Skip to main content

GELAGAT NEELOFA DAN FATTAH AMIN DALAM MELETOP MEMANG BERSEMUT

Assalamualaikum..



kesian nabil..hahah
Satu yang orang ramai menyampah dengan artis-artis ni bila bercinta tak nak mengaku.lepas tu dah putus , bergaduh baru kantoi selama ni bercinta.Betul tak?Kenapa entah tak nak mengaku sedangkan perkara-perkara macam ni tak de yang salah pun.Benda baik buat apa nak sangkal.Peminat sekarang ni cuma nak tengok artis kesayangan diaorang gembira dan bahagia je terutamanya dalam bab cinta.jadi tak salah pun kalau bercinta tu terus terang je cakap 'ye...kami bercinta..." ..lain la kalau ambik laki orang ..kan??

Cakap pasal cinta sesama artis ni malam tadi ramai yang tonton rancangan Meletop di Astro Ria.Kan??Dah tentu la peminat-peminat #lofattah tidur sambil tersenyum malam tadi bila Fattah Amin menjadi tetamu rancangan yang dimengacarakan oleh Neelofa ni.Ramai sangat yang dah rindu nak tengok 2 pelakon ni muncul bersama dalam rancangan tv selepas drama popular Suri Hati Mr.Pilot tamat .


Kalau sebelum ni timbul cerita tak mengaku bercinta lepas tu merajuk, ada salah faham, tup tup semalam bila tengok gelagat Neelofa dan Fattah Amin dalam Meletop terus tak payah orang ramai sangsi lagi.Memang nampak sangat diaorang berdua ni ada sesuatu.Lepas ni tak payah la nak sangkal-sangkal lagi, nak jual mahal bagai ..kan??Orang ramai suka dengan hubungan diaorang...kan??So teruskan je la..Kawen ke tak itu biar takdir yang menentukan..

-Fattah Amin-


Saya percaya hubungan cinta dioarang ni terjalin pun sebab doa-doa dari peminat diaorang berdua ni yang nak sangat mereka ni bersama.Memang kesian la tengok peminat diaorang ni ada yang sampai merayu.."please kawin cepat.."...Ada yang sampai frust bila satu masa tu timbul cerita fattah Amin tipu Neelofa.Nampak tak betapa peminat-peminat ni begitu sayang dan berharap mereka Bersama.Dan sekarang dah makbul doa-doa kalian...heheh


Apa yang menarik malam tadi dalam rancangan Meletop tu apabila Fattah Amin membawakan lagu wanita terakhir yang jelas lagu tersebut ditujukan untuk Neelofa.Sampai merah muka Neelofa tersenyum tak tahu nak pandang kat mana bila Fattah menyanyi sambil memandang tepat kearahnya.Bersemut habis tv saya malam tadi tau..hahah

Saya ni bukan peminat Neelofa atau Fattah Amin..Tapi bila satu hubungan tercipta tak salah kot kalau saya juga turut gembitra bila melihat orang lain bahagia.kan??Harap-harap bersemut sampai ke masa-masa akan datang lah ye..


lirik lagu Wanita Terakhir 
Nyanyian Fattah Amin

Menjelang hari-hari bahagia kita
Ku bayang wajah indahmu bersamaku
Disisiku kau ukir senyuman manismu
Kau masih belum milikku lagi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
biarku sentuh hatimu ini
sendiri..

Selamat malam wanita terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku


Ohhh sayang
sungguh sempurna
tiada lain ku mahu

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
biarku sentuh hatimu ini
sendiri..
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam
pelukanku
selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
biarku sentuh hatimu ini
sendiri..

Terimalah cinta ku kekasihku
ku impi bersamamu hingga ke syurga
biar kita bahagia untuk selamanya abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
biarku sentuh hatimu ini
sendiri..

Selamat malam wanita terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku



sekian..

Comments

  1. As-salam diana..

    ala.. tak tengok meletop semalam..
    kalau ada jodoh mereka, semoga mereka berdua berbahagia hendaknya..
    suka tengok wajah manis neelofa dan fattah tu

    ReplyDelete
  2. aduh..klu cik nor pn cair..haha

    ReplyDelete
  3. semlm aida tgk hanya sampai faizal tahir.
    skit aje.
    tau dah ada lofattah. tapi tu la. ada urusan lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida tgk ulangan nyer semlm, diana.
      hmmmm part paling slack, fattah amin x hafal plak kata2 dia in english tu.
      kalau la dia hafal, pasti lebih deep inside hati lofa.

      Delete
  4. saya masih lagi tak move on.. rase sweet sgt.. terus tringat kat laki... haha.. ok bye. =p

    ReplyDelete
  5. Suka.. tengok jugak malam tu. sampai download video tu. hihihi

    ReplyDelete
  6. Saya tak mengikuti sangat perkembangan hubungan cinta mereka tu tapi taulah tak mengaku, lepas tu kantoi, ni dah baik semula ke? Kira suka tu banyak sangat sampai terkantoi sekali pun bolehlah dimaafkan lagi ^_^

    Moga bersemutlah selamanya ya, Diana. Jangan bersemut sekejap aje sebab nak raih populariti.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…