Monday, 9 January 2017

KATANYA TAK SUKA AMBIL TAHU HAL ORANG

Assalamualaikum...


Kalau nak cerita pasal diri sendiri benda yang baik-baik je yang akan kita cerita.Tapi kalau cerita orang dah tentu cerita buruk dan cerita panas je.Buang masa je nak cerita benda baik pasal orang .Bukan boleh naik kan saham sendiri pun..Ha..jangan tak tahu memang ada ramai orang yang macam saya katakan ni..

Cuba lihat sekeliling kita ..mesti ada sorang dua yang jenis suka ambil tahu hal orang lain.Tapi bila sembang siap mengaku.."saya ni tak suka ambil tahu hal orang.." hahahha..Padahal bila ada peluang mengalah kan penyiasat lagaknya.

Orang macam ni kadang-kadang kita tak boleh nak elak.Kita tak nak layan tapi bila dia start bertanya tu kita macam dipukau untuk menjawab semua pertanyaan dia.

" Dia pergi mana semalam..?"
"Dia cuti seminggu buat apa..kawen ke?"
" Betul ke dia bini nombor 2.."


Peghh!!!berpeluh kita nak menjawab nya .Walaupun kita dah jawab tak tahu tapi tetap juga di tanya.Tu kalau dapat kawan sekerja yang suka ambil tahu hal orang..
Kalau dikalangan jiran-jiran pulak dah tentu la anak kita jadi mangsa..Nampak je anak kita keluar cepat2 panggil...lambai2 siap umpan kacang kuda sebungkus..lepas tu bermula la soal siasat.

"semalam pi makan angin ka?kat mana?"
"beli apa.."
" mak hang hari2 bangkit pukul berapa?.."
"gaji pak hang berapa sebulan.."
"mak hang dapat bonus dah ka..?"
"Masak lauk apa hari ni..hari2 ampa makan lauk apa..mak ampa masak ka beli.."


Huih..anak pulak jujur ..Semua dia jawab dengan tepat dan betul.Entah apa la dia nak buat dengan cerita-cerita yang dia korek tu.Tapi bila berdepan dengan kita tak tanya pulak.Buat-buat macam naif dan jenis tak suka banyak tanya.Padahal kita ni dah tahu dah perangai nya.Anak balik cerita kat kita..

"mak tadi makcik Mok tu tanya pasal mak..macam-macam dia tanya..;letih kami nak jawab..."



Apa yang korang nak buat kalau ada dikalangan jiran dan rakan sekerja korang yang macam ni??Nak abaikan pun tak boleh sebab cerita2 kita dan orang yang kita kenal  tu jadi macam hiburan untuk dia.Kalau dia sebarkan dan tokok tambah lagi bahaya..Kan??Kalau tak kena kat diri sendiri boleh la kita suruh dia abaikan je..tapi bagi yang dah terkena, memang nak angkat muka pun tak boleh oi..Malu!!!


sekian

6 comments:

  1. ni ada jiran kat perumahan lebih kurang macam tu gak

    ReplyDelete
  2. t'lajakkkkkkkkkkkk.......... prihatin..! ha3..

    ReplyDelete
  3. Syukur jiran2 tetangga sy x da lgi yg mulut kepoh mcm tu hihihi

    ReplyDelete
  4. elakkan hihi .. kang di jaja pulak cerita tuu

    ReplyDelete
  5. Mak hokey je kalau tak keterlaluan makcik. Layan aje buat modal sembang hihi...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();