Thursday, 12 January 2017

ANAK MAKIN BESAR , RUMAH MAKIN SUNYI

Assalamualaikum...

Kembali sepi dan sunyi rumah ni bila anak-anak dah ke sekolah.Anak baru sekolah tadika dan sekolah rendah dah mengeluh sunyi..hahahha..Tapi memang sunyi pun .Siapa yang anak-anaknya semua bersekolah tahu lah cemana suasana sunyi pagi-pagi ni.

Budak ni sekarang tak habis2 buat cerpen kat IG dia..meleret-leret pulak tu cerpen nya..
punya la boring baca..tapi depan dia kena la cakap best..hahaha


Kadang anak ada kat rumah pun rasa sunyi sebab diaorang sibuk buat kerja sekolah dan belajar.Macam anak sulung saya ni balik je dari sekolah pagi , jam 2:30 dah kena pi KAFA. Dia balik petang nya dah sibuk uruskan kerja sekolah..Anak lelaki pulak ikut ayahnya ke masjid.Nanti mlam baru jumpa..Memang sunyi la..
omey nye anak jantan ibu pakai baju pink kakak..heheheh

Adoi..Kadang macam tak boleh terima keadaan macam ni tapi terpaksa lah biasakan sebab kena faham yang diaorang makin besar dan kena jugak berjuang untuk diri sendiri.

Ada banyak sangat masa terluang ibu ni tak kan nak duduk saja..kan??Kita pun sibuk kan lah diri dengan aktiviti yang kita suka..Update blog, baca buku-buku yang beli minggu lepas yang belum terusik lagi tu, belek2 pokok kari dan pokok kesum yang hidup segan mati tak mahu tu..heheheh

Korang pulak kalau anak-anak sekolah buat apa kat rumah??


sekian..

1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();