Tuesday, 17 January 2017

BETUL KE SUSAH KALAU DAPAT JIRAN MELAYU?

Assalamualaikum..



Ramai orang ada pengalaman berjiran dengan jiran yang tak best...Bukan susah pun nak jadi jiran yang best.Cukup tak kacau hidup kita pun dah dikira jiran yang best.Betul tak??Saya pernah dapat jiran yang tak best .Saya pernah tulis tentang jiran saya yang tak best ni.Malas pulak nak cari link dia tu.Ramai yang kata susah la kalau berjiran dengan melayu ni..Penuh dengki , tak tahu berterima kasih, kuat main bomoh dan suka jaga tepi kain orang.Betul ke ni??

Saya nak cerita tentang pengalaman saya berjiran dengan jiran yang tak best.Kanan dan kiri saya adalah rumah yang disewakan pada orang jadi ada macam2 jenis jiran yang saya dapat.Jiran pertama ni..orang Melayu..Pantang nampak kita keluar dia pun keluar jugak sebab nak menyembang.Dah la saya ni tak pandai berbual.Adoi.tersiksa tau bila kita nak keluar jemur kain ke, nak sapu2 laman luar rumah kita , kena terhendap2 macam pencuri.Buka pintu pun perlahan-lahan sebab takut jiran dengar kita keluar.hahahah



Pernah juga dapat jiran yang berkira sangat..Kucing saya suka kutip2 plastik entah dari mana2 , tiba2 plastik tu terlepas ke rumah dia.tak sangka pulak dia boleh campak plastik tu kerumah saya semula..hahaha..Bila mengenangkan benda tu saya dengan suami gelak je la..Sebab kelakar ada juga orang yang macam tu.Sedangkan kita ni kalau apa sampah yang terlepas ke rumah kita entah dari mana pun kita ambil dan buang terus.Ni siap hantar balik.heheh..

pernah juga Dapat jiran yang suka mengaku baik .Dia sendiri mengaku dia tak suka cerita hal orang, tak suka berbual -bual kosong...Heheheh..padahal pantang orang lalu depan rumah dia panggil la untuk bersoal jawab.Hahahah..Nampak je anak kita keluar mula la bersoal jawab dengan anak kita untuk tahu cerita dalam rumah kita ni.heheheh.


Orang kata kalau kita baik dengan jiran, jiran pun akan baik dengan kita.Yang tu saya tak berani nak komen Hati orang tak sama semuanya..Bukan semua nya putih bersih..Ada juga yang tercalit hitam dan arang tanpa kita tahu sebab-sebab nya. kadang kita dah cukup baik, menjaga hati dan hubungan supaya kekal baik tapi tetap juga dapat jiran yang bermuka-muka dan tak boleh dipercayai.

Tapi saya juga pernah berjiran dengan orang bukan melayu.Satu je masalah bila berjiran dengan bukan melayu ni..BISING ..Hahahha..bergaduh suami isteri, pasang muzik kuat-kuat, bunyi enjin motor dan kereta ,tak kira la jam berapa..Memang bising diaorang ni..sabar je la...

Betul ke susah kalau berjiran dengan orang melayu??Ada tak pendapat dan kisah  yang boleh menyokong kenyataan ni???

Siapa yang ada kisah jiran yang tak best boleh la email saya atau komen2 kat bawah ni.. Sekadar meluahkan apa yang terbeban di hati..

sekian..


7 comments:

  1. Kakcik mungkin bukan jiran yang baik. Seharian hanya memerap di rumah. Nampak jiran pun boleh menyorok! Keluar hanya dengan suami atau anak...

    ReplyDelete
  2. kan.. yui ad jiran gitu. dia ja. xpe lau rjin nnti yui share kat blog

    ReplyDelete
  3. tak semua mcm tu kot ... jiran aku kat sp tu ... tepi cina ...kosong ... deret rumah aku tu byk cina india .. ok je la time tu ....

    skrg ni dok kuarters 1005 melayu ... ok je ...
    memasing sibuk ... nk bertegur sapa pun x sempat ... jenis aku pulak ...suka dok dlm rumah klu keluar pi jejalan ... tak de masa nk berborak ... kadang tu jiran sebelah rumah dah tgu hari nk bersalin br tau die mengandung .... hahaha

    sebenarnya hidup berjiran ni nasib2 je .. klu dpt hat baik ... baik la dpt hat jahanam ...mmg jahanam ....

    ReplyDelete
  4. saya pulak jiran bangsa sigh memang menguji keimanan.. sapa kata orang melayu je mulut macam longkang.. singh perempuan sebelah rumah saya ni... yang kenal je tahu. Saya jenis memang jarang menyembang dengan orang walau saya suka bercakap. Saya cakap dengan suami & anak dalam rumah jer.. kalau terserempak jiran2 masa nak keluar pun jarang nak berbual panjang.. cakap sepatah dua jer..

    ReplyDelete
  5. Macam2 perangai jiran2 kita ni semakin lama berjiran semakin kita fhm siapa mrk.

    ReplyDelete
  6. Sy berjiran dgn Melayu, India & Cina. India & Cina lgsung takde masalah dgn jiran. Buat hal sendiri je, ada masa terserempak just say hi. Tp jiran melayu... Nauzubillah, psl ampai dpn rumah kami dia yg kecoh ckp halang jalan dia, family kami dtg berkunjung pun disoal siasat, anak2 tak boleh main dpn rumah.. semua yg kita buat semua dia xsuka. Skrg ni dia sdg sihir kami sekeluarga pulak. Berat sungguh dugaan kami ni.

    ReplyDelete
  7. Jiran dgn sesama melayu memang mcm cibai dah terbukti..x jahat tngan,jahat mulut..nk lebih kurang dgn berjiran dgn india..tapi dgn melayu akan lebih sakit hati..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();