Skip to main content

BENJOLAN DI PERUT JUNJAE BUKAN BISUL

Assalamualaikum..

Sejak ada JunJea kat rumah ni , dah tak nampak cicak dan lipas dalam rumah.Alhamdulillah.Baru sebulan JunJea duduk dengan kami dan dia pun nampak makin sihat dan manja.Kadang sampai menyampah tengok manja nya tu.


Eh..Ini bukan JunJae yang dalam The Legend Of The Blue Sea tu ye...hahahah...Nama je sama , tapi muka tak sam langsung.Ini JunJae saya..Banyak helah , manja dan ensem...

Kucing yang kami ambil kat tempat kerja suami sebab dia menyusu kat kucing jantan yang dia fikir itu mak dia.Kesian sangat sampai termimpi2 jadi suami bawak balik ke rumah.


Baru-baru ni kat belakang JunJae ada benjolan besar..Kami agak itu bisul.Dia tak de la rasa sakit.Dia tetap aktif melompat sana sini..Tapi kalau di tekan benjolan tu dia tengok je muka kita macam bagitau ianya sakit,.

Bertangguh-tangguh nak bawak ke klinik sebab kat sini tak de klinik haiwan..Kena tunggu tuan nya cuti baru nak bawak.Tapi kan seminggu lepas masa dia tengah melompat2 kat luar tiba2 je benjolan tu pecah dan keluar air.Langsung tak keluar darah.Yang keluar hanya air.




Dia pun tak de la terlantar sakit ke, menangis seharian ke..Memang kuat sungguh semangat JunJae ni.Mungkin sebab dah biasa sendiri sejak dari kecil tu yang segalanya dia hadapi dengan kuat.Sekarang luka kat perut tu pun dah macam nak kering.



Sampai sekarang tak mandikan dia lagi sebab nak tunggu luka tu betul2 kering.Tak de lagi benjolan tu, dia pun makin sihat.Kalau tekan2 sikit pun dia tak de dah rasa sakit.

Sampai sekarang tak tahu apa benda dan punca benjolan cecair tu..kami syak ada bintang gigit dia tu yang jadi bengkak.Apa pun kena bawak pi klinik juga nanti sebab nak mandul kan dia.




semoga JunJae terus sihat dan membesar bagai juara.

sekian..




Comments

  1. Berialah kotnya nama pelakon Korea ke kan. Rupanya nama kucing sempena watak Lee Min Ho alahai...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …