Skip to main content

APA HUKUM SEBENAR MAIN DUIT KUTU DALAM ISLAM

Assalamualaikum...

Saya pun macam orang lain yang suka main kutu.Kita nak kumpul setiap bulan kadang-kadang tak boleh sebab asyik nak keluar je jadi cara terbaik ialah dengan main kutu duit.Kalau yang dapat awal-awal tu memang seronok la..cuma seronok kejap je..heheh...Tapi kalau dapat yang last paling syok sebab lepas dapat duit kau tak payah dah nak fikir pasal nak membayar .Dalam islam bermain kutu duit hukumnya haram jika tidak disertakan dengan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan. Saya pun baru tahu tentang ni selepas ramai yang kongsikan tentang kutu duit ni di facebook.


 Ini yang saya copy di facebook:


Kuliah Ustaz Azhar Idrus

14/1/2017

Masjid Daerah Seberang Prai Tengah

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"


Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.
Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??
Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam

Saya pun tak de pulak lafaz akad ni.Jadi lepas ni kena buat la ye..Kalau ada yang buat group tu cukup la buat mesej bersuara..Tak mampu, taip je la..kan??Kalau nak lebih yakin buat je video.Sekarang kemudahan makin canggih.Tak de masalah nak buat semua tu..

Kalau ada yang rasa was2 nak main kutu ni baik la jangan main.Sebab macam tak ikhlas pulak nak "pinjamkan" duit pada orang lain..kan??baik kau main kutu yang macam kat bawah ni je...


sekian..

Comments

  1. MAIN KUTU DGN NIAT IKHLAS UTK MEMBNTU MRK YG PERLUKAN BIAYA WANG BNYK TIKA TERTENTU BERMAKNA KITA REDA OKLH KOT

    ReplyDelete
  2. Satu lagi fakta mummy..hati2 main kutu..kang merayap rambut orang lain..haha..cik akak tak pernah pun terjebak main kutu ni kak..sebab takut tak terbayar hutang org. Kita tak tahu...ajal maut menjemput bila2 masa. Karang ada yang halal...ada yg tak halalkan..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi main kutu ni..ramai ajak join tapi tgok muka je pun mcm tk boleh percaya kahkahkah..tak berani nk main

    ReplyDelete
  4. Teringat pulak, pernah main dua-dua 'kutu'. Duit kutu dengan cari kutu kat rambut adik masa dia tadika. Sebab bercampur dengan orang2 yang berkutu jugak. Hihi

    ReplyDelete
  5. baru tau ... klu ko tak share mmg tak tau ..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …