Skip to main content

MUKA AWAK SAMA MACAM....

Assalamualaikum..

Pernah tak hadapi keadaan di mana ada orang tegur kita seolah-olah yang dia kenal kita?Ini lah satu masalah yang selalu juga  saya hadapi sejak saya bujang lagi.Dah la saya ni pelupa orang nya.Bila dikelirukan dengan soalan " kenal saya lagi ke tak?" saya rasa keliru jugak la..Betul ke saya kenal dia atau dia silap orang??



Masa saya kerja dulu ada ramai yang kata

"muka kak Diana macam muka kawan serumah saya.."

"tadi saya nampak ada perempuan yang muka dia sama macam Diana"

"sorry kak..Saya ingat kawan saya ..muka seiras dengan kawan saya.."

Disebabkan selalu orang cakap macam tu , bila ada yang kata "saya punya bekas girlfriend sama macam muka akak.." pun saya tetap percaya sebab benda dah selalu jadi.Tak de pulak saya anggap orang tu nak mengorat saya ke apa..kalau saya cerita kat orang , orang akan kata "alah dia nak mengorat la tu.." padahal bagi saya apa yang dia bagitau saya adalah benda betul..



Ada orang yang dia sendiri boleh tahu muka dia macam siapa?Kagum dengan orang yang ada kelebihan macam ni sebab saya memang tak tahu muka saya macam muka siapa.

Dulu masa saya kerja di JB saya ada kawan baik nama Sakinah.Ramai yang kata saya dengan Sakinah muka sama dan ada yang ingat kami adik beradik.Bila lama2 saya tengok muka kat cermin tak nampak pun celah mana yang sama dengan Sakinah.Hahahh..


Saya cuma rasa sebenarnya muka saya tak sama pun macam muka orang lain..Yang sama mungkin cuma mata , atau hidung.Atau mungkin juga bentuk muka dan mulut saja yang sama..BIla orang tengok terus dia kata iras-iras kawan dia, mak dia, Bff dia dan kekasih dia.

sekian..





Comments

  1. tapi dengan anak nampak cam adik-beradik..yang ni serius..huhu

    ReplyDelete
  2. Pernah tersilap tegur sekali ingatkan kawan kak rupanya adik dia...termalu skjp heh..heh..

    ReplyDelete
  3. salam kak,saya selalu kena kak. :D
    mungkin sebab saya pakai cermin mata,sbb orang yg pakai spek ni lebih kurang sikit la muka. banyak kali dah. saya senyum ja la..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …