Monday, 16 January 2017

PERKHIDMATAN HANTAR DAN GUBAH BUNGA UNTUK HARIJADI DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaikum..



Bagi kebanyakan  wanita , dapat sekuntum bunga dari yang tersayang adalah perkara yang sangat-sangat dihargai. Apa lagi kalau dapat berkuntum-kuntum bunga.. Setiap bunga melambangkan perasaan cinta , kasih dan sayang pengirim nya pada si penerima..Yang selalu menerima bunga dah tentu lah wanita tapi zaman sekarang orang perempuan pun tak kekok nak tunjuk sikap romantis pada pasangan dengan memberi bunga.Asyik nak harap kan  lelaki je nak mula kan semuanya , mana boleh..Perempuan pun tak salah kalau nak mula kan nya dulu.
gambar: #ADanyaFlorist
Cinta Jarak jauh memang sangat menyakitkan walaupun kadang-kadang indah tapi bila rindu bertandang rasa nak je terbang bertemu si dia..Tak cukup diluahkan dengan kata-kata boleh tafsir kan dengan perbuatan .Kirim  sejambak bunga untuk sidia yang tersayang. Macam mana nak kirim bunga pada dia yang duduk nun jauh di Kuala Lumpur.? HAND BOUQUET by #ADanyaFlorist menyediakan khidmat mengubah dan menghantar jambangan bunga, coklat atau sejambak beruang comel pada sidia .

gambar: #ADanyaFlorist


Bukan senang nak mengubah sejambak bunga menjadi indah supaya bila sidia pandang je bunga tu terus tergambar kata-kata cinta.Sebab itu lah HAND BOUQUET by #ADanyaFlorist dengan berbesar hati menyediakan khidmat mengubah dan menghantar bunga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan korang.



Tak payah dah nak berjalan ke kedai bunga, bawak bunga di tangan tunggu tepi public phone macam iklan minyak wangi tu..Kita guna facebook dan whatsapp je untuk hubungi HAND BOUQUET by #ADanyaFlorist, terus bunga sampai kat depan mata sidia.

Korang boleh pilih nak bunga segar  atau nak artificial flowers. Dah tentu fresh flowers lebih ramai peminatnya tapi artificial flowers pun apa kurang nya..Tahan lama dan tak payah nak kena jaga..15 tahun kahwin pun bunga pemberian yang tersayang masih cantik berseri..heheh..

gambar: #ADanyaFlorist
Kalau si dia tak suka bunga, boleh juga gantikan dengan coklat yang di hias cantik dan menarik yang pasti membuatkan si dia terkejut dan terharu..Boleh nangis sidia kalau dapat kejutan macam ni sekali sekala.

Sidia tak suka bunga , tak suka coklat??Gantikan saja dengan  beruang comel atau patung lain yang dah tentu akan buat sidia tersenyum gembira.Kalau nak kan satu kelainan dengan gaya mewah boleh saja gabung kan bunga, coklat dan patung beruang comel.Makin gembira hati si dia .Macam gambar di bawah ni yang menggunakan patung monyet yang cute ni..Adoi..Boleh cair la tengok lama-lama..kan??...

gambar: #ADanyaFlorist
Di HAND BOUQUET by #ADanyaFlorist ada banyak design gubahan yang manarik dengan harga yang berpatutan..Ramai yang dah dapatkan khidmat  HAND BOUQUET by #ADanyaFlorist kerana perkhidmatan yang ditawarkan setimpal dengan bayaran yang dikenakan selain kualiti bahan yang digunakan.Sangat TIP TOP dan puas hati..




Nak hadiah kan bunga pada isteri yang merajuk?
Nak kirim kan bunga untuk ibu yang tersayang..
nak buat kejutan untuk sahabat yang menyambut hari jadi??
Atau nak beri jambangan bunga , coklat dan beruang comel sebagai penghargaan untuk seseorang??


Boleh terus lawat facebook  HAND BOUQUET by #ADanyaFlorist atau terus hubungi no tel di bawah..

No Tel: 012 263 1522

Facebook: Aiza Dania Aziz


*Perkhidmatan ini hanya disediakan disekitar Kawasan Lembah Klang-Putrajaya-Nilai

sekian..




10 comments:

  1. jgn bg bunga kat ai ... tak leh mkn ... hahaha
    klu bg a bouquet of choc tak pe la hehehe boleh mkn ...

    ReplyDelete
  2. wahhh...teringin jugak sesekali nak buat surprise kat hubby bagi benda2 gini...hehe...

    ReplyDelete
  3. Entahlah bila last time saya dapat jambangan bunga ya! Ni yang terasa panas pulak hati dibuatnya ^_^

    Tapikan saya tak suka bunga, coklat mahu pun beruang. Nak minta hantar apalah agaknya yerk!

    Kalau dah tahan 15 tahun kahwin dengan bunga plastik tu Diana, nampak gaya memang dah ada niat tak nak beri bunga pada pasangan tiap-tiap tahun. Hahaha!

    ReplyDelete
  4. Teringin nak buat bisnes mcm ni makcik tapi tulah masalahnya, tangan tak berapa nak kreatif hihi

    ReplyDelete
  5. boleh dop nak tinggal alamat kat komen..
    mana tau kot2 ada secret admie nak hantar.
    hehehe.
    jeles plak tengok orang lain dpat

    ReplyDelete
  6. X pernah lagi dpt hadiah bunga *sobs

    ReplyDelete
  7. Kakak last beli bunga utk anak kakak Konvo akhir tahun lepas Dee
    Sendiri nak dapat bunga tak ada huhu... abg bukan jenis romantik tau alahai... bestnya kalau dapat sejambak bunga cantik macam tu:)

    ReplyDelete
  8. kan..skarang mudah sgt..
    nk buat surprise.. xperlu susah2 pergi kedai bunga bagai...
    n sekarang bisnes mcm ni mmg byk y buat kan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();