Tuesday, 10 January 2017

FAIZ SUBRI PEMENANG ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016

Assalamualaikum...



Bangun pagi je terus buka berita dulu..Nak tahu nasib Faiz Subri.hahaha..Alhamdulillah dia berjaya jugak..Jangan tak tahu..Makcik undi hari-hari tau..Orang Malaysia ni kalau bab undi-undi ni memang tak de siapa boleh lawan la.Cuma nak keluar mengundi kat balai raya je yang malas sikit.hahahahh..

Sempat juga saya tengok rakaman video yang dah ramai share detik-detik Faiz Subri dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FiFa yang berlangsung di Zurich . Walaupun gol tersebut dijaringkan pada perlawanan Liga Malaysia, sebab Faiz Subri bukan pemain kebangsaan, tapi tak de pulak dengar orang Pulau Pinang ka, orang Kedah ka, dok hegeh-hegeh sangat sebut2 nama negeri depa..Ok.lupakan yang tu..hahahah...



Saya ingat lagi masa zaman saya kecil-kecil dulu ada mak pak yang rimas betul la dengan anak-anak yang suka sangat main bolasepak, main sepak takraw, main badminton..Sampai setiap hari nak main sepak bola..Tapi zaman sekarang anak-anak siap dihantar untuk dapatkan latihan dalam sukan yang diorang suka.Beruntung anak-anak sekarang ni.Jadi bila dah ada peluang tu buat betul-betul. Bina kerjaya dengan sukan yang kita gemari.

Kalau dilihat pada sejarah hidup pemain-pemain  badminton dan sukan lain yang bertaraf dunia terutamanya bolasepak , kebanyakan latar belakang mereka bukan lah dari mereka yang berpendidikan tinggi dan dari keluarga yang serba ada.Tapi sebab minat diaorang boleh cipta sejarah dengan hanya suka yang mereka suka..

Jangan ada pulak yang lepas baca ni ada adik-adik yang malas nak belajar.Nak main bola saja ..Tak boleh la macam tu.Biarlah lah akademik dan sukan tu berjalan seiringan ..Jadi lah ahli sukan yang berpelajaran sikit..kan??

sekian..

4 comments:

  1. tahniah ....
    betui tu ..mak pak skrg ni mmg nak seimbangkan kok dan akademik
    mcm anak aku tak minat bersukan aku gali minat dia .... alhamdulillah sekolah pilih untuk pertandingan untuk perngkat daerah pd mac nanti....

    ReplyDelete
  2. Rezeki namanya .... Tahniahlah ye Faiz... Hakak pun hundi jugak tau semalam sekali jekkk

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();