Tuesday, 3 January 2017

MERAJUK SELAMA 20 TAHUN TAPI MASIH TINGGAL SEBUMBUNG

Assalamualaikum..


Korang pernah merajuk dengan pasangan korang tak??rekod paling lama korang merajuk berapa lama?Kalau setakat seminggu memang korang tak boleh lawan sorang lelaki di Jepun ni..nak tau tak dia merajuk berapa lama dengan isteri dia??20 tahun tau..20 tahun tu dia merajuk dengan isteri dia tapi dia boleh hidup sebumbung dengan isteri dia..






Mesti isteri dia jenis tak kuasa nak pujuk.Tu yang sampai jadi 20 tahun..kan??

Otou Katayama berasal dari Nara, Jepun tinggall bersama 3 anak dan isterinya, Yumi. Namun siapa sangka bahawa selama 20 tahun dia hanya diam , mengangguk dan hanya mengeluarkan  sedikit suara sebagai tanda merajuk dengan isterinya.

Apa yang membuatkan dia merajuk?

Anak lelaki pasangan ini yang berusia 18 tahun menulis ke suatu rancangan tv di Jepun meminta pihak televisyen melakukan sesuatu pada ibu dan ayahnya supaya keadaan kembali baik kerana dia tidak pernah mendengar ibu dan ayahnya berbual.

Satu rancangan diatur apabila pasangan ini dibawa ke satu taman di mana tempat pertama mereka berjanji temu.Disinilah buat pertama kali anak-anak pasangan ini mendengar ibu bapanya berbual dan ianya amat menyentuh hati mereka.


Dalam perbualan tersebut jelas Otuo meluahkan rasa terimakasihnya pada Yumi..


"awak begitu mengambil berat tentang anak-anak.Yumi ,sehingga kini, awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu saya sangat bersyukur dengan segala-galanya. " luah Otuo.

Otou kemudian menjelaskan bahawa sejak lahirnya anak-anak mereka isterinya memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan ianya membuatkan dirinya merasa cemburu.

 "Saya jenis ... cemburu ..saya merajuk kerana itu.."

Alahai korang..susahnya kalau dapat lelaki kuat merajuk dan tak matang..kan??Tapi tu la...dalam merajuk2 pun lahir juga anak 3 orang..heheheh..

sekian..


 sumber:dailymail




3 comments:

  1. Sebab duduk satu rumah dan tidur bersama mestilah boleh dapat baby juga Dee hihi...
    Tapi rugi kan kasih-sayang tak terluah. Nasib baik anak-anak mereka ok.

    ReplyDelete
  2. Sy pun jns yg cpt mrajuk juga tpi keadaan n situasi satu2 prkara..klau psl benda remeh2 x da la plak smpai nak mrajuk x tentu psl haha

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();