pekat dan ada yang suka cair..Saya lebih suka yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair..Kalau suka pekat boleh masak lama sikit sebab lama2 nanti  bila minyak dia naik memang jadi pekat la kuah nya..kalau suka cair boleh tambah air sikit dan didihkan dengan api besar sekali lagi..

Selamat mencuba...


sekian..

Comments

  1. SEDAP KURMA DAGING NI CAMUR CILI HIJAU MERAH, BAWANG BESAR SEKALI...SERASI

    ReplyDelete
  2. sedapnya kurma..lama dah xmkan ..huhu


    jom join 1st giveaway MG kat blog baru!
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    ReplyDelete
  3. boleh ceduk resepi nanti sbb anak2 aku suka kurma

    ReplyDelete
  4. Berapa lama masa diambil utk daging dan kentang itu empuk..sorry tak tahu..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …