Monday, 9 January 2017

PENYAKIT ANAK-ANAK DI AWAL TAHUN 2017

Assalamualaikum...

Malam tadi sebelum tidur dah plan macam-macam benda nak buat pagi isnin ni sebab rasa anak-anak pergi sekolah dan dapatlah saya mengemas baju-baju lama, cuci apa yang patut.Bila anak-anak pi sekolah jadi mudah sikit la kerja tu . Faham-faham la kalau diaorang ada..Tengah kita kemas itu ini , nanti nak makan la , nak itu nak ini dengan bergaduh nya lagi..Kan??


Tapi jauh mana pun merancang ,Allah juga yang menentukan..Pagi ni dua-dua orang anak saya tak sihat.Bangun pagi dua-dua muntah di tempat tidur.Mula-mula si kakak..Jam 5.30 pagi terkejut bila dia kejut saya bagitau dia termuntah atas bantal dia.

Jam 7:00 pagi waktu adik pulak bangun , tengok2 dia muntah atas comforter atas katil saya..Adoi...Pagi-pagi dah keluar peluh hari ni.Sebenarnya anak saya ni dua-dua orang ni memang cerewet bab makan.Ada dua sebab kenapa diaorang cerewet.Pertama sebab tak sedap dan kedua sebab tak boleh makan.

Benda yang tak boleh makan atau minum tu contohnya macam Milo.Boleh la tapi sikit je.Kalau hari-hari milo memang cari penyakit la jawabnya.Diaorang juga tak boleh lewat makan.Setiap hari kena makan nasi.Kalau tak memang muntah-muntah sepanjang hari.Walaupun dah menceckik ayam sekor.Nasi tetap kena makan.Saya pun tak tahu kenapa tapi tu la sebab kenapa hari-hari saya memasak nasi.Walaupun masak mee kari ke, laksa ke, bihun sup ke, tapi nasik tetap kena masak.

Punca hari ni muntah-muntah sebab semalam pagi sarapan tak makan nasi sebab ingat nak la ubah selera.Tak kan setiap pagi anak2 nak makan nasi lemak.,kemudian tengahari saya bawak diaorang pi KFC.Jam 8 alam baru makan nasik dan sup ayam.Rupanya terlewat makan nasik tu buat perut diaorang meragam.

Kalau diikutkan bagi si kakak masalah ni berlaku setiap kali dia lewat makan.Tahun 2016  je berapa kali sakit perut sebab lewat makan nasi.Kali pertama kakak sakit perut dan muntah tak salah saya masa umur dia 7 tahun, doktor kata dia ada gastrik.Ubat nya pun memang sentiasa ada lama peti sejuk tu.Adik pulak ni kali pertama  dan nampaknya memang kena bawak ke klinik juga la nampaknya.Agak-agak gastrik juga ke??



Ni satu lagi masalah penghuni rumah ni..Si Joon Jea sejak beberapa hari lepas nampak bengkak di perut dia.Saya syak ini bisul sebab bila sentuh dia rasa sakit.masih belum ke klinik .Awal-awal tahun ni macam-macam pulak penyakit korang ye..Aihhhssss..

sekian..

6 comments:

  1. awal tahun anak2 saya dapat cirit birit. dugaan betul

    ReplyDelete
  2. Sha doakan kakak dan adik cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Anak2 yg sakit amat merisaukan moga keduaduanya cpt sembuh

    ReplyDelete
  4. Tapi betullah makcik, mak kalau sehari tak makan nasi mmg perut tu ada rasa lain macam sikit. Mmg rasa masuk hangin mcm loya tu....perut melayu agaknya

    ReplyDelete
  5. dugaan thn baru, diana.
    moga semua nyer cepat sihat.
    diana pun senang hati.
    kalau anak2 tak sihat, memang serabut kepala kita, kan?
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();