Tuesday, 17 January 2017

BANYAK JOB UNTUK REVIEW TAPI TIADA BAYARAN..APA PUNCANYA?

Assalamualaikum...



Maisara tanya "kenapa posmen dah lama tak hantar barang kat ibu..?" Dah tak dak siapa nak hantar barang untuk review ni..kan??Mana nak datang barang nya..Banyak yang review pun tak de melibatkan produk.Cuma perkhidmatan saja.Saya pulak memang tak terima review tanpa bayaran ni.jadi memang tak de produk sampai.Buat masa sekarang fokus pada GA yang bakal berlangsung esok dan fokus untuk naik kan pageview blog.Tunggu entry GA keluar baru korang join Ok..Hadiah kali ni wang tunai dan juga produk kesihatan .

Berbalik pada review ..Saya masih membuka peluang pada siapa2 yang nak dapatkan khidmat review di blog saya.Tak ada harga yang ditetapkan.Ianya bergantung kepada kemampuan dan nilai yang kita persetujui bersama.



Apa yang saya tawarkan ?

Macam biasa entry tentang produk korang kekal di Home Page www.dianarashid.com selama seminggu dan kekal selamanya dalam blog ini.Produk korang juga akan saya review di Facebook page saya.dan akan saya boost selama 2 hari.Selain tu saya akan review di instagram dan fb peribadi milik saya.

Sebab tu la saya kenakan bayaran untuk review.Semua tu kena pakai duit..Nak boost pun satu hari paling sikit RM9.Tak kan nak boost rm3 je..kan??tak berbaloi kot..

Ada yang bagitau saya , dia ada beberapa job review nak tulis tapi ada yang tak de bayaran.Dapat produk je.

Nak buat cemana dah korang yang terima..Korang boleh kata tidak kalau tak mahu.betul tak??Dah diaorang tengok non paid pun korang terima. Diaorang pun rasa blogger akan review jugak asalkan  bagi produk je..Tak payah bayar....Buat apa diaorang bayar kalau diaorang boleh dapat percuma.

Cer jangan layan..Mesti lepas ni tak de lagi yang ambik kesempatan macam tu..



Maksud saya kat sini , boleh buat tapi jangan selalu.Pilih la yang mana yang berbaloi.Kalau produk harga 200-300 ok je nak ambik produk saja sekali sekala..Ni sampai sample paket kecik pun korang nak review tanpa bayaran nampak tak berbaloi la..

Saya faham ada blogger yang  nak buat review tu sebab nanti kalau adsvertiser lain nampak , diaorang tahu yang kita ada buat review .Mana tahu nanti ada job dia ambik kita.Betul??Tapi kalau selalu sangat kita terima je , nanti ada ada yang ambil kesempatan .Sekarang pun dah nampak kan??

"kami syarikat mengeluarkan bla..bla..bla..nak cari blogger untuk review produk kami.Tiada bayaran tapi anda akan dapat sebotol produk kami dan anda perlu menulis tentang produk kami..bla.bla,,bla..." dan kita pun berlumba-lumba letak link tanpa fikir kesan nya..Yang untung siapa??



Bukan nak suruh kita jadi sombong dan cerewet..cuma nak korang memilih dan biar orang tahu kita blogger yang orang bayar kalau nak suruh tulis apa2.

Ok..kalau tak de siapa nak bagi job kat kita, biarkan ..kita pun menulis bukan untuk dapatkan job review berlambak2.Kan??Tak kan blog kita, kita nak isi dengan review je.Habis semua post kita cerita tentang puji produk orang je.Dah macam lari sikit tujuan kita menulis blog ni.

Tapi kalau korang selesa dan tak kisah selamanya tak de bayaran , buat je la..Jangan la ikut pendirian saya ni.Buat apa yang korang rasa selesa dan seronok.Cuma bagi pendapat saya cara ni akan buat mereka ambil kesempatan pada kita.Tu je..

ok..bye..


sekian..

11 comments:

  1. uish..mendalam sungguh post kali ni. terasa juga hati ni sebab selalu jugak letak link. tapi tak pernah dapat pun. ada pun sikit2 je. wahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Yaa, memang hangat entri sis Diana kali ni.
    .
    Orang kalau senang dapat, memang tak dipandang nilainya 😃.
    .
    Bila kita sanggup review free, itu harga yang kita letakkan atas titik peluh sendiri.
    .
    Pemilik produk dapat free cost marketing. Barang pun mungkin beri stok yang lama kan.
    .

    ReplyDelete
  3. Malas nak ambil sangat non paid review ni.. kalau ada maybe sebab tolong kawan2 blogger.. Tak berbaloi la buat kerja tak di bayar ni kecuali la nilai barang yang di beri berbaloi & barang tersebut pun berbaloi untuk kegunaan kita.. Biar la job tak banyak asalkan berbayar. Free produk tak wajib la yang penting bayaran hehehe

    ReplyDelete
  4. good sharing kak. tapi tu lah untuk blogger bebaru macam kita ni nak choosy pun segan T_T

    ReplyDelete
  5. Buat masa ni saya belum buat apa-apa product review dalam blog saya sbb tujuan saya ada blog sbb saya suka menulis.. kebanyakan product review sy buat dlm fb jer..

    ReplyDelete
  6. setuju sgt apa yg sis ckp..
    so far alhamdulillah menulis banyak kisah family je..kalau nk bt review rasa mcm xsmpt nak tumpu..hehhe

    ReplyDelete
  7. bagi sebotol ok la lagi .. ni bagi sample je pun ramai yg nak buat review free .. hurmm sedih tengok .. di ambil kesempatan

    ReplyDelete
  8. duit bukanlah segala-galanya, tapiiiii segala-galanya perlukan duit!! ;)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Kita dah BW

      new story : http://caramelmacchiyato.blogspot.my/2017/01/kesan-jdt-lawan-kedah-20-jun-2017.html

      Delete
  10. ciktom pun xamik job free dpt produk je..rs cam rugi plk..nak menaip tu kena cari idea jgk..mcm2 kos kena pkir..tp masing2 pnye pilihan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();